“Tempat Solat Selesa & Meriah!” – Masjid TNB Bangsar Jadi Hotspot Jemaah Gen Z Sambut Ramadan
Menurut seorang pengguna Threads, sewaktu kunjungannya ke sana hampir 4,000 jemaah memenuhi Masjid TNB Bangsar untuk sesi berbuka puasa dan solat tarawih.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Daripada Ramadan pertama hinggalah ke hari ini, ada di kalangan Muslim sudah membuat senarai masjid yang mahu dikunjungi untuk iftar dan juga menunaikan solat tarawih secara berjemaah.
Alhamdulillah, banyak masjid menerima kehadiran yang penuh daripada penduduk berdekatan. Daripada golongan dewasa hinggalah kanak-kanak, memang tidak lengang.
Bukan itu sahaja, banyak juga masjid yang ‘diserbu’ oleh geng-geng anak muda.
Baca Artikel Berkaitan: “Team Tarawih 8 Rakaat VS 20” – Masjid Wilayah Sediakan Zon Parkir Ikut Jumlah Rakaat Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Kena Baca Doa Qunut Atau Tidak Ketika Qada Solat Subuh Sewaktu Tarawih? Ini Penjelasannya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “20 Rakaat Tarawih Selesai Dalam 23 Minit”- Lelaki Kongsi Momen Solat Di Beijing [Video]
Gen Z Paling Ramai Hadir Ke Masjid TNB Bangsar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang usahawan dikenali sebagai Mustapha Shobri berkongsi foto papan tanda bancian yang dilakukan pihak pengurusan Masjid TNB Bangsar, Kuala Lumpur terhadap para jemaah yang hadir berbuka puasa dan solat tarawih di sana.
Menerusi foto perkongsian, ramai pengunjung bersetuju bahawa mereka hadir ke sana kerana pengaruh rakan sebaya selain juadah berbuka puasa lazat yang disediakan pihak masjid.
Namun perkara yang lebih mencuri perhatian adalah papan tanda golongan generasi yang hadir. Pilihan terbahagi kepada enam generasi iaitu Silent Gen (80 tahun ke atas), Baby Boomers (61-79 tahun), Gen X (45-60 tahun), Gen Y dan Milennials (29-44 tahun), Gen Z (13-28 tahun), dan Gen Alpha (0-12 tahun).
Siapa sangka, Gen Z yang mendominasi carta itu. Kelihatan banyak pelekat berwarna jingga dilekatkan di ruangan Gen Z.
Sementara itu, ramai juga percaya pengunjung masjid yang juga dikenali sebagai Balai Islam TNB itu kebanyakannya terdiri daripada Gen Z apabila ruangan ‘unta’ pada papan tanda pilihan pengangkutan ke masjid turut menerima banyak pelekat.
Yelah, Gen Z ni kan suka melawak dan popular dengan jenaka mereka.
View on Threads
Ribuan Jemaah Imarahkan Masjid TNB Bangsar Pada Ramadan Ini
Jelas Mustapha, itu antara masjid yang paling meriah setakat ini dengan hampir 4,000 jemaah yang turut sama hadir untuk sesi berbuka puasa.
Antara perkara lain yang mencuri perhatian adalah ramai bersetuju bahawa bau-bauan Masjid TNB yang semerbak dan wangi sekaligus membuatkan para jemaah selesa menunaikan ibadah di sana.
View on Threads
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Anak Muda Imarahkan Masjid Ketika Bulan Puasa
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji generasi muda yang rajin memeriahkan rumah Allah itu.
“Tahniah Gen Z. Sepanjang tahun ya masuk masjid. Bagi ibu bapa Gen Alpha (yang kebanyakannya Milennials dan Gen Z), bawa la anak sentiasa ke masjid. Alhamdulillah. Jom jadikan masjid sebagai rumah kedua paling disayangi. Amin,” kata seorang pengguna Threads.
Malah ramai juga memuji Masjid TNB Bangsar kerana bijak menarik minat para jemaah dengan mengadakan bancian yang seronok itu dan pelbagai aktiviti menarik.
“Pandai Masjid TNB beli jiwa, banyak (aktiviti) seronok dan interaktif antara pengunjung dan pihak masjid. Syabas Masjid TNB,” ujar seorang wanita.
“Hari tu aku pergi sana, Ahli Jawatankuasa (AJK) siap bagi giveaway hadiah siapa upload dan tag masjid dekat media sosial waktu tu. Taktik pemasaran yang bagus dan saya rasa ia berkesan sebab viral gila Masjid TNB malam ni. Plus point karpet wangi gila dan ada taman permainan untuk anak kecil,” tambah seorang lagi netizen.
Sementara itu, para jemaah masjid itu turut berkongsi pengalaman mereka menunaikan solat sunat tarawih di sana.
“Alhamdulillah, setakat ni Masjid TNB yang best. Dekat dengan rumah, makan sedap, tempat solat pun selesa. Ramai ya amat, sangat meriah!” kata seorang wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:









Baca Artikel Berkaitan: Nak Berbuka Di Masjid Tapi Takut Ambil Hak Orang? Masjid Tampil Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: “Kematian Yang Dicemburui”- Lelaki Meninggal Dunia Sewaktu Tunai Solat Pada 1 Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: Isu Saf Lompong Kembali, Ramai Kecewa Lihat Sikap Jemaah Wanita Ketika Solat Tarawih



