Peniaga Di Bazar Ramadan Terpanjang Dilanda Angin Kencang Pada Hari Pertama Puasa [Video]
Menerusi gambar yang dikongsi di Threads, dapat dilihat khemah di sebuah gerai yang dimiliki oleh seorang pakcik roboh akibat ditiup angin kuat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bazar Ramadan Santai BTP di Rawang, Selangor sebelum ini meraih perhatian ramai kerana dikatakan bakal memecahkan rekod sebagai bazar terpanjang di Malaysia dengan jarak 1.4 km.
Namun siapa sangka, peniaga di bazar tersebut yang baru sahaja mula beroperasi pada 1 Ramadan semalam (19 Februari), ditimpa ujian apabila hujan lebat beserta angin kencang melanda kawasan terbabit pada sebelah petang.
Keadaan di Bazar Ramadan Santai BTP dikongsi oleh seorang peniaga di sana bernama Haiqal.
Menerusi hantaran di Threads (@haiqalhqmy), dapat dilihat keadaan di bazar tersebut dalam cuaca hujan lebat sehingga air memasuki ruang di antara khemah-khemah peniaga.
Kelihatan juga para peniaga memegang besi pada khemah dipercayai bertujuan untuk mengelakkannya daripada roboh ditiup angin.
Baca Artikel Berkaitan: “Sedar-Sedar Dah Briskwalk 5km” – Bazar Ramadan Panjang Di Rawang Raih Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Terpaksa Tanggung Rugi, Peniaga Bazar Ramadan Ini Anggap Kejadian Ribut Sebagai Ujian
Khemah Pakcik Roboh Ditiup Angin
Pun begitu, nasib tidak menyebelahi seorang peniaga apabila khemahnya roboh akibat ditiup angin kuat.
Kelihatan seorang pakcik yang merupakan pemilik gerai tersebut sedang berlindung daripada hujan lebat hanya menggunakan payung setelah khemahnya roboh.
Di ruangan balas, seorang wanita berkata pakcik tersebut merupakan ayahnya.
“Tu abah saya, tengah kemas-kemas tu,” katanya.
Haiqal berpendapat bahawa bazar terbabit yang terletak di kawasan lapang terdedah dengan risiko angin.
“Bazar Ramadan terpanjang di Malaysia. Kami peniaga yang dah lama berniaga dekat BTP dah banyak menolak jangan buat dekat Star Market sebab tanah lapang.
“Bila angin tiup sekali je habis. Tapi apakan daya suara kami sebagai peniaga ini kecil je. Selamat menyambut Ramadan semua,” katanya.
View on Threads
Ramai Rasa Hiba Lihat Nasib Peniaga Diuji Dengan Hujan Lebat
Menjenguk ke ruangan balas, orang ramai berasa kasihan mengenangkan nasib para peniaga di Bazar Ramadan Santai BTP yang ditimpa ujian seawal 1 Ramadan.
Malah ada juga yang berasa lebih kasihan terhadap pakcik berkenaan yang kehilangan khemah akibat roboh ditiup angin.
“Boleh dapatkan nombor pakcik tu? Banyak dia rugi. Allahu. Moga Allah SWT berikan pakcik rezeki lebih banyak daripada yang dia hilang,” kata seorang wanita.
Dalam masa sama, ada juga yang memberi tips untuk mengelakkan khemah daripada terbang ketika cuaca ribut iaitu dengan menurunkan ketinggian khemah atau mengikat guni pada tiangnya.
Segelintir individu berpandangan bahawa kawasan lapang di bazar tersebut sememangnya membuatkan khemah-khemah terdedah kepada angin kuat.
“Nak buat panjang-panjang ni dan tempat lapang kena pakai khemah marquee baru selamat dan kemas,” seorang warganet berkongsikan pendapatanya.







Baca Artikel Berkaitan: ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’ Buat Ramai Teruja, Tawar 80 Pax Free Dining Di Rembayung [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Review] Patutlah Ramai Hype, Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 ‘Syurga’ Buat Si Kaki Makan!
Baca Artikel Berkaitan: [Review] Best Ke Bazar Ramadan Stadium Shah Alam? Ini Hasil Terjahan Kami








