Siap Salam Tangan, Sikap Sopan Si Kecil Lepas Dapat 2 Kasut Percuma Buat Ramai Tersentuh [Video]
Kanak-kanak lelaki itu pada awalnya dalam dilema kerana risau tidak cukup duit untuk membeli dua pasang kasut yang diminatinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bukan semua di antara kita yang hidup serba mewah, asal minta terus dapat. Ramai yang dididik sejak kecil untuk berdikari dan berusaha sendiri bagi mendapatkan sesuatu.
Malah jika diperhatikan ketika ini, ramai juga golongan kanak-kanak yang sudah pandai dan rajin membantu ibu bapanya bekerja sebagai contoh berniaga di gerai-gerai tepi jalan atau di bazar Ramadan.
Hasil daripada usaha tersebut, ada antara mereka yang menerima upah. Dari situlah mereka mula menabung sedikit demi sedikit.
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Berniaga Sebab Kumpul Duit Nak Pergi Mekah Ditaja Ikhlas.com Untuk Tunai Umrah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Usia 11 Tahun Buka Warung Jual Air Demi Kumpul Duit Nak Pergi Umrah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kau Memang Terbaik Dik” – Anak Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan Dipuji Ramai [Video]
Kanak-kanak Risau Tak Cukup Duit Untuk Beli Kasut Di Kedai Bundle
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan seorang pelanggan kanak-kanak sedang memegang dan meneliti dua pasang kasut semasa berada di dalam kedai kasut, W Vintage Bundle Danau Kota, Kuala Lumpur.
Selepas menyedari kanak-kanak itu memegang kasut itu dalam tempoh masa yang lama, staf kedai berkenaan kemudian memanggilnya dan bertanya sama ada dia baik-baik sahaja.
Jelas si kecil, dia pada awalnya mahu membeli sepasang kasut sahaja, namun rasa berbelah bahagi selepas melihat kasut-kasut lain yang cantik di sana. Menurutnya, dia berasa risau sekiranya wang tunai yang dibawa tidak mencukupi.
Kanak-kanak Kumpul Duit Hasil Tolong Ibu Berniaga
Mengetahui perkara itu, staf bundle tersebut meminta untuk mengira semua wang yang dibawa.
Perkara yang membuatkan pekerja itu kagum adalah duit tunai yang dibawa si kecil sebenarnya merupakan hasil upah selepas membantu ibunya menjual karipap.
Selepas sesi soal jawab dengan budak lelaki itu, peniaga kasut tersebut dengan murah hatinya menawarkan kedua-dua pasang kasut itu kepadanya secara percuma.
“Abang nak minta satu benda je dari adik. Duit yang mak bagi ni adik simpan, adik belanja mak boleh? Serius, abang nak belanja,” kata staf berkenaan.
Lebih mengharukan adalah respon si kecil selepas dibelanja kasut baharu. Kanak-kanak tersebut dilihat mengukirkan senyuman selain tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada staf itu.
Bukan itu sahaja, kelihatan juga kanak-kanak itu seperti menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat selepas diberikan semula wang tunai seolah-olah bersyukur dengan rezeki yang diberi.
Sebelum beredar dari kedai itu, budak lelaki tersebut dilihat sekali lagi mengucapkan terima kasih selain bersalaman dengan insan yang membelanjanya kasut berkenaan.
@wvintagebundle.danaukota Kecik lagi dah tolong mak meniaga . Rezeki adik bulan puasa ni 🥰🥰 📍 W Vintage Bundle Danau Kota #fyp #kasutbundlekualalumpur #bundlekasut #wvintagebundle #wvintagebundledanaukota ♬ original sound – W VINTAGE BUNDLE DANAU KOTA
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Puji Sikap Budi Pekerti Si Kecil & Murah Hati Peniaga Bundle
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap si kecil yang sopan dan beradab dengan orang dewasa.
“Weh berapa umur adik tu, matangnya cara dia bercakap dengan penuh adab lagi,” kata seorang individu.
“Sambut duit guna dua belah tangan, bawa duit ke muka sambil tunduk tanda syukur, adik dapat dua kasut, emak dapat belanja makan, abang kedai ni dapat pahala. Allahuakbar, semoga baik-baik balasan untuk insan yang baik ni. Peniaga baik hati, anak yang ihsan dan baik budi pekerti, mak yang berjaya didik anak,” tambah seorang netizen.
Sementara itu, ramai juga yang berterima kasih kepada peniaga bundle kerana sudi berkongsi rezeki.
“Masuk syurga awak bang sebab gembirakan anak ini,” ujar seorang pengguna TikTok.
“Cara dia (kanak-kanak lelaki) cakap boleh nampak dia jujur dan budak yang baik. Terima kasih bang belanja dia, semoga abang dimurahkan rezeki selalu,” kata seorang lagi warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:









Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Remaja Gigih Tolong Ibu Berniaga Untuk Beli Telefon
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Murid Gigih Jual Keychain, Cari Modal Sediakan Choco Jar Untuk Jamuan Kelas
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Penjual Terus Bagi Free!” – Ramai Kagum Lihat Usaha Kanak-Kanak Kumpul Duit Beli Kasut Idaman
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹