fbpx
Now Reading
Lelaki Dakwa Tegur Wanita Hantar Ibu Ke Bazar Ramadan Untuk Minta Sedekah [Video]

Lelaki Dakwa Tegur Wanita Hantar Ibu Ke Bazar Ramadan Untuk Minta Sedekah [Video]

Dalam video tersebut turut kedengaran perakam meminta wanita terbabit menunjukkan sebarang surat sah daripada mana-mana pihak yang membenarkan untuk membuat kutipan wang di tempat awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ibu merupakan seorang insan yang mulia dan perlu dihormati oleh anak-anaknya.

Bukan sahaja sudah melahirkan tetapi mereka yang bergelar ibu juga telah berkorban pelbagai perkara demi melihat anak-anaknya berjaya, ada akhlak yang baik dan banyak lagi.

Bahkan kita juga sering dinasihatkan untuk berbakti kepada ibu bapa dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang, tanggungjawab demi insan tersayang ini.

Malah Allah SWT menjanjikan pahala yang besar buat anak-anak yang menjaga ibu bapanya dengan sebaik mungkin.

Lelaki tegur wanita didakwa bawa ibu ke bazar Ramadan untuk minta sedekah

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang didakwa telah menghantar ibunya ke bazar Ramadan untuk meminta sedekah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Oppa Zuzu Restoran di Instagram, awalnya kelihatan seorang wanita warga emas duduk di hadapan sebuah gerai sebelum datang seorang lagi wanita muda seperti mahu menjemputnya.

Lelaki tanya apa hubungan wanita dengan warga emas?

Melihat perkara itu, seorang lelaki yang juga perakam video telah datang menghampiri kedua-dua wanita terbabit dan bertanya apakah hubungannya antara kedua-dua mereka.

Wanita muda yang menyedari diri mereka dirakam kemudian berkata, “Ha kenapa.”

Dalam video itu turut kedengaran lelaki tersebut bertanya adakah makcik berkenaan ibunya?

Sambil melipat kerusi yang diduduki warga emas terbabit, wanita itu lalu bertanya kepada perakam mengapa dia bertanya soalan berkenaan.

“Memang selalu hantar (wanita warga emas) mak cik ni dekat sini (bazar Ramadan) ke? ‘Kenapa’.

“Tak saja je tengok akak hantar macam ni kan,” katanya.

Siap tanya ada surat sah atau tidak untuk buat kutipan?

Malah perakam turut bertanya adakah wanita itu mempunyai sebarang surat sah daripada mana-mana pihak untuk membuat sebarang kutipan duit di tempat awam seperti itu.

Apabila diasak dengan pelbagai soalan oleh perakam, wanita itu kemudian perlahan-lahan menarik tangan warga emas sebelum berlalu pergi.

“Kalau boleh akak jangan letak (warga emas) dekat sini, nampak buruklah kak. Janganlah, buat malu orang Melayu lah kak. Fikir banyak kalilah kak sebelum nak buat tu,” kata perakam kepada wanita itu.

Dalam video berkenaan perakam turut menyoal adakah dibenarkan seorang anak menghantar orang tuanya untuk meminta sedekah di bazar Ramadan.

Mahu beri kesedaran kepada orang ramai, kesian lihat orang tua minta sedekah di tengah panas

Menurut Oppa Zuzu di ruang kapsyen, tujuan video tersebut dimuat naik adalah untuk memberi kesedaran kepada semua termasuk wanita berkenaan agar dia tidak berani mengulangi hal sama di mana-mana bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

“Bukan suka-suka nak viral. Tapi kami anak-anak muda punya hati dan perasaan. Luluh hati kami bila nampak orang muda hantar orang tua minta sedekah di tengah panas.

“Dan dia mengaku, dia adalah anak kepada orang tua itu. Bukan nak sibuk hal orang. Tapi kami tak sampai hati nak tengok orang tua dipergunakan di tempat kami mencari rezeki. Wajar ke seorang anak menghantar orang tuanya meminta sedekah di bazar Ramadan?

“Kami berharap agar pihak penganjur Bazar Ramadan dapat memantau serta mengambil tindakan tegas bagi menghalang sindiket ini daripada terus berleluasa.”

Ramai puji perakam tegur wanita gunakan ‘ibu’ untuk minta sedekah

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan perakam menegur wanita terbabit serta prihatin dengan warga emas berkenaan.

Malah ada juga mengatakan salah satu sebab mereka tidak mahu menyumbang di tempat sebegitu kerana tidak tahu kemana ia akan disalurkan.

Ini kerana sebelum ini terdapat kes peminta sedekah yang menggunakan taktik sebegitu untuk menipu dan meraih keuntungan untuk diri sendiri.

“Terima kasih dik tegur. Harap terkesan dekat hati si anak. Reda Allah terletak dalam reda ibu, moga Allah balikkan hati anak untuk jaga mak sebaik mungkin.”

“Patut anak tu kuat bekerja untuk senangkan mak dia”

“Ini salah satu sebab aku tak bagi sumbangan dekat tempat-tempat macam ni. Kalau nak bagi, aku salurkan dekat tempat yang sepatutnya. Sebabnya dulu pun ada kes yang pengemis ni semua ada orang yang ‘jaga’ dekat belakang.”

“Bagus, lindungi mak dari anak perempuan yang menggunakan maknya untuk meminta. Ia tak bagus mengambil kesempatan daripada mak..”

“Kadang-kadang mak dia sendiri yang nak juga. Bagus cara kau tegur tu tapi kalau boleh jangan post dekat media sosial. Sikit-sikit nak viralkan, kalau ya pun mereka salah tegur cara baik-baik dan jangan post dekat media sosial.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.