fbpx
Now Reading
“Itu Pun Jadi Isu Ke?” – Topik Zus Coffee Masuk Bazar Ramadan Cetus Perdebatan

“Itu Pun Jadi Isu Ke?” – Topik Zus Coffee Masuk Bazar Ramadan Cetus Perdebatan

Minuman yang dijual dengan harga RM3.90 itu bukanlah kopi brew seperti di cawangan Zus, tetapi minuman segera 3-in-1 mereka iaitu Kopi Coklat dan White Coffee.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seperti yang kita boleh lihat sekarang, ribuan pengunjung dilihat membanjiri bazar Ramadan seluruh Malaysia untuk mencari juadah berbuka puasa.

Dalam masa orang ramai rambang mata melihat makanan dan minuman menarik di depan mata, sudah tentu mereka mementingkan juga kualiti dan harga yang dijual oleh peniaga.

Namun antara isu yang mula dibangkitkan di laman media sosial sekarang adalah sesetengah juadah yang dijual dengan harga ‘cekik darah’ dan tidak masuk akal.

Sebagai contoh, ada yang menjual karipap dengan harga RM10 bagi empat ketul sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Sampai Melebihi Bajet, Ini Tips Elak Membazir Ketika Membeli Juadah Di Bazar Ramadan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mudahkan Pengunjung! Ramai Suka Infografik Bazar Ramadan Presint 3, Siap Label Tapak Niaga

Baca Artikel Berkaitan: ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’ Buat Ramai Teruja, Tawar 80 Pax Free Dining Di Rembayung [Video]

Zus Coffee Buat Kemunculan Di Bazar Ramadan

Bagaimanapun, bukanlah semuanya mahal. Sebagai contoh baru-baru ini, ramai teruja melihat rangkaian kopi popular Malaysia, Zus Coffee turut membuka gerai jualan di bazar Ramadan bersama peniaga-peniaga tempatan lain.

Lebih menarik lagi, harga minuman ditawarkan iaitu minuman produk segera (3in1) Kopi Coklat dan White Coffee berharga RM3.90 sahaja untuk secawan. Lebih kurang harga yang boleh didapatkan di warung tepi jalan atau kedai mamak.

Pun begitu, ada juga sesetengah pihak yang beranggapan harga murah itu mungkin akan memberi kesan kepada harga pasaran bagi peniaga yang turut menjual minuman khususnya di kawasan yang sama.

“Zus Coffee masuk bazar, jual air RM3.90 secawan. Apa kesan kepada peniaga kecil? Terutama peniaga yang suka jual mahal atas alasan premium,” kata seorang pengguna Threads, Jalal Misai.

Difahamkan, gerai Zus ini bertempat di Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Di Bazar Ramadan Terpanjang Dilanda Angin Kencang Pada Hari Pertama Puasa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Sedar-Sedar Dah Briskwalk 5km” – Bazar Ramadan Panjang Di Rawang Raih Perhatian Ramai [Video]

View on Threads

Tak Logik Air Balang Cecah RM8 – Netizen

Seorang lelaki dikenali sebagai Baem menerusi akaun Threads miliknya berkata, peniaga tidak sepatutnya menjadikan perkara itu satu isu bahkan dia mempersoalkan segelintir usahawan yang menjual makanan serta minuman dengan harga tidak munasabah.

“Bukan main sembang syarikat besar masuk bazar bunuh peniaga peniaga kecil, padahal peniaga kecil sendiri yang bunuh diri. Air yogurt botol kecik RM10? Popia carbonara seketul RM2? Karipap kentang 5 biji RM10? Air balang cawan kecil RM4 cawan besar RM8? Logik? Tapak bazar sebulan RM20,000 ke sampai jual harga macam tu?”dakwanya.

View on Threads

Support Kerana Zus Coffee Juga Produk Tempatan

Menjengah ke ruangan balas, segelintir individu berkata mereka tidak ada masalah untuk membeli dari gerai Zus Coffee memandangkan ia juga ialah produk tempatan, sama seperti peniaga-peniaga lain.

“Zus pun lokal jadi tak rasa bersalah pun untuk support. (Peniaga) yang jual RM7-8 (secawan) tapi tak rasa kopi pun kena check balik,” kata seorang individu.

Malah ada juga yang berkata RM3.90 untuk secawan minuman Zus itu adalah logik kerana mereka menggunakan kopi 3in1 dan bukannya kopi brew seperti dijual di kedai.

‘Viral’ Tak Bermaksud Produk Perlu Mahal

Sementara itu, netizen turut memberi peringatan bahawa istilah ‘viral’ tidak memberi tiket kepada peniaga untuk meletakkan harga tinggi kepada juadah yang dijual.

“Tolonglah bukan tak nak backup peniaga kita. Tapi seseorang kena bagi tahu mereka yang letak nama ‘viral’ atau pakai glove hitam tak mewajarkan harga korang (yang mahal),” ujar seorang lelaki.

Baca Artikel Berkaitan: “Mahal Betul!” – Mat Saleh Beli Jelly Ball Viral Berharga RM8 Secucuk Bikin Netizen Terkedu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Sebut Premium, Saya Kata Mahal”- Kieda Crepe Ulas Isu Tiramisu RM40 [Video]

Segelintir Netizen Tak Setuju Zus Coffee ‘Rebut’ Pelanggan Di Bazar Ramadan

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah warganet yang tidak bersetuju Zus Coffee beroperasi di bazar Ramadan kerana dikhuatiri akan mengganggu periuk nasi peniaga lain.

“Maaflah pada saya, jenama ni dah kira besar sebab dah boleh buka 1,000 cawangan. Jadi mereka tak sepatutnya buka di bazar di mana usahawan makanan kecil cuba untuk mencari rezeki. Zus patutnya duduk di lot kedai atau lokasi pusat membeli-belah je,” kata seorang lelaki.

“Saya tak faham kenapa high end francais nak rebut pelanggan dekat bazar Ramadan ya. Ni untuk peniaga kecilan. Buat apa nak bertanding dengan mereka? Diorang (Zus) ni nak bunuh bisnes ke? Pihak pengurusan (bazar) sepatutnya tetapkan garis panduan dan jangan terlalu tamak,” tambah seorang lagi individu.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.