fbpx
Now Reading
“Team Tarawih 8 Rakaat VS 20” – Masjid Wilayah Sediakan Zon Parkir Ikut Jumlah Rakaat Raih Perhatian

“Team Tarawih 8 Rakaat VS 20” – Masjid Wilayah Sediakan Zon Parkir Ikut Jumlah Rakaat Raih Perhatian

Jemaah Masjid Wilayah Persekutuan yang memilih untuk menunaikan 20 rakaat solat tarawih diminta untuk parkir kenderaan di Anjung A manakala lapan rakaat di Anjung B dan C.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bulan Ramadan 1447 Hijrah kini sudah kembali. 🌙🕌

Kalau anda lihat di platform media sosial, ramai para Muslim berkongsi semangat mereka bagi mengimarahkan lagi bulan mulia ini termasuklah meningkatkan lagi amalan, berazam untuk khatam al-Quran, menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid atau surau dan banyak lagi.

Siap yang ada masjid ‘hunting’ tau. Namun antara masalah yang dilalui oleh jemaah sekiranya terlewat adalah tidak mendapat tempat parkir.

Pusing tiga ke empat kali masih tidak jumpa tempat nak letakkan kenderaan sehingga boleh menyebabkan seseorang lambat memenuhkan saf di dalam rumah Allah itu.

Baca Artikel Berkaitan: Solat Tarawih 8 Jam Sehari & Lengkap Dibaca 30 Juzuk al-Quran

Baca Artikel Berkaitan: Masjid Putra Nilai Mesra Kanak-kanak, Tawar Khidmat Asuhan Sempena Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Imam Solat Tarawih, Tapi Makmum Qada’ Solat Subuh Boleh Atau Tidak? Ini Jawapannya [Video]

Masjid Wilayah Persekutuan Asingkan Parkir Jemaah Ikut Jumlah Rakaat Solat Tarawih

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Shazzaqie berkongsi foto menunjukkan banner yang dipaparkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bagi mengelakkan kesesakan tempat parkir, pihak masjid telah tampil dengan satu inisiatif di mana tempat meletakkan kenderaan dibahagikan kepada tiga zon mengikut jumlah rakaat tarawih yang ditunaikan oleh jemaah.

Buat mereka yang mahu menunaikan 20 rakaat, anda diminta untuk parking kereta di Anjung A manakala 8 rakaat di Anjung B atau C.

Sumber: Threads (shazzaqie)

Difahamkan pembahagian zon parkir itu sudah diperkenalkan sejak tahun 2019 lalu bagi memudahkan urusan jemaah untuk memarkir kenderaan dan mengelakkan isu parkir berganda (double parking).

“Tak sabar nak solat tarawih. Team 8 rakaat VS 20 rakaat. Selamat bertarawih malam ni. Apa-apa pun, geng 8 (rakaat) tetap respect geng 20,” kata Shazzaqie di ruangan kapsyen.

View on Threads

Masjid Wilayah Tampil Dengan Program Asuhan Anak

Selain pembahagian tempat parkir, Masjid Wilayah juga tampil dengan program Aulad Care di mana ibu bapa yang hadir ke masjid boleh menghantar anak berusia satu hingga enam tahun untuk dipantau di ruang legar Aras 2, Anjung C semasa solat tarawih berlangsung.

Perkhidmatan asuhan yang menyeronokkan itu bermula jam 8PM hingga 10PM sepanjang bulan Ramadan ini. Untuk info, Aulad Care ini merupakan salah satu program di bawah kempen ‘Jom Jaya Ramadan’ oleh masjid tersebut.

Program ini diharapkan dapat membantu ibu bapa untuk solat dengan lebih khusyuk dan berkah.

Ramai Beri Pandangan Insiatif Pembahagian Parkir Adalah Bijak

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji insiatif yang dilakukan oleh masjid wilayah bagi melancarkan kesesakan di tempat parkir.

“Tahniah pengurusan masjid yang bijak. Memudahkan urusan,” kata seorang pengguna Threads.

“Hebat betul perkhidmatannya. Biar team 8 rakaat boleh keluar dulu, tak ganggu team 20. Mantap,” tambah seorang lagi netizen.

Sementara itu, Shazzaqie juga sempat berseloroh mengenai pembahagian solat tarawih berkenaan.

“Team 8 rakaat: Infinity War (Avengers). Team 20 rakaat: Endgame,” katanya.

Berikut antara komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Kekurangan Fizikal Tak Halang Lelaki Solat Tarawih 20 Rakaat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mahu Solat 20 Rakaat Tapi Imam Hanya Buat 8? Ustaz Jafri Kongsi Caranya!

Baca Artikel Berkaitan: Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.