fbpx
Now Reading
Wanita Kecewa Myvi Hangus Terbakar Tinggal Rangka, Didakwa Berpunca Daripada Mercun [Video]

Wanita Kecewa Myvi Hangus Terbakar Tinggal Rangka, Didakwa Berpunca Daripada Mercun [Video]

Sarah turut mendakwa berjaya menemui plastik dan kotak mercun yang ditinggalkan berhampiran kereta Perodua Myvinya yang sudah hangus terbakar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila kereta jenis Myvi miliknya dilaporkan hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi (26 Februari), dipercayai berpunca daripada mercun.

Menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya, @_cake23 kelihatan jelas keretanya 100% terbakar dan rentung selepas api berjaya dipadamkan pihak bomba.

Bunyi Mercun Sekitar 11.40 Malam

Menurut pemilik video berkenaan, sebelum kejadian berlaku, terdapat individu bermain bunga api sekitar jam 11.40 malam hingga tengah malam berhampiran kawasan rumahnya.

“Before my car just got into fire they playing fireworks at 11.40 pm until midnight,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Namun, siapa sangka kereta Myvi miliknya boleh terbakar malah mereka sekeluarga hanya menyedari kejadian itu beberapa jam kemudian.

Jiran Kejutkan Keluarga, Api Sudah Marak

Difahamkan sekitar jam 5 pagi, api dilihat sudah marak dan jiran cuba mengejutkan mereka sekeluarga, namun tidak didengari pada awalnya.

“Dalam pukul 5am api dah marak, jiran cuba bangunkan kami satu family tak dengar, tiba-tiba pintu rumah kene gegar.

“All of us terbangun then turun, jiran sebelah kata, ‘Dik, kereta Myvi awak terbakar kat sana’,” katanya dalam kenyataan pada video.

Jiran yang menyedari kebakaran itu turut cuba memadamkan kebakaran bagi mengelakkan api merebak lebih teruk sebelum ketibaan pihak bomba.

Bomba Tiba Sekitar 5.30 Pagi

Tambahnya lagi, pasukan bomba tiba kira-kira jam 5.30 pagi, namun keadaan kenderaan ketika itu sudah tidak dapat diselamatkan.

“Bomba arrived at 5:30 am something and memang tak boleh selamatkan langsung dah,” jelasnya.

Dakwa Jumpa Sisa Mercun Berhampiran Kereta

Dalam masa sama, Sarah turut mendakwa terdapat plastik dan kotak mercun yang ditinggalkan berhampiran kenderaannya.

“As you can see there’s a plastic bag also a box of mercun diorang dah main and buang kat tepi kereta.

“Jadi inilah bahan buktinya, memang kereta kami terbakar sebab ada sampah mercun yang diorang buang.”

Bagaimanapun Sarah yang dihubungi memaklumkan bahawa mereka kini masih menunggu perkembangan lanjut daripada pihak forensik, polis dan juga bomba berhubung siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Menurutnya, nasib mereka agak baik kerana rumah jiran yang berdekatan mempunyai rakaman CCTV yang dipercayai dapat menunjukkan keadaan ketika kereta tersebut terbakar.

“Insha-Allah saya doakan agar keadilan berpihak kepada kami,” katanya ringkas kepada BuzzKini.

Raih Perhatian Netizen

Perkongsian itu nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap nasib pemilik kereta tersebut.

Semoga isu ini menjadi peringatan buat semua agar lebih bertanggungjawab dan tidak memandang ringan soal keselamatan, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.