“Sedar-Sedar Dah Briskwalk 5km” – Bazar Ramadan Panjang Di Rawang Raih Perhatian Ramai [Video]
Bazar tersebut merupakan Bazar Ramadan Santai BTP yang menempatkan lebih 500 tapak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, dengan panjang 1.4 kilometer.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kita kini tiba lagi di bulan Ramadan, sekali gus menandakan mulanya puasa fardu selama sebulan yang diwajibkan ke atas umat Islam.
Pasti ramai yang menanti-nantikan bulan mulia ini beserta dengan niat untuk meningkatkan lagi takwa dan memperbanyakkan ibadah demi mengumpul pahala yang berganda, termasuk menunaikan solat sunat tarawih dan membaca al-Quran.
Namun bukan itu sahaja, segelintir golongan masyarakat juga tidak kira kaum mahupun agama, tidak sabar untuk berkunjung ke bazar Ramadan yang banyak menyediakan menu istimewa sempena bulan puasa ini.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’ Buat Ramai Teruja, Tawar 80 Pax Free Dining Di Rembayung [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Review] Patutlah Ramai Hype, Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 ‘Syurga’ Buat Si Kaki Makan!
Baca Artikel Berkaitan: [Review] Best Ke Bazar Ramadan Stadium Shah Alam? Ini Hasil Terjahan Kami
Bazar Ramadan Di Bandar Tasik Puteri Sangat Panjang!
Baru-baru ini, satu bazar Ramadan yang terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor mencuri tumpuan ramai.
Dalam satu hantaran di TikTok (@sweetcheesecake9), kelihatan jaraknya yang amat panjang dari satu hujung ke hujung yang lain.
Melihat kepada jumlah tapak yang disediakan, mungkin terdapat ratusan kedai yang bakal dibuka di sana.
“Apa ke panjang nau bazar Ramadan,” ditulis pada video tersebut.
Video tersebut telah dimuat naik semalam (19 Februari), dan masih tidak kelihatan sebarang kedai yang sudah tersedia ketika itu.
@sweetcheesecake9 lokasi bandar tasik puteri, rawang!!! #fyp #puasa #ramadan ♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami
Bazar Ramadan Santai BTP Ada Lebih 500 Tapak, Panjang Keseluruhan 1.4 km
Memetik laporan Harian Metro sebelum ini, difahamkan bazar yang dikenali sebagai Bazar Ramadan Santai BTP (Bandar Tasik Puteri) itu adalah sepanjang 1.4 kilometer yang menempatkan lebih 500 tapak.
Bazar yang berkonsepkan ‘healing’ itu dikendalikan oleh BigFood Festival serta menerima tajaan Bank Islam dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan akan beroperasi mulai 1 Ramadan, dari 4 petang hingga 7.30 malam.
Menurut penganjur, Muhammad Faezee Abu Bakar, pengunjung juga boleh berbuka puasa di bazar tersebut yang menyediakan meja dan kerusi.
Orang ramai juga tidak perlu risau tentang parkir kerana terdapat tempat letak kenderaan yang boleh memuatkan sekitar 800 kereta dalam satu masa.
Dalam masa sama, terdapat juga bazar Aidilfitri yang dibuka di kawasan sama, sekali gus membolehkan pengunjung bazar membeli-belah barangan bagi persiapan raya.
“Bazar ini akan menjadi satu-satunya bazar Ramadan rasmi di BTP yang juga salah satu bandar terbesar di Lembah Klang Utara dengan populasi melebihi 100,000 orang.
“Justeru itu, kami mahu mengetengahkan konsep berlainan dengan bazar Ramadan lain apabila pengunjung boleh berbuka puasa di bazar ini,” kata Faezee.
Ramai Teruja Lihat Bazar Panjang, Tak Akan Patah Balik Lepas Sampai Ke Hujung!
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai sememangnya teruja melihat bazar yang dikatakan bakal memecahkan rekod sebagai bazar terpanjang di Malaysia itu.
Ada dalam kalangan mereka yang merasakan bahawa mereka pasti tidak akan berpatah balik setelah sampai ke hujung bazar.
“Ni takdenya istilah ‘pusing-pusing dulu’. Nak beli, beli sekarang,” kata seorang individu.
“Pergi lepas Asar, sampai hujung dah boleh berbuka,” seorang lagi berkongi pendapatnya.
Malah warganet turut berjenaka dengan jarak bazar yang amat panjang itu dengan menyifatkannya sebagai ‘Fun Run Bazar Ramadan’.
“Tengah pusing-pusing sedar-sedar dah raya,” seloroh seorang individu.
“Sedar tak sedar dah briskwalk 5km. Alhamdulillah tiap hari pergi confirm kurus tahun ni,” kata seorang lagi.
Berikut merupakan komen-komen lain netizen:






Baca Artikel Berkaitan: Siap Bawa Setalam Nasi Arab, Gelagat Lelaki Membeli Makanan Di Bazar Ramadan Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Influencer Non-Muslim Belanja Kanak-kanak Beli Makanan Di Bazar Ramadan Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “RM8 Free Refill”- Air Aiskrim Yogurt Dijual Di Bazar Ramadan Undang Pelbagai Reaksi [Video]



