Masjid At-Taqwa TTDI Nafi Diboikot, Pengerusi Tampil Beri Penjelasan
Satu hantaran yang tular di Threads baru-baru ini menunjukkan keadaan masjid yang agak kosong sekitar jam 6.32pm sebelum jamuan berbuka puasa bermula hingga ada yang percaya masjid tersebut diboikot.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, ramai umat Islam yang melakukan aktiviti ‘masjid hopping’ bagi mencari tempat berbuka puasa sekali gus menjalankan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama jemaah lain di sana.
Antara yang berjaya menarik minat ramai ialah Masjid TNB Bangsar yang meraih ribuan jemaah, majoritinya dari golongan gen Z.
Namun Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pula didakwa diboikot susulan beberapa hantaran yang tular di media sosial baru-baru ini, antaranya isu tidak mesra kanak-kanak dan keengganan melakukan solat jenazah untuk orang luar selain alamat MyKad di TTDI.
Baca Artikel Berkaitan: “Tempat Solat Selesa & Meriah!” – Masjid TNB Bangsar Jadi Hotspot Jemaah Gen Z Sambut Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: Nak Berbuka Di Masjid Tapi Takut Ambil Hak Orang? Masjid Tampil Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: Korang Naik Public Transport? Ini Senarai Masjid & Surau Untuk Berbuka Puasa Berdekatan MRT, LRT & Monorel
Masjid Mula Dipenuhi Jemaah Jam 7pm -Pengerusi Masjid At-Taqwa
Peka dengan apa yang berlaku, Pengerusi Masjid At-Taqwa, Datuk Mohd Fadzli Yusof, tampil dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengambil perhatian satu hantaran yang dimuat naik di Threads berhubung kekurangan jemaah yang hadir ke masjid tersebut bagi jamuan berbuka puasa.
Katanya, hantaran yang dimuat naik pada 22 Februari 2026 itu telah mendapat perhatian ramai sehingga bahagian balas dibanjiri komen orang ramai.
“Pihak masjid mengambil perhatian serius mengenai sebahagian komentar negatif yang boleh mencemarkan reputasi dan nama baik masjid,” katanya.
Menurut Mohd Fadzli, hantaran yang dimuat naik pada jam 6.32 pm itu menunjukkan suasana lengang. Namun beliau menjelaskan bahawa kebiasaannya jemaah mula memenuhi masjid sekitar jam 7pm.
“Seperti mana Ramadan tahun lepas, bilangan jemaah yang datang berbuka puasa di masjid pada tahun ini juga adalah lingkungan 800 ke 1,000 orang setiap hari.
“Pihak masjid menyantuni semua jemaah yang hadir tanpa syarat. Ada ketikanya, pihak masjid menempah makanan tambahan bagi menampung jemaah yang hadir terlalu ramai di luar jangkaan,” ujarnya.
Masjid Peruntuk RM450,000 Bagi Program Buka Puasa, Moreh & Sahur
Tambahnya lagi, pihak Masjid At-Taqwa turut menjalankan beberapa inisiatif lain sepanjang bulan Ramadan termasuk:
- Mengagihkan makanan berbuka puasa kepada orang awam di Stesen MRT TTDI.
- Menyantuni ahli kariah yang uzur dan menghantar makanan ke rumah mereka.
Katanya dana sebanyak RM450,000 telah diperuntukkan bagi program berbuka puasa, moreh dan sahur sepanjang Ramadan tahun ini.
View on Threads
Masjid Adakan Pelbagai Inisiatif Untuk Belia & Kanak-Kanak
Mengulas mengenai dakwaan masjid tersebut yang ‘tidak mesra’ kanak-kanak, Mohd Fadzli berkata pihaknya mengambil berat kehadiran belia dan anak-anak ke rumah Allah itu.
Beliau berkata terdapat pelbagai inisiatif yang dijalankan bagi menyantuni golongan ini antaranya:
- Kelas mengaji Al-Quran mingguan
- Hari kanak-kanak peringkat masjid
- Program Khatan Perdana
- Program Kids Zone
- Program riadah seperti pertandingan karom dan e-sport
Pengurusan Hal Ehwal Kematian Ikut Garis Panduan – Pengerusi Masjid
Terdahulu, timbul juga dakwaan bahawa Masjid At-Taqwa tidak menerima untuk menjalankan solat jenazah bagi si mati yang MyKad miliknya tidak beralamat di TTDI.
Mohd Fadzli menjelaskan bahawa pengurusan hal ehwal kematian berdasarkan kepada Garis Panduan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan.
“Pada masa yang sama, pihak masjid sentiasa akur kepada arahan dan saranan dalam memenuhi kepentingan semua pemegang taruk.
“Bersempena kemuliaan bulan Ramadan, pihak masjid menyeru semua pihak agar menjadikan Ramadan kali ini sebagai satu manifestasi kehambaan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Sekali gus meraih kemuncak kemuliaan bagi orang beriman iaitu ketaqwaan. Raikan kepelbagaian dalam perbezaan untuk menyemai kesatuan dalam titik persamaan,” katanya.
View on Threads




