Perodua Axia Selamba Memotong Di Garisan Berkembar Raih Perhatian [Video]
Di ruangan komen, ramai yang turut mempertikaikan tindakan pemilik dashcam kerana tidak memberikan ruang untuk Axia masuk semula ke lorong kiri selepas memotong di double line.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi kewajipan buat semua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan ini termasuklah mengikut had kelajuan, awasi papan tanda amaran dan banyak lagi.
Bahkan mana-mana pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang boleh dikenakan tindakan atau denda.
Bukan hanya itu, pengguna yang tidak memandu secara berhemah tidak hanya melanggar peraturan bahkan boleh mengundang bahaya kepada keselamatan orang lain.
Perodua Axia memotong di garisan berkembar
Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang pemandu Perodua Axia yang memandu secara berbahaya sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads, awalnya kelihatan sebuah kereta Axia berwarna silver sedang berada di belakang kenderaan pemilik dashcam.
Tidak lama kemudian kelihatan dia cuba untuk memotong sewaktu berada di garisan berkembar dengan masuk ke lorong bertentangan.
Dari sisi kamera dashcam bahagian hadapan, turut kelihatan Axia tersebut cuba memasuki semula lorong kiri selepas cubaan memotong kenderaan pemilik dashcam.
Tidak lama kemudian turut kelihatan kereta dari arah bertentangan mula datang dan kereta Axia itu dilihat mula menghimpit kenderaan pemilik dashcam.
Pemilik dashcam dilihat tak beri ruang Axia masuk lorong kiri
Walau bagaimanapun, kelihatan pemilik dashcam seperti enggan memberikannya ruang untuk memotong dan kereta Axia dilihat berada di tengah-tengah antara lorong kiri dan arah bertentangan.
Sebaik melihat tiada lagi kenderaan dari arah bertentangan, pemandu Axia tersebut segera memotong Proton Saga yang berada di hadapan untuk masuk semula ke lorong kiri.
Turut kelihatan kereta Axia itu dipandu dengan keadaan yang laju selain berbahaya apabila memotong di lorong garisan berkembar.
Ramai tak setuju tindakan Axia potong di garisan berkembar
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berasa kurang senang melihat tindakan Axia tersebut.
Bahkan ada yang meminta agar perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Ada juga tegur pemilik dashcam sepatutnya beri ruang Axia masuk lorong kiri elak berlaku kemalangan
Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat pemilik dashcam sepatutnya memberikan ruang untuk Axia terbabit masuk ke lorong kiri semula bagi menggelakkan daripada berlaku kemalangan tak diingini.
Ada juga mengatakan mereka tidak bersetuju dengan tindakan Axia terbabit namun pemanduan pemilik dashcam sewaktu insiden berlaku juga disifatkan berbahaya dan terlalu mengikut rasa hati.
Menerusi video dashcam, insiden tersebut dipercayai berlaku pada 16 Februari yang lalu.
Video sama turut menjadi tular di X dan turut mendapat respon yang sama di kalangan pengguna aplikasi itu.
Pakai axia je pun tapi dia punya berlagak dengan potong double lane macam laju sangat 😅 pic.twitter.com/dOZhFSlPeg
— kamaghul deghaman (@kamaghul) February 18, 2026
“Memang dia salah tapi tak payah lah ego sangat bagi jelah masuk. Boleh membahayakan nyawa orang laluan sebelah.”

“Nak elak kemalangan kena tolak ansur dengan orang g*la macam ni..”

“Jelas ni boleh buat laporan kan? Biar surat saman sampai”

“Ya dia salah sebab memotong di garisan berkembar. Tetapi tindakan awak tak benarkan dia memotong boleh mnegundang bahaya kepada kereta lain di arah bertentangan..”

“Ada tiga benda b*d*h dekat video ni. Paling b*d*h potong garisan berkembar, kedua b*d*h pemilik dashcam sebab orang dah potong kau pastu kau bagi jelah jalan. Tak perlu nak tekan minyak lagi sebab bahaya dekat orang dari depan takut berlaku kemalangan atas ego kau..”




