Wanita ‘Judge’ Ibu Baru Bersalin Minum Air Di Klinik Ketika Bulan Ramadan Terima Kritikan Ramai
Di ruangan balas, seorang jururawat memaklumkan bahawa terdapat sesetengah kes di mana mereka sendiri yang meminta pesakit di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) agar minum air walaupun ketika bulan Ramadan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum sedia maklum bahawa seorang Muslim yang menepati syarat-syarat diwajibkan berpuasa, perlu berbuat sedemikian setibanya di bulan Ramadan.
Namun begitu, terdapat juga individu yang diberi rukhsah agar tidak berpuasa atau meneruskan puasanya disebabkan oleh masalah kesihatan yang dialami.
Antaranya termasuklah wanita yang sedang hamil, yang masih dalam tempoh pemulihan selepas melahirkan anak dan yang menyusukan anak.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Situasi Kritikal Yang Mewajibkan Seseorang Batalkan Puasa
Baca Artikel Berkaitan: Soalan Wanita Non-Muslim Boleh Ke Makan Di Bazar Ketika Bulan Puasa Cetus Suasana Positif
Wanita Persoal Tindakan Ibu Minum Air Ketika Di KKIA Di Bulan Puasa
Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang wanita mempersoalkan tindakan seorang ibu yang baru sahaja bersalin, minum air di khalayak ramai ketika berada di Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA) dalam bulan Ramadan.
Katanya, dia telah dididik untuk hanya minum air sahaja di siang hari pada bulan Ramadan jika tidak boleh berpuasa akibat datang haid, kerana perlu rasa malu dengan malaikat.
“Sebab hormatkan bulan puasa. Segan dengan malaikat kat kiri kanan bahu. Zaman sekarang, selamba je ko teguk air dari tumbler dalam Klinik Ibu Anak. Dengan alasan ko tak puasa sebab baru lepas beranak.
“Malu sikit kak oi. Depan mata ko penuh dengan orang ramai. Kira kawasan umum. Tahu haus. Tapi pergi la cari ceruk sikit untuk teguk air. Pening kejap tengok ragam manusia akhir zaman,” katanya.
Wanita Patut Faham Situasi Ibu Baru Bersalin
Hantaran itu telah dikongsikan semula pengguna Threads lain (@sicikin_) yang mengkritik tindakan wanita itu.
Dia bertanya sama ada wanita berkenaan tidak pernah puasa sunat atau ganti puasa kerana terasa apabila melihat individu lain minum di hadapannya.
Tambahnya lagi, dia sepatutnya memahami situasi seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak dan tidak menghukumnya sedemikian rupa.
“Baru lepas beranak. Doktor cakap kena banyakkan minum air, kurangkan berjalan. Takkan nak pergi menapak ke parking kereta semata nak minum air?
“Satu lagi, kat Klinik Ibu & Anak. Faham-faham je la klinik tu tempat apa. Kau nampak bayi minum susu depan kau masa puasa, takkan kau nak marah sebab tak reti hormat bulan puasa?” ujarnya.
View on Threads
Ramai Kritik Wanita Kerana ‘Judge’ Ibu Minum Air Di Bulan Ramadan
Menjenguk ke ruangan balas, rata-rata individu mengkritik tindakan wanita tersebut yang menghukumi seorang ibu baru bersalin hanya kerana minum air di klinik ketika bulan puasa dan memintanya agar memahami seseorang yang dalam proses berpantang selepas baru sahaja melahirkan anak.
“Dia baru lepas beranak. Dalam Islam pun Allah SWT bagi keringanan untuk ibu mengandung, bersalin, datang haid dan orang sakit untuk tak puasa,” kata seorang individu.
Ada juga yang mengingatkan bahawa seorang wanita diharamkan berpuasa ketika datang haid dan tidak perlu ada rasa malu dengan malaikat untuk makan dan minum di bulan Ramadan.
Jururawat Maklumkan Kadangkala Pesakit Memang Diminta Minum Air
Di samping itu, seorang jururawat berkata kadangkala mereka sendiri yang meminta pesakit agar minum air kerana risaukan keadaan para ibu.
Beberapa wanita turut berkongsi pengalaman mereka ketika mengandung dan perlu makan atau minum serta-merta walaupun ketika bulan puasa kerana berasa terlalu lapar atau diminta oleh doktor.
“Dah dua jam tunggu nama tak dipanggil. Perut dah tak tahan sakit, bunyi. Nak taknak, minum je air milo dan makan roti tengah-tengah public tu. Tapi sorok sikit guna tudung,” kata seorang wanita.

Ada Yang Setuju, Minta Ibu Ke Tempat Tersorok Untuk Minum
Dalam masa sama, terdapat juga segelintir yang bersetuju bahawa seorang Muslim harus menghormati bulan puasa dalam apa jua keadaan sekalipun dan meminta mereka agar bersembunyi sedikit.
“Apa orang tu kata betullah. Point dia menyorok sikit kalau nak minum air tu. Hormat orang puasa, apa yang salahnya,” kata pengguna media sosial.
Namun ada yang tidak bersetuju kerana risau berlaku apa-apa kepada ibu hamil atau yang baru bersalin, seperti pengsan, ketika mereka di tempat yang tersorok dan tidak disedari orang ramai.





Baca Artikel Berkaitan: JAWI Tahan 12 Individu Ponteng Puasa, Tak Sihat & Kerja Berat Jadi Alasan
Baca Artikel Berkaitan: Haram Jual Beli Makanan Dengan Orang Yang Ponteng Puasa Di Bulan Ramadan – Ustaz Azhar Idrus [Video]



