“Harmoninya Malaysia” – Ramai Teruja Lihat Gabungan Lion Dance Dengan 2 Tarian Tradisi Sabah [Video]
Dapat dilihat kostum yang sering digunakan bagi Tarian Singa, mempersembahkan Tarian Sumazau dan Tarian Magunatip ketika di perayaan Tahun Baru Cina.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Malaysia sememangnya negara yang kaya dengan kepelbagaian budayanya. Perkara ini sekali gus membuatkan wujudnya asimilasi antara budaya yang dimiliki oleh suatu kaum dengan kaum yang lain.
Seperti pada minggu ini, negara baru sahaja meraikan perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh segenap masyarakat.
Antara persembahan yang pasti dinanti-nantikan ketika menjelang perayaan utama masyarakat Cina ini pastilah tarian singa atau lebih dikenali sebagai ‘Lion Dance’.
Baca Artikel Berkaitan: “Suasana Luar Biasa” – Tarian Singa & Alunan Kompang Di Kenduri Kahwin Buat Tetamu Terpegun [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kombinasi Tarian Singa & Rentak Gendang Tradisional India Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Tarian Singa, Kompang & Gendang India” – Kenduri Kahwin Himpun Budaya Kaum Di Malaysia Curi Tumpuan [Video]
Kostum Tarian Singa, Tapi Menari Tarian Sumazau
Namun apa yang menarik perhatian adalah apabila satu persembahan Lion Dance membawa kelainan daripada yang biasa dilihat.
Menerusi video yang dikongsi di TikTok (@mdomsb) baru-baru ini, dapat dilihat kostum singa yang sering dipakai bagi tarian itu mempersembahkan tarian tradisi masyarakat Kadazan Dusun iaitu Tarian Sumazau, ketika di sebuah majlis perayaan Tahun Baru Cina.
Kedengaran juga muzik tarian itu digabungkan dengan ketukan gendang yang sinonim dengan Lion Dance.
Dipercayai persembahan itu diadakan di sebuah rumah kediaman dengan kelihatan beberapa ‘singa’ serta maskot ‘God of Prosperity’ mempersembahkan tarian tersebut. Nampak comel betul!
Singa Lakukan Tarian Buluh, Siap Ada Formasi
Lebih menarik lagi apabila tarian tradisi dalam masyarakat Cina itu turut digabungkan dengan Tarian Magunatip atau lebih dikenali sebagai Tarian Buluh.
Pada mulanya kelihatan dua ekor singa dilakonkan dalam keadaan terketar-ketar, mungkin kerana takut kaki tersepit pada buluh-buluh yang digerakkan.
Namun sebaik sahaja memulakan tarian itu, mereka kelihatan bersahaja dan siap berpusing-pusing seperti melakukan formasi.
“100% penyesuaian budaya,” tertulis pada video yang menggambarkan situasi yang dirakamkan itu.
@mdomsb When culture meets culture – no agenda, just Joy 🌱✨✨ #chinesenewyear2026 #multiculturefamily ♬ original sound – MDOMSB
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Teruja Lihat Singa Menari Tarian Tradisi Sabah
Menjenguk ke ruangan komen, warganet sememangnya teruja melihat gabungan antara dua budaya itu.
“Tarian Singa pada masa kini sangat menghiburkan dan tidak pernah lekang ditelan zaman. Teruskan!” kata seorang pengguna TikTok.
Mereka memuji masyarakat Malaysia kerana mempunyai pelbagai budaya dan kekal bersatu-padu dalam keadaan harmoni.
“Saya suka tengok content camni, rakyat Malaysia bersatu,” kata seorang individu.
Dalam masa sama, orang ramai turut memuji kecomelan yang ditonjolkan oleh kostum Tarian Singa itu apabila menarikan Tarian Sumazau.
Malah mereka turut tertarik dengan singa berwarna pink yang sangat unik!






Baca Artikel Berkaitan: Wanita Buat ‘Surprise’ Untuk Suami, Sewa Tarian Singa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lihat Gelagat Bapa & Anak Buat Tarian Singa Di Rumah [Video]



