“Baru Betul Kaw!” – Ramai Kagum Peniaga Jual Watermelon Juice Guna Ais Tembikai, Air Tak Ceroi
Jus tembikai yang dicampur dengan ais tembikai itu boleh didapatkan di gerai ‘Tembikai Tak Campur Air’ terletak berhampiran Nasi Lemak Kak Jah di Kg Batu Muda, Kuala Lumpur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali singgah ke bazar Ramadan, mati pasti tertumpu kepada pelbagai perisa air balang yang ditawarkan. Bila tengok warnanya nampak sedap betul!
Tapi tak dapat dinafikan, pasti terdapat pengunjung bazar yang pernah dikecewakan dengan rasa air balang yang terlalu tawar ataupun hanya air gula sahaja lebih.
Biasanya perkara ini berlaku apabila terlalu banyak ais yang diletakkan yang menjadikan air tersebut tawar apabila ianya cair.
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa Lauk Daging Masak Merah RM10 Dibeli Dari Bazar Ramadan Terlalu Sikit
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Bubur Kacang Hijau Dibeli Di Bazar Ramadan Cair Macam Air [Video]
Baca Artikel Berkaitan:“RM8 Free Refill”- Air Aiskrim Yogurt Dijual Di Bazar Ramadan Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Tak Guna Ais Biasa, Peniaga Guna Ais Tembikai Untuk Jus
Seorang peniaga di Kuala Lumpur bagaimanapun tampil dengan kelainan apabila tidak meletakkan ais batu biasa dalam minuman jus tembikai yang dijual olehnya.
Menerusi hantaran di TikTok (@tembikai.tak.camp), dia sebaliknya menyediakan ais menggunakan jus tembikai itu sendiri. Ini bermakna walaupun ais itu cair, ia tidak akan membuatkan jus tersebut ceroi.
Kelihatan juga ais tembikai yang telah dicampur bersama-sama jus tembikai menghasilkan tekstur ais hancur seakan-akan minuman ‘slushie’. Memang nampak fresh sungguh minuman yang disediakan tu!
@tembikai.tak.camp Penah kecewa beli jus tembikai kat bazaar rasa tawar sebab seller letak banyak ais? Meh dtg gerai abg ni Betul2 piau dan asli kalau gini punya cara 😅😅 #tembikaitca #tembikaiori #bazaarramadan ♬ original sound – Duta Arranger Korea
Gerai ‘Tembikai Tak Campur Air’ Terletak Di KL
Gerai itu yang diberi nama ‘Tembikai Tak Campur Air’ terletak berhampiran Nasi Lemak Kak Jah di Kg Batu Muda, Kuala Lumpur.
“Pernah kecewa beli jus tembikai kat bazar, rasa tawar sebab seller letak banyak ais? Meh dtg gerai abg ni. Betul-betul piau dan asli kalau gini punya cara,” katanya di kapsyen.
Di ruangan komen, ada yang memaklumkan jus tembikai itu habis dijual seawal jam 5 petang.
Jadi kalau anda nak dapatkan minuman ini, kena pergi lebih awal ye!

Ramai Kagum Lihat Jus Tembikai Tanpa Air, Sanggup Bayar Lebih Mahal
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet terliur dengan jus tembikai tersebut dan berkata sanggup membelinya pada harga yang lebih mahal jika dibandingkan dengan jus yang diletakkan banyak ais sehingga ceroi.
“Kalau macam ni aku sanggup bayar mahal sebab kaw dan pure, berbaloi. Tak campur air paip, air gula dan air cair dari ais,” kata seorang individu.
“Ini baru betul, jual air 100% jus air tu. Ini tak, jual air penuh ais, airnya 20% je. Bila minta taknak ais, buat muka. Harga RM8 bukan jual air, tapi jual ais,” kata seorang lagi.
Malah beberapa pengguna TikTok mendakwa pernah membeli jus tembikai yang mempunyai rasa air sirap.
“Pernah beli air tulis tembikai. Memang la nampak biji tembikainya. Masalahnya rasa sirap datang dari mana?” soal seorang individu.
Dalam masa sama seorang lelaki turut memberi pesanan agar jus buah yang dihasilkan tidak dicampur dengan pewarna mahupun gula supaya terasa keaslian buah tersebut.




Baca Artikel Berkaitan: “Itu Pun Jadi Isu Ke?” – Topik Zus Coffee Masuk Bazar Ramadan Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Sampai Melebihi Bajet, Ini Tips Elak Membazir Ketika Membeli Juadah Di Bazar Ramadan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Baik Sedekah Di Masjid” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Balang Tak Terjual Raih Perhatian [Video]
