fbpx
Now Reading
Soalan Wanita Non-Muslim Boleh Ke Makan Di Bazar Ketika Bulan Puasa Cetus Suasana Positif

Soalan Wanita Non-Muslim Boleh Ke Makan Di Bazar Ketika Bulan Puasa Cetus Suasana Positif

Menerusi hantaran di Threads, seorang wanita bukan Islam bertanya sama ada kaum Muslimin akan terasa jika non Muslim makan di hadapan mereka ketika di bazar Ramadan sebelum waktu berbuka puasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Malaysia sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbeza bangsa dan agama.

Oleh itu, boleh dikatakan setiap kali tiba di bulan Ramadan, pasti timbul persoalan sama ada seseorang bukan Muslim boleh makan di hadapan umat Islam mahupun tidak.

Ada segelintir kecil yang merasakan tidak patut, namun majoriti berpendapat tiada masalah untuk seseorang yang tidak diwajibkan berpuasa makan di khalayak ramai sama sekali.

Timbul Persoalan Jika Non Muslim Boleh Makan Depan Muslim Sedang Puasa

Itulah seperti yang dibincangkan di media sosial baru-baru ini, apabila seorang wanita bukan Islam, Yoganes Vellusamy, mengemukakan soalan dalam satu hantaran di Threads (@yoganes).

“Soalan dari seorang Non Muslim kepada Muslim, menyinggung perasaan ke kalau beli makanan di bazar (Ramadan) dan makan di bazar sebelum berbuka puasa?” soalnya.

Hantaran itu telah meraih perhatian warganet, tidak kira agama mahupun bangsa yang masing-masing memberi pendapat penuh toleransi mengenai isu tersebut.

Ia sekali gus menjadi bukti keharmonian dan perpaduan kaum yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

View on Threads

Non Muslim Rasa Perlu Hormat Umat Islam, Jangan Makan Depan Mereka Ketika Puasa

Di ruangan balas, rata-rata individu bukan Muslim berpendapat seseorang sepatutnya menghormati umat Islam yang sedang berpuasa dan tidak makan di hadapan mereka.

“Bayangkan makan depan orang yang tengah kelaparan. Saya tak akan buat macam tu sebab saya rasa boleh je tahan sampai tiba di rumah,” kata seorang lelaki.

Ada juga yang berkata jika tidak tahan berlapar, mereka akan makan di dalam kereta sahaja setelah membeli makanan di bazar Ramadan.

“Sebenarnya orang Islam tak kisah. Tapi lebih baik kita makan di tempat lain la. Berbudi bahasa. Saya cuba puasa sekali, tak senang sebenarnya. Lebih-lebih lagi pasal (tahan) minum,” kata seorang pengguna Threads.

Bukan itu sahaja, seorang lelaki turut mendedahkan bahawa dia juga memilih untuk memakai seluar panjang ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

“Selalunya saya makan dalam kereta. Dan saya juga pakai seluar panjang, tapi pasar malam biasa saya pakai seluar pendek je. Cuma untuk bazar (Ramadan) saya lindungan bulan sikit,” katanya.

Orang Islam Anggap Tiada Masalah, Boleh Minta Review Kalau Non Muslim Cuba Makanan Bazar

Dari perspektif umat Islam pula, rata-rata merasakan tiada masalah jika seorang non Muslim mahu makan di hadapan mereka ketika sedang berpuasa.

“Secara jujurnya, boleh je dan kami tak kisah. Anda bebas makan dan nikmati pengalaman (di bazar). Ia tak beri kesan kepada puasa kami. Ramadan adalah tentang kawalan diri dan niat, bukan mengawal tindakan orang lain,” jelas seorang lelaki.

Mereka juga berkata sudah biasa melihat orang menjamu selera ketika berpuasa. Mana taknya, tengok mukbang la, resepi Khairul Aming lagi!

Malah, terdapat individu Islam yang berkata mereka boleh bertanyakan review ataupun cadangan daripada non Muslim yang terus mencuba makanan di bazar.

“Kami yang berpuasa, bukan awak. Jadi makan je. Tapi jangan marah kalau kami tanya sedap ke tak. Atau apa yang anda cadangkan,” kata seorang individu.

Interaksi antara pelbagai bangsa dan agama di hantaran ini sememangnya membuatkan orang ramai berasa bangga dengan rakyat Malaysia yang saling menghormati dan hidup harmoni.

Berikut antara komen daripada pengguna media sosial:

Baca Artikel Berkaitan: “Suka Vibes Ni!” – Ramai Teruja Non-Muslim Sertai Sesi Buka Puasa Di Dataran Putrajaya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Bangsa Cina Teruja Berbuka Puasa Di Putrajaya, Siap Dapat Air Jagung Percuma [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Non-Muslim Pertama Kali Nak Cuba Berpuasa? Ini Tips Dikongsi Soo Wincci & Ceddy [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.