Now Reading
Wajib Bayar Duit Hutang Dengan Mak Ayah Walaupun Sudah Meninggal Dunia – UAI [Video]

Wajib Bayar Duit Hutang Dengan Mak Ayah Walaupun Sudah Meninggal Dunia – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idurs sekiranya seseorang tidak membayar semula hutang kepada ibu bapanya walaupun sudah meninggal dunia dan berdiam diri maka seseorang itu makan harta secara batil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui hutang merupakan perkara yang wajib dibayar atau dilangsaikan. Meskipun mengalami kesukaran setiap individu yang berhutang itu perlu berusaha untuk menjelaskan hutang-hutangnya.

Bukan hanya itu, seseorang yang tidak membayar hutangnya dengan sengaja dan tidak berusaha untuk membayarnya adalah berdosa besar.

Ini kerana hutang merupakan amanah buat mereka yang berhutang tidak kiralah pada siapa anda berhutang seperti ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Wajib bayar hutang walaupun pinjam dengan mak ayah

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus turut menjelaskan seseorang anak yang berhutang dengan kedua ibu bapanya sehingga mereka meninggal dunia tetap wajib untuk membayarnya.

Bahkan wang tersebut perlu difaraidkan dan dibahagi kepada adik-beradik lain termasuklah dirinya sendiri.

Tetapi wajib bayar hutang kepada mak ayah walau dah meninggal dunia

Perkara itu dijelaskan Ustaz Azhar Idrus selepas ada yang bertanya apakah hukum seorang anak berhutang dengan orang tua dan tidak menjelaskannya sehingga keduanya meninggal dunia.

“Pinjam duit dengan mak dengan ayah tak bayar sampai mati dan tidak ada pun si mati atau tuan hutang menghalalkannya maka wajib dibayar. Jadilah ia faraid dan yang berhutang pun dapat juga bahagian dia.

“Contoh dia pinjam RM1,000 dengan mak. Bila mak meninggal dunia maka jadilah RM1,000 itu termasuk dalam harta peninggalan si mati,” ujarnya.

Jika dah dihalalkan oleh ibu ayah maka tidak menjadi masalah

Namun sekiranya kedua ibu bapa masih lagi hidup dan menghalalkan hutang terbabit maka selesai sudah masalah hutang terbabit.

Oleh itu, penting untuk orang ramai berhati-hati dalam hak meminjam duit dari ibu bapa. Ini kerana ramai yang berdiam diri dan tidak memaklumkan kepada adik-beradik.

“Bila buat senyap, makan harta secara batil.”

Dalam satu lagi video, Ustaz Azhar menjelaskan hukum membayar hutang adalah wajib.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.