Bukan Hanya Untuk Dikenang, Hari Raya Cipta Memori Indah Dengan Orang Tersayang [Video]
Filem pendek Julie’s sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 ini memberikan mesej jelas yang kenangan tidak boleh dipelihara hanya dengan memori semata-mata, sebaliknya keberadaan di sisi dan komitmen juga sangat penting.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan dari kita, Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar meraikan kejayaan berpuasa di bulan Ramadan. Sebaliknya ia masa untuk mencipta memori indah bersama insan tersayang yang pastinya meninggalkan 1001 kenangan manis.
Yelah, momen indah berkumpul bersama seperti inilah yang akan tersemat dalam ingatan kita hingga tua kelak.
Namun bagi ibu ayah yang meniti usia emas, ada ketikanya mereka berdepan masalah memori atau ingatan yang datang dan pergi meskipun ia satu kenangan manis.
Warga emas imbau memori lama, kenang saat indah bersama anak
Itulah yang digambarkan menerusi watak seorang wanita warga emas, Hidayah lakonan Azizah Mahzan dalam Filem Pendek Julie’s sempena Hari Raya 2026, “Kenangan Tu Ke Mana”.
Kisah ini bermula apabila Hidayah berkunjung ke Pusat Simpanan Memori untuk berjumpa pegawai di pusat berkenaan, Zamri lakonan Iedil Dzuhrie Alaudin mengenai masalah memorinya yang sukar disimpan.
Zamri sambil memakan wafer gulung Julie’s Love Letters perisa coklat memaklumkan memori Hidayah sudah hampir penuh justeru terpaksa memadam segelintir darinya.

Mereka lantas masuk ke bilik kebal penyimpanan data bagi membolehkan Hidayah menelusuri kenangan-kenangan yang ada dalam memorinya termasuk pada tahun 1988 dan 1997.

Namun terdapat gangguan atau kerosakan pada memori raya terakhir sebelum suaminya meninggal dunia. Dalam memori itu, muka Azmir berubah-ubah menjadi orang lain membuatkan Hidayah mula bersedih.
Hidayah lalu membuat keputusan drastik untuk memadam memori tersebut bagi memberi ruang kepada memori raya akan datang meskipun Zamri cuba menghalangnya.
Babak kemudian bersambung ke dunia realiti terkini di mana seorang kanak-kanak kecil yang memanggil Hidayah dengan panggilan nenek datang menyapanya lalu menyerahkan satu tin Love Letters yang kelihatan sudah lama.
Hidayah alami gangguan ingatan kerana memori bercampur aduk
Melihat si kecil, Hidayah secara spontan memanggilnya Azmir. Gelaran tersebut membuatkan kanak-kanak yang bernama Adam itu keliru dan lantas menjelaskan Azmir bukanlah namanya lalu berlari ke arah si ayah untuk memaklumkan hal tersebut.
Ayah Adam lalu menerangkan neneknya yakni Hidayah mengalami sedikit gangguan pada ingatannya dan membuatkan dia keliru kerana memori yang sudah bercampur.
Saat membuka tin Love Letters lama itu, Hidayah menjumpai buku lama yang membuatkan dia mula mengingati raut wajah anak lelakinya itu dan satu per satu memori mula muncul pada ingatan.
Untuk mengetahui sambungan kisah ini dan siapa sebenarnya Azmir, tonton video penuh di bawah:
Pengakhiran filem pendek Hari Raya oleh Julie’s ini membuatkan kita sedar Hari Lebaran bukan sekadar untuk diraikan tetapi untuk terus mencipta kenangan di samping memperingati memori lalu sebelum ia terpadam.
Bahkan ia menunjukkan kenangan tidak boleh dipelihara hanya dengan memori semata-mata, sebaliknya keberadaan di sisi dan komitmen juga sangat penting.

Hadiahkan snek Julie’s Love Letters Sempena Raya
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, mungkin ada yang sedang mencari buah tangan atau sajian snek yang nak dihidangkan kepada keluarga atau rakan-rakan bukan?
Julie’s Love Letters adalah makanan pilihan tepat untuk menambah keceriaan dan menaikkan lagi mood sempena lebaran yang bakal menjelang.

Sambil borak-borak bolehlah korang makan Love Letters yang sinonim diambil pada waktu santai atau ketika mood yang relax kerana rasanya yang klasik.
Untuk anda yang tercari-cari buah tangan jika nak berkunjung ke rumah sanak-saudara di Hari Raya, boleh juga pertimbangkan Love Letters!


Snek keluaran Julie’s ini juga boleh didapatkan di kedai berdekatan atau dalam talian menerusi aplikasi Shopee atau Lazada.



