fbpx

Harga ‘Roti James’ RM9 Siap Guna Smoked Beef, Buat Ramai Nak Support Beard Brothers BBQ [Video]

Menerusi hantaran dibuat Beard Brothers BBQ, mereka turut memaklumkan berapakah berat daging yang digunakan untuk menyediakan Roti James dan Super James yang berharga RM9 serta RM23 sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan puasa pasti anda mempunyai beberapa menu yang wajib dicari di bazar Ramadan.

Antara menu wajib setiap kali tibanya puasa pastinya:

  • Murtabak
  • Roti John
  • Kebab
  • Air tebu
  • Air kelapa
  • Kambing bakar
  • Ayam golek
  • kuih-muih dan banyak lagi

Namun dalam seronok kita melihat semua jenis makanan ini dijual di bazar Ramadan, harga, kualiti dan kuantiti juga menjadi aspek penting buat pelanggan sebelum membeli sesuatu makanan.

Ada segelintir peniaga yang menjual pada harga yang mahal namun kuantiti serta kualiti diberikan amat mengecewakan dan tak setimpal dengan cas dikenakan.

Ramai teruja Beard Brothers BBQ jual Roti James RM9

Baru-baru ini seorang pelanggan restoran Beard Brothers BBQ, rasa berpuas hati dengan roti James (sama seperti roti john) yang dibeli dengan harga yang sangat berpatutan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Osman Melur di Threads, dia malah menilai makanan yang dibeli dari restoran tersebut sebanyak 11/10 untuk menyatakan kepuasan hatinya sebagai pembeli.

Jelas Osman dia begitu berpuas hati dengan Roti James yang dibeli dari restoran tersebut kerana ia sememangnya penuh dengan daging yang dicarik halus.

Guna daging yang disalai selama 12 jam

Malah daging yang diletakkan bukanlah daging cincang seperti yang dijual oleh rata-rata peniaga roti john tetapi menggunakan daging yang sudah disalai selama 12 jam.

Apa yang menjadi perhatian, bukan sekadar kuantiti daging yang banyak tetapi Roti James ini turut dijual pada harga RM9 sahaja.

Dalam video turut kelihatan sayur-sayuran turut diletakkan dalam Roti James yang dibeli dari Beard Brothers BBQ.

“Roti James Beard Brothers BBQ. 11/10 memang penuh dengan daging, sedara. Tak perlu sos, mayo, sos keju melimpah pun, harga pun RM9. Bukan roti john patties RM15. Sempurna untuk berbuka puasa,” jelas Osman.

View on Threads

Roti James special atau Super James pula hanya RM23

Hantaran Osman di Thread kemudiannya menjadi tular dan ramai menyambutnya dengan positif serta mahu membeli Roti James dari restoran terbabit.

Osman turut memaklumkan bagi Roti James spesial atau Super James hanya RM23 sahaja.

Menerusi carian kami di akaun media sosial Beard Brothers BBQ, bagi Roti James yang berharga RM 9 ia dipenuhi dengan 60g daging yang dicarik, telur yang disalut pada roti, cili dan juga mayonis.

Manakala bagi Super James yang berharga RM23 ia bersaiz lebih besar dengan 80g daging dicarik halus, telur, keju cheddar, peperoni, cili dan juga mayonis.

Ramai tak sabar nak support Beard Brothers BBQ kerana tawar harga Roti James RM9

Melihat di ruangan balas, ramai yang tidak sabar ingin mengunjungi restoran tersebut bagi mendapatkan Roti James yang disifatkan berpatutan.

Malah ada yang mengatakan mereka akan membeli lebih dari satu kerana ia begitu berbaloi. Ada juga mengatakan harga tersebut murah kerana daging yang digunakan bukanlah daging biasa tetapi yang disalai bagi tempoh lama.

Malah ramai yang mula bertanya dimanakah mereka boleh membeli Roti James dari Beard Brothers BBQ.

Tidak ketingalan ada yang berkongsi pengalaman mereka yang sudah membeli Roti James dari restoran tersebut.

Ada pelanggan mengatakan makanan yang dibeli itu penuh dengan daging, manakala roti pula lembut dan sudah menjadi makanan wajib dibeli setiap kali tiba Ramadan.

Bagi korang yang nak dapatkan Roti James ni boleh berkunjung ke:

  • Beard Brothers BBQ Tropicana Avenue, Petaling Jaya. Waktu operasi dibuka setiap hari bermula 4pm-11pm (untuk yang nak bungkus), 7pm-11pm makan di restoran (tempahan), bagi yang nak datang secara terus boleh berkunjung selepas 8.30 malam.
  • Beard Brother BBQ, Tebing, Johor Bahru, waktu operasi Selasa-Ahad.

Selain Roti James, restoran ini turut menawarkan makanan lain seperti nasi talam yang sesuai dimakan tiga hingga empat orang antaranya:

  • Nasi Talam Brisket 1kg – RM270
  • Nasi TaLamb 1kg – RM179
  • Nasi TAyam seekor – RM107

“RM9 je? Wow. Kau tunggu jap aku support dekat Tropicana tu nanti”

“Kudos to Beard Brothers BBQ dan team dapat jual dengan harga yang berpatutan! Insya-Allah nak kena rasa juga nanti”

“Super James awesome”

“Yang terbaik sini. Rasa masa pertama kali makan waktu Covid dulu.”

“Super James (peperoni dan keju). Penuh daging brisket, roti lembut. Setiap tahun wajib beli, tahu lepas beli banyak untuk sahur.”

“Murah”

“Aduh bang kenapa pergi viral. Dah lama masa tak viral pun susah dapat. Ni viral lagi lah tak dapat.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.