fbpx

Lelaki Berpakaian Ikan Duyung & Menari Depan Gerai Air Balang Undang Kecaman [Video]

Dipercayai tindakan lelaki memakai baju ikan duyung dan menari di depan kedai adalah ‘content’ untuk mempromosikan air balang yang dijual.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui adalah haram buat seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita atau pakaian yang tidak sopan.

Ini kerana, mereka tidak hanya bercanggah dari ketetapan dalam Islam tetapi turut boleh mengundang fitnah yang tidak sepatutnya.

Bahkan perkara seperti ini bukanlah satu contoh yang baik untuk ditunjukkan kepada orang ramai khususnya kanak-kanak yang sedang meningkat dewasa.

Tular rakaman lelaki pakai baju ikan duyung sambil menari-nari di depan gerai jual air balang

Terbaharu, tular satu video memaparkan tindakan seorang lelaki yang dilihat memakai pakaian ikan duyung serta berjoget di hadapan sebuah gerai air balang.

Menerusi video tular di media sosial, kelihatan lelaki tersebut memakai kostum kain seperti ekor ikan dari bahagian pinggang hingga menutupi kaki.

Manakala baju pula hanya menutupi bahagian dada. Turut kelihatan lelaki yang sedang memegang cawan berisi air oren sambil menari-nari di hadapan gerai dalam keadaan berdiri.

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki sama menari sambil mengensot-ensot di hadapan gerai menjual air balang terbabit.

Insiden memaparkan lelaki berpakaian tidak senonoh itu dipercayai berlaku di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Memetik laporan Berita Harian, tindakan terbabit dipercayai ‘content’ untuk melariskan air balang yang dijual.

Susulan daripada penularan video itu banyak pihak yang meminta agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menarik semula lesen perniagaan gerai terbabit selain tindakan tegas turut dikenakan kepada individu berkenaan.

JAHEAIK difahamkan sedang kesan lelaki pakai baju ikan duyung

Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEAIK) sewaktu dihubungi, memaklumkan pihaknya memandang serius hal terbabit serta sedang mengesan lelaki tersebut untuk membantu siasatan.

“Pihak kami sedang mengenal pasti individu berkenaan serta mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

“Sebarang pelanggaran undang-undang syariah atau perbuatan tidak senonoh di tempat awam akan diambil tindakan sewajarnya,” jelasnya.

JAHEAIK turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mengundang keresahan awam, apatah lagi dalam bulan Ramadan yang menuntut umat Islam menjaga tingkah laku dan sensitiviti masyarakat.

Foto memaparkan lelaki tersebut berpakaian ikan duyung sambil duduk di depan gerai air balang itu turut dikongsikan oleh Cikgu Fadli atau nama penuhnya Mohd Fadli Salleh.

Ramai kurang senang lihat tindakan lelaki berpakaian ikan duyung sambil berjoget

Melihat di ruangan komen, ramai yang kurang senang melihat perkara itu dan menyarankan orang ramai untuk tidak memberi sokongan pada perniagaan yang sebegitu.

Bahkan ada yang mengatakan mereka tidak akan membeli air daripada kedai tersebut dan menyifatkan ia bukan pemasaran luar kotak sebaliknya luar tabie.

“Ada ke orang nak singgah beli gerai duyung jantan tu”

“Tak perlu sokong perniagaan orang macam ni”

“Dah alang-alang depan penjara. Masukkan dalam penjara terus”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.