Punch Jadi Sensasi Global, Anak Monyet Diabaikan Ibu Kini Mula Diterima Ahli Kumpulannya [Video]
Punch yang dilahirkan pada 26 Julai 2025 dan diabaikan oleh ibunya, telah diselamatkan dan dibawa ke Zoo Ichikawa, Chiba, Jepun sejak 19 Januari lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seekor anak monyet di Zoo Ichikawa yang terletak di Chiba, Jepun kini menjadi sensasi global setelah tular kisah diabaikan oleh ibunya.
Dia yang digelar sebagai Panchi-kun, atau Punch, membuatkan ramai rasa hiba apabila dilihat seolah-olah cuba mendapatkan perlindungan dan kehangatan daripada patung orang utan yang diberikan oleh kakitangan di zoo tersebut.
Dalam masa sama, dia juga sering memanjat dan berpaut pada tubuh badan pekerja zoo yang masuk ke sangkar monyet untuk memberi makan.
@ayiyaaa.b Punch with his favourite Human and Orang Utan toy. #punch #monkeypunch #panchi #fyp #fypシ゚viral ♬ เสียงต้นฉบับ – ไข่ตุ๋นทำไร
Hanya 1-3% Anak Monyet Yang Diabaikan
Zoo Ichikawa pada 5 Februari lalu mengumumkan keberadaan Punch di sana. Katanya, monyet jantan itu telah dilahirkan pada 26 Julai 2025 sebelum diabaikan oleh ibunya.
Dia kemudiannya diselamatkan dan dibawa ke zoo tersebut sejak 19 Januari tahun ini.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Harry Frank Guggenheim Foundation, hanya sekitar 1-3% kes pengabaian anak monyet yang dicatatkan. Perkara ini selalunya dilakukan oleh ibu yang masih muda, kebiasaannya terhadap anak pertamanya.
Sejak beberapa hari lalu, zoo itu telah dikerumuni oleh para pengunjung yang mahu menyaksikan sendiri anak monyet berkenaan.
Punch Kerap Dimarahi & ‘Dibuli’ Monyet Lain
Dalam beberapa video yang tular di media sosial, Punch dilihat kerap bermain dan membawa bersama patung orang utan yang digelar ‘Oran-mama’ itu ke mana sahaja.
Kelihatan juga Punch sebelum ini dimarahi dan ‘dibuli’ monyet dewasa lain apabila dia menghampiri mereka.
Dalam satu kejadian, seekor monyet dewasa telah memarahi dan menyeret Punch dipercayai kerana cuba berkawan dengan bayinya.
Punch kemudiannya berlari dan mendapatkan Oran-mama dan seolah-olah cuba untuk bersembunyi di sebalik patung itu, sama seperti apabila anak monyet lain berlindung di belakang ibu mereka.
@australiancommunitymedia ‘Punch’ and his plushie: baby monkey becomes internet celebrity. The Japanese macaque was born in July 2025, but was abandoned by his mother, and had to be hand-reared by staff at the Ichikawa City Zoo. To ease the little one's loneliness, the zoo staff gave Punch a small orangutan plushie. This video includes ACM-produced voiceover powered by AI. #PunchMonkey #macaque #viral #viralvideo #animalsoftiktok ♬ original sound – Australian Community Media
Pun begitu, pihak Zoo Ichikawa menerusi satu kenyataan berkata interaksi sedemikian telah pun dijangka dan tiada seekor monyet pun yang menunjukkan keganasan serius terhadap Punch.
“Walaupun Punch dimarahi, dia menunjukkan ketahanan dan kekuatan mental. Apabila anda melihat tindakan mendisiplinkan dari ahli kumpulan lain terhadap Punch sewaktu cuba untuk berkomunikasi dengan mereka, kami mahu anda terus menyokong usaha Punch berbanding berasa kasihan terhadapnya,” katanya.
#市川市動植物園 #市川ファン #がんばれパンチ pic.twitter.com/lBZiKwYFOo
— 市川市動植物園(公式) (@ichikawa_zoo) February 20, 2026
Punch Sudah Mula Berinteraksi Secara Positif Dengan Monyet Lain
Dalam perkembangan positif, Punch dilihat sudah mula mendapatkan tempat dan kasih sayang daripada kalangan spesiesnya sendiri.
Beberapa video menunjukkan dia bermain bersama monyet lain dan turut berbalas pelukan.
Semalam (22 Februari), pihak zoo menjelaskan bahawa terdapat monyet lain yang sudah mula membersihkan bulu Punch.
Memetik BBC, pengarah Trentham Monkey Forest United Kingdom, Matt Lovatt berkata monyet yang membersihkan bulu antara satu sama lain merupakan kunci utama mereka membina persahabatan.
2/22(日)のサル山の様子
— 市川市動植物園(公式) (@ichikawa_zoo) February 22, 2026
飼育員「皆さんのマナーのおかげで、静かな感じで特にケンカ等はありませんでした。パンチは17頃、2頭のサルに念入りに毛づくろいされるなど、群れに着実になじんできています」#市川市動植物園#がんばれパンチ pic.twitter.com/EyjV0rpvPv
@overtime My day is better now 🥹 #punch #monkey #emotional #cute #wholesome ♬ snowfall – Øneheart & reidenshi