fbpx
Now Reading
Pelanggan Kecewa Lauk Daging Masak Merah RM10 Dibeli Dari Bazar Ramadan Terlalu Sikit

Pelanggan Kecewa Lauk Daging Masak Merah RM10 Dibeli Dari Bazar Ramadan Terlalu Sikit

Menurut wanita berkenaan, peniaga tersebut turut membuat ‘muka’ yang kurang menyenangkan sewaktu abangnya memaklumkan ingin membeli lauk daging berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan puasa, pastinya bazar Ramadan menjadi tumpuan orang ramai.

Bukan sahaja ingin memberi sokongan kepada peniaga, tetapi kemeriahan di bazar Ramadan juga membuatkan ramai yang datang berkunjung.

Mana tidaknya bukan sekadar lauk yang boleh didapati di bazar Ramadan tetapi makanan antarabangsa pun ada seperti sushi, nasi arab, dan banyak lagi.

Namun terdapat segelintir peniaga di bazar Ramadan yang mengambil kesempatan seperti menaikkan harga, tidak menyediakan makanan dengan kualiti yang baik, atau harga tidak setanding dengan kuantitinya.

Wanita kecewa lauk daging masak merah RM10 tetapi kuantiti sikit

Baru-baru ini, seorang wanita telah meluahkan rasa kecewanya apabila makanan yang dibeli tidak setanding dengan harganya.

Menerusi hantaran Fie yang dikongsikan di Threads, katanya dia telah berkunjung ke sebuah bazar Ramadan di Johor Bahru bersama abangnya untuk membeli juadah berbuka puasa.

Sewaktu berkunjung ke bazar tersebut, abangnya telah membuat keputusan untuk membeli lauk daging masak merah.

“Jadi abang aku minta ‘kak nak daging merah ni RM5’ dan akak yang bungkuskan lauk ni dengan muka kereknya cakap ‘paling murah RM10’,” katanya.

Dakwa peniaga tak pamer harga lauk

Dalam satu lagi hantaran di Threads, Fie turut berkongsi status dari abangnya, Mohamed Firdaus yang menceritakan apa yang berlaku sewaktu ingin membeli daging tersebut.

Ujar Firdaus, peniaga terbabit turut tidak mempamerkan tanda harga lauk-pauk yang dijual. Tanpa bercakap banyak, Firdaus bersetuju untuk membelinya dan berfikir mahu berkongsi makanan terbabit dengan adiknya.

“Masa dia keluarkan plastik bungkus kuah roti canai (size kecil) aku dah tak sedap hati dan adik aku pun dah pandang muka aku. Masa dia cedok (ambil) tu pun sukat-sukat, itu pun dia cedok bawang layu dengan sayur-sayur dia.

“Kalau tahu RM10 daging merah sejuk banyak macam ni, tahu aku pergi kedai tomyam tadi, RM10 dapat nasi goreng USA panas-panas,” katanya.

Muat isi dalam mangkuk kecil

Menerusi hantaran Fie, dia turut berkongsi beberapa foto memaparkan isi lauk daging yang jelas kuantitinya sedikit untuk harga RM10.

Bahkan lauk daging itu hanya muat diisi dalam mangkuk kecil.

Ramai kurang senang sikap peniaga kenakan caj mahal tak setimpal kuantiti

Melihat di ruangan balas, ramai yang kurang senang apabila ada peniaga mengenakan caj yang tak berpatutan kepada pelanggan dengan kualiti sebegitu.

Malah ada yang mendakwa adakalanya peniaga hanya memikirkan tentang keuntungan mereka sahaja.

Ada pula yang mengatakan peniaga mengenakan caj yang mahal disebabkan harga sewa tapak dan barangan mentah yang juga mahal.

Tidak kurang ada yang meminta wanita tersebut untuk membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Report sis jangan tak report”

“G*la mahal”

“Saya pun kadang-kadang terkejut bila kena dengan penjual macam ni. Terus terpana…”

“Kau harap RM10 tu sekilo daging ke dik? Sekilo mentah pun dah RM19 belum nak masak..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.