fbpx

2 Wanita Tertukar Bahan ‘Assignment Memasak’ Khairul Aming & Che Sayang Cuit Hati Ramai

Difahamkan seorang wanita pada asalnya mahu menghasilkan puding karamel KA, manakala seorang lagi mahu memasak resepi daging oleh Che Sayang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak bermulanya bulan Ramadan tempoh hari, media sosial begitu meriah dengan beberapa pempengaruh cef kegemaran ramai yang berkongsi resepi bagi berbuka puasa.

Antara nama yang tidak lekang disebut oleh masyarakat Malaysia sudah tentulah Khairul Aming dan Che Sayang.

Setiap hari pasti ada sahaja resepi menarik yang dikongsikan oleh mereka dan menjadi pilihan ramai untuk dicuba sendiri di rumah. Sampai habis stok bahan kat kedai ya!

Baca Artikel Berkaitan: Lengkap Dengan Info Bahan & Cara Memasak, Ramai Puji Apps Satukan Resipi-resipi Influencer Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Minta 3 Resepi Je Sehari” – Respon KA Lepas ‘Pelajar’ Putus Asa Dengan Menu Ramadan Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bangga Pelajar Pendidikan Khas Berjaya Ikut Resipi Khairul Aming [Video]

Wanita Pesan Bahan Untuk Masak, Lain Pula Yang Diterima

Namun baru-baru ini, satu kejadian mencuit hati berlaku apabila dua orang wanita saling tertukar pesanan yang dibuat menerusi Grab.

Dalam hantaran di Threads, seorang wanita mendedahkan dia menerima bahan masakan yang berbeza dari apa yang dipesannya menerusi aplikasi itu.

Katanya kesalahan itu berpunca daripada kesilapan pihak pasar raya sewaktu menyediakan pesanannya.

Antara bahan yang diterima olehnya termasuklah mentega, hirisan daging dan roti mantao mini, walhal dia sebenarnya mahu menghasilkan resepi puding karamel Khairul Aming.

View on Threads

Wanita Lain Tampil Dengan Pesanan Yang Tertukar

Apa yang kelakar adalah apabila seorang lagi wanita tampil menunjukkan pesanan yang diterima olehnya.

Rupa-rupanya, mereka telah saling tertukar pesanan! Dia pula menerima bahan-bahan seperti keju krim, cili padi dan ubi kentang. Tapi yang pastinya dua-dua order roti mantao mini.

Katanya, dia merupakan ‘pelajar kelas’ Che Sayang dan mahu memasak hidangan daging yang pernah ditunjukkan oleh cef itu sebelum ini, kemungkinan resepi Dendeng Batokok.

Namun disebabkan kesalahan yang berlaku, dia terpaksa menyertai kelas Khairul Aming dan menghasilkan resepi Mantao Buttermilk. Nasib baik dapat masak juga ye.

“Ini bukan random, ni rezeki. Walaupun rasa macam salah alamat hahaha. Tapi rezeki dapat masuk kelas KA semalam sebagai student exchange,” katanya.

View on Threads

Ramai Terhibur 2 Wanita Tertukar Bahan Memasak & Cikgu

Menjenguk ke ruangan balas, ramai yang berasa terhibur dengan ‘insiden’ dua wanita itu tertukar bahan memasak sehingga terpaksa mengubah menu yang dirancang.

Bukan sahaja resepi memasak, malah mereka turut tertukar ‘cikgu’ yang menghasilkan menu-menu tersebut.

“Lah tertukar bahan-bahan assignment. Ni la bila lecturer bagi assignment dekat-dekat,” seloroh seorang pengguna media sosial.

“Ni kira tertukar prop assignment. Boleh minta extend tarikh hantar ke? Macam kelas prof berbeza tu,” kata seorang lagi.

Ada juga yang berkata kedua-dua wanita itu perlu berjumpa dan berkongsi roti dan keju krim yang dibeli kerana dua bahan itu laku laris dan kini susah didapati di kedai.

Apapun situasi ini memang menambah lagi rasa seronok orang ramai untuk mencuba resepi-resepi yang dikongsikan sepanjang bulan Ramadan ini.

Baca Artikel Berkaitan: Reaksi Khairul Aming Pening Kepala Lihat Ramai Gagal Ikut Resipi Dikongsikannya Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Rangkul Anugerah ‘Creator Of The Year’ Di TikTok Awards Malaysia 2024

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.