fbpx
Now Reading
‘Bazar Ramadan Khairul Aming’ Buat Ramai Teruja, Tawar 80 Pax Free Dining Di Rembayung [Video]

‘Bazar Ramadan Khairul Aming’ Buat Ramai Teruja, Tawar 80 Pax Free Dining Di Rembayung [Video]

Menurut KA, pemberian slot percuma di Rembayung itu adalah sebagai bentuk penghargaan buat mereka yang banyak menyokongnya selama ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sehingga ke hari ini (19 Februari), restoran Rembayung oleh usahawan dan content creator terkenal, Khairul Aming menjadi hotspot pengunjung untuk menjamu selera menu klasik Melayu.

Mana tidaknya, hampir setiap minggu sejak pembukaannya orang ramai cuba dan berebut untuk menempah slot makan di sana.

Buat mereka yang belum berkesempatan makan di Rembayung, Khairul Aming sebelum ini telah mengumumkan bahawa restoran miliknya itu akan dibuka dari petang sehingga 4 pagi sepanjang bulan Ramadan ini. Asalkan jangan lupa buat tempahan. Nak bawa ahli keluarga makan di sana waktu pagi buta pun boleh!

Baca Artikel Berkaitan: Rembayung Tawar ‘Kids Meal’, Khairul Aming Terima Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Rezeki Pak Guard, Tak Perlu Susah-susah Battle Dapat Makan Di Rembayung [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Mula Beri Review, Puji Makanan & Harga Makanan Di Rembayung

KA Perkenal ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’ Di Rembayung

Bukan itu sahaja, Khairul Aming hari ini mengumumkan pelancaran segmen khas yang akan dianjurkan istimewa di Rembayung pada bulan mulia ini iaitu, ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’.

Antara perkara utama yang anda boleh nantikan adalah sesi live room (bilik siaran langsung) terbesar di Malaysia dikendalikan oleh KA bersama 10 pengacara sampingan yang lain termasuklah, pelawak dan pelakon tempatan Zizan Razak.

Selain itu, KA juga akan melancarkan set kombo sahur produknya dan juga sampul raya KA edisi 2026.

Sumber: TikTok (@khairulaming)

Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan tanpa henti untuk Rembayung pula, Khairul Aming ingin memberi hadiah kepada 80 pax untuk makan di restorannya secara percuma.

Untuk para pemenang, anda boleh memilih sendiri tarikh serta masa untuk dining di sana, tertakluk kepada terma dan syarat. Bolehlah ikut kelapangan masing-masing.

KA Mahu Hasilkan Konten Terbaik Sepanjang Ramadan

Berikut antara aktiviti lain yang boleh dinantikan di Bazar Ramadan Khairul Aming:

  • Konten Ramadan
  • Sesi memasak secara langsung
  • Perkongsian resipi-resipi berbuka puasa

“Selepas dua bulan planning, hari ni kita transform (ubah) Rembayung menjadi live room terbesar di Malaysia. Dengan bantuan co-host termasuk Zizan Razak, hari ni kita akan live di Rembayung untuk anda semua,” katanya di ruangan kapsyen TikTok.

Jelasnya, meskipun sibuk dengan pelbagai urusan sebagai contoh operasi kilang, Rembayung dan konten ’30 Hari 30 Resepi’, namun KA tetap mahu memberikan lebih dan terbaik kepada orang ramai terutamanya pada Ramadan ini.

Menurut KA, live di TikTok itu akan bermula tengahari ini. Kalau tak nak gagal cuba tiru resepi KA macam tahun lepas, bolehlah siap sedia join kelas nanti okay? 😆

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Reaksi Khairul Aming Lihat Peminat Gagal Ikut Resepi Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Reaksi Khairul Aming Pening Kepala Lihat Ramai Gagal Ikut Resipi Dikongsikannya Buat Ramai Terhibur [Video]

@khairulaming

Selepas 2 bulan planning, hari ni kita transform Rembayung menjadi live room terbesar di Malaysia. Dengan bantuan 10 co-host termasuk Zizan Razak, hari ni kita akan live di rembayung untuk anda semua.

♬ original sound – Khairulaming

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Tak Sabar Join Live Bazar Ramadan KA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji inisiatif Khairul Aming yang tidak henti-henti lancarkan program dan segmen baharu.

“Pergh dia punya berfikiran jauh. Hebat, dia ada 12 bulan untuk rancang bisnes Rembayung, kurang dari 10 bulan untuk pembukaan. Dia dah plan (bazar Ramadan) sebelum kedai buka lagi. Tahniah KA,” kata seorang lelaki.

Malah ramai juga yang teruja dengan pemberian slot percuma sebanyak 80 pax di Rembayung.

“Nak (slot percuma). Saya support sejak pertama kali Sambal Nyet Berapi dilancarkan,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, orang ramai juga sempat berseloroh tentang sesi live yang akan berlangsung itu.

“Rasa nak drop la subjek dan kelas ni. Macam tak boleh nak catch up,” jenaka seorang wanita.

“Cikgu (KA) jangan laju-laju sangat, chapter semalam (resepi KA) pun tak buat lagi. Sos plum (bahan masakan ) pun belum beli cikgu,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: “Restoran KA Ni Tak Lari Pun” – Wanita Dikritik Selepas Persoal Slot Booking Rembayung Dibuka Untuk 7 Hari

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Bakal Buka Restoran Pertamanya, Rembayung Dengan Kos RM4 Juta Di KL [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Belum Beroperasi Namun Restoran Khairul Aming, Rembayung Sudah Dapat Reviu Negatif Di Google

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.