fbpx

Ini 4 Situasi Kritikal Yang Mewajibkan Seseorang Batalkan Puasa

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jumhur ulama berpendapat wajib berbuka puasa sekiranya seseorang sedang sakit teruk sehingga berisiko mengalami masalah serius seperti kerosakan fungsi organ dan kehilangan nyawa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Secara umumnya, setiap umat Islam yang waras, baligh dan berkemampuan antara syarat diwajibkan untuk berpuasa fardu pada bulan suci Ramadan.

Pun begitu, Islam merupakan agama yang penuh rahmah dan mereka yang tidak berkemampuan dari segi kesihatan, diberi rukhsah agar tidak meneruskan puasa.

Mungkin ada sesetengah orang yang akan cuba menahan puasa walaupun berasa tidak sihat, namun terdapat kesakitan tertentu yang akan menjadi lebih berbahaya sekiranya puasa diteruskan.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Batalkan Puasa Ganti Ramadan Tanpa Keuzuran Atau Sebab Munasabah?

Baca Artikel Berkaitan: Batalkan Puasa Ganti Ramadan Semata-mata Member Ajak Makan Tempat Best? Ini Hukumnya

Baca Artikel Berkaitan: Sering Alami Gastrik? Ini 4 Tips Yang Anda Boleh Amalkan Ketika Puasa

Wajib Berbuka Puasa Jika Sakit Teruk Sehingga Boleh Mengancam Nyawa

Perkara itu telah diterangkan oleh Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini, yang berkongsi empat situasi di mana seseorang wajib berbuka puasa serta-merta demi menyelamatkan nyawa.

“Jika anda atau ibu bapa mengalami empat tanda amaran (red flag) ini, hukum meneruskan puasa adalah haram kerana ia membinasakan diri sendiri,” katanya.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jumhur ulama berpendapat wajib berbuka puasa sekiranya seseorang sedang sakit teruk sehingga berisiko mengalami masalah serius seperti kerosakan fungsi organ dan kehilangan nyawa.

#1 Hipoglisemia (Tahap Gula Rendah)

Menurut PHM, salah satu situasi yang mewajibkan seseorang berbuka puasa ialah hipoglisemia yang boleh dikenal pasti menerusi tanda-tanda berikut:

  • Tangan menggigil
  • Peluh sejuk membasahi dahi
  • Jantung berdebar laju
  • Pandangan kabur

Sebagai info, hipoglisemia berlaku apabila tahap gula dalam darah atau kepekatan glukosa kurang daripada 70 mg/dL atau 4mmol/L.

PHM menjelaskan apabila bacaan tahap gula jatuh di bawah 3.9mmol/L, otak tidak akan menerima glukosa yang merupakan sumber tenaga dengan secukupnya.

Dalam keadaan ini, seseorang wajib berbuka puasa dengan meminum air manis segera, kerana jika ditunggu ia boleh menyebabkan sawan dan koma dalam masa beberapa minit.

#2 Dehidrasi Melampau

Apabila sedang berpuasa, normal untuk seseorang mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.

Namun berhati-hati sekiranya dehidrasi yang dialami adalah kronik serta disertai tanda-tanda berikut:

  • Pening kepala berpusing bila berdiri
  • Lidah kering merekah
  • Kekeliruan (merapu)
  • Air kencing sangat sedikit atau kelihatan perang gelap

“Kehilangan air yang kritikal akan memekatkan darah, meningkatkan risiko darah beku (strok), dan kegagalan buah pinggang akut,” jelas PHM.

Menurut Hello Doktor, seseorang yang mengalami situasi dehidrasi kronik perlu membatalkan puasa dan segera dapatkan rawatan doktor, kerana boleh menyebabkan kematian dalam kes yang lebih serius.

#3 Hiperglisemia (Tahap Gula Tinggi)

Bukan sahaja tahap gula rendah, namun hiperglisemia (gula tinggi) yang dihadapi ketika berpuasa juga merupakan satu bentuk red flag yang boleh mendatangkan bahaya.

Bagi mengenal pasti hiperglisemia, perhatikan tanda-tanda seperti:

  • Haus yang melampau (tidak hilang dengan berkumur)
  • Kerap kencing
  • Nafas berbau buah (aseton)
  • Rasa letih yang amat sangat

Berdasarkan laman web Hello Doktor, hiperglisemia berlaku apabila tahap gula darah mencecah sekitar 10 mmol/L. Jika keadaan itu berterusan, ia boleh menyebabkan masalah lain termasuk sembelit kronik atau cirit-birit, penglihatan teruk dan kerosakan saraf.

Malah, PHM berkata jika tahap gula dalam darah melebihi 16.6 mmol/L, ini bermakna darah sedang bertukar menjadi asid yang dikenali sebagai ‘diabetic ketoacidosis‘ (DKA) dan boleh membawa maut.

#4 Penyakit Akut Mendadak

Kadang-kadang seseorang tidak mengalami sebarang penyakit pada asalnya, tetapi boleh jatuh sakit secara tiba-tiba dengan tanda-tanda yang serius seperti:

  • Muntah-muntah berterusan
  • Cirit-birit yang teruk
  • Demam panas menggigil secara tiba-tiba

Dalam keadaan ini, dia akan kehilangan cecair dalam badan, sekali gus membuatkan tahap elektrolit yang diperlukan tubuh badan berkurangan dengan mendadak.

Kata PHM, meneruskan puasa dalam situasi sedemikian akan menyebabkan sistem badan ‘shut down’.

Baca Artikel Berkaitan: Penggunaan Inhaler Boleh Batalkan Puasa? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Buat Rawatan Scaling Gigi Waktu Bulan Puasa? Ini Jawapannya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.