fbpx
Now Reading
“Kematian Yang Dicemburui”- Lelaki Meninggal Dunia Sewaktu Tunai Solat Pada 1 Ramadan

“Kematian Yang Dicemburui”- Lelaki Meninggal Dunia Sewaktu Tunai Solat Pada 1 Ramadan

Menerusi video yang dikongsikan oleh Masjid Al-Khairiyah, kelihatan arwah jatuh dalam keadaan bersujud sebelum diangkat oleh jemaah di sebelahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap yang hidup pastinya akan merasai kematian namun belum tahu bilakah masa yang telah dijanjikan Allah SWT.

Oleh itu sebagai hambaNya, kita sentiasa memohon agar dimatikan dalam keadaan khusnul khatimah dan dijauhkan daripada segala keburukan atau perkara yang mengaibkan.

Bahkan melihat mereka yang pergi menghadap Ilahi dalam keadaan sedang melakukan ibadah membuatkan ramai berasa cemburu dan menginginkan perkara yang sama.

Lelaki warga emas meninggal dunia sewaktu sedang tunai solat berjemaah

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) meninggal dunia dalam keadaan khusnul khatimah iaitu sedang menunaikan solat berjemaah di sebuah masjid.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) dikongsikan Masjid Al-Khairiyah, Gombak, Selangor di Facebook, awalnya kelihatan para jemaah sedang berdiri dan berada dalam saf untuk menunaikan solat.

Sewaktu imam mula rukuk, kelihatan jemaah, Alias Abd Ghani rebah dan berada dalam keadaan sedang bersujud.

Lelaki di sebelah arwah cuba untuk angkat dan periksa keadaan warga emas

Manakala jemaah lain rukuk mengikut imam, dan sewaktu berada dalam keadaan iktidal, seorang jemaah memakai baju hijau yang berada di sebelah arwah cuba mengangkatnya.

Mungkin pada ketika itu, dia ingin memeriksa keadaan arwah sebelum mengalihkannya keluar dari saf.

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda lagi diredai-Nya.

“Satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak. Telah pulangnya (kembali Kerahmatullah) Tn. Hj. Alias Abd Ghani menemui penciptanya tepat pada hari pertama Ramadan,” kata pihak masjid berkenaan.

Kematian warga emas dicemburui kerana nyawa ditarik sewaktu sedang beribadah

Melihat di ruangan komen ramai yang mencemburui pemergian lelaki tersebut yang dalam keadaan sedang solat dan di bulan yang mulia iaitu Ramadan.

Bahkan ramai yang mendoakan agar segala dosanya diampunkan oleh Allah SWT, selain kubur dilapangkan dan diterangi.

Ada juga menyifatkan Allah SWT memuliakan warga emas itu apabila meninggal dunia dalam keadaan bersujud sekali gus mendapat pengakhiran hidup yang baik.

“MasyaAllah, cara pulang yang sangat indah. Berbahagialah jiwanya. Semoga Allah ampunkan segala salah silap dosa beliau dilapangkan kuburnya, terang bercahaya kuburnya, tiada gentar dan takut. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.”

“Mulia dan tabik juga kepada pemuda yang hulur bantuan kecemasan kepada pakcik tu.”

“Kematian yang dicemburui. Allah SWT muliakan dia dengan mengambilnya ketika sedang bersolat di bulan Ramadan. Allahuakbar.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.