Sah Ke Solat Jika Tak Dengar Bacaan Al-Fatihah Sendiri Kerana Suara Imam Kuat? Ini Penjelasan UAI
Seorang makmum muafik wajib membaca surah al-Fatihah walaupun ia telah dibaca oleh imam sebelum itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Membaca al-Fatihah di setiap rakaat merupakan rukun solat yang wajib dilakukan oleh seseorang yang sedang sembahyang.
Ini adalah seperti sabda Rasulullah SAW:
لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Maksudnya : “Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.”
Riwayat al-Bukhari
Malah memandangkan ia merupakan rukun qauli, diwajibkan seseorang mengucapkan surah al-Fatihah sehingga didengari oleh telinganya sendiri.
Namun bagaimana pula apabila sedang solat berjemaah, suara sendiri tidak boleh didengar akibat suara imam yang sedang membacakan surah lain terlalu kuat?
Sekadar info, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata makmum (muafik) wajib membaca surah al-Fatihah walaupun ia telah dibaca oleh imam sebelum itu.
Namun bagi makmum masbuq, iaitu yang menyertai jemaah selepas imam bertakbir untuk rukuk, dia boleh terus ikut rukuk dan tidak perlu membaca atau menghabiskan bacaan al-Fatihah.
Baca Artikel Berkaitan: Sah Ke Solat Berjemaah Jika Makmum Mengelamun Hingga Lupa Baca Al-Fatihah? Ini Penjelasannya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Makmum Baca Al-Fatihah Serentak Dengan Imam, Sah Atau Tidak Solatnya?
Baca Artikel Berkaitan: Ragu-ragu Dah Baca Al-Fatihah Atau Belum? Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan [Video]
Tak Perlu Lawan Bunyi Bising Ketika Baca Al-Fatihah – UAI
Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus sebelum ini pernah menerima soalan daripada seorang individu yang menyatakan imam tidak berhenti sekejap seusai membaca al-Fatihah sebelum menyambungnya dengan surah lain.
Perkara ini membuatkan individu berkenaan tidak mendengar bacaan al-Fatihahnya sendiri akibat ditenggelami oleh suara imam yang kuat.
UAI menjelaskan bahawa seseorang tidak perlu melawan suara dengan bunyi yang kuat jika bacaan al-Fatihah tidak kedengaran.
“Dalam kitab-kitab berkata, jika seseorang solat di tepi benda yang bising, seperti enjin, tidak perlu dilawan bunyinya.
“Baca macam biasa. Agak-agak kalau tiada bising, dengar tak? Sudah memadai. Walaupun (ketika itu) tak dengar kerana bising. Maknanya kalau orang tutup mesin, dengar tak suara tu?” ujarnya.
Perlu Gerakkan Bibir & Anak Tekak Jika Tak Dengar Bacaan Al-Fatihah Di Tempat Bising Agar Solat Sah
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga telah membahaskan mengenai hukum tidak mendengar bacaan al-Fatihah sendiri ketika solat di tempat yang bising.
Katanya jika seseorang tidak mampu mendengar bacaan sendiri seperti mempunyai masalah pendengaran, pertuturan atau disebabkan gangguan bunyi yang kuat, tidak mengapa jika bacaan al-Fatihah itu tidak kedengaran.
Namun dia masih perlu menggerakkan kedua-dua bibir dan anak tekaknya sekadar yang termampu agar solatnya sah. Ini adalah seperti yang diterangkan dalam kitab al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie:
Maksudnya: “Hendaklah dia mendengar (apa yang dibaca) dirinya sendiri, sekiranya mempunyai pendengaran yang baik, dan tidak ada padanya gangguan bunyi dan sebagainya. Sekiranya mempunyai masalah pada lisannya (pertuturan) atau bisu, maka hendaklah digerakkan apa yang termampu baginya. Digerakkan kedua bibirnya dan anak tekaknya dengan kadar yang termampu.”
Baca Artikel Berkaitan: Batal Ke Solat Kalau Menguap, Batuk & Bersin Ketika Baca Al-Fatihah? Ini Penjelasan UAI
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bunyi Tarannum Weh” – Netizen Kagum Lihat Kanak-Kanak Bukan Agama Islam Ini Baca Surah Al Fatihah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sejuk Hati Dengar” – Suami OKU Pendengaran Gigih Lafaz Surah Al-Fatihah Undang Sebak





