fbpx
Now Reading
“Dia Peluk Sebab Lapar” – Aktivis Sebak Lihat Pakcik 50 Tahun Meninggal Dunia Sambil Peluk Bekas Makanan

“Dia Peluk Sebab Lapar” – Aktivis Sebak Lihat Pakcik 50 Tahun Meninggal Dunia Sambil Peluk Bekas Makanan

Dakwa Ketua Pertubuhan Jejak Jalanan, Abbe Hae, arwah ditinggalkan sendirian tanpa perhatian adik beradiknya sehingga menyebabkannya meninggal dunia dalam keadaan lapar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Memang susah untuk menjangka apa yang akan berlaku kepada diri sendiri apabila sudah meningkat usia. Adakah kita akan hidup berkeluarga pada masa hadapan? Adakah ada orang yang akan menjaga makan dan minum? Atau mungkin juga kita ditakdirkan untuk tinggal di pusat jagaan orang tua.

Dalam sesetengah kes ada juga yang terpaksa melalui hari-hari tua dalam keadaan sunyi dan terabai tanpa perhatian daripada insan terdekat.

Malah ada juga yang disedari pemergiannya selepas sesuatu yang buruk berlaku.

Lelaki 50 Tahun Ditemui Maut Sambil Peluk Bekas Makanan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila aktivis sosial dan Ketua Pertubuhan Jejak Jalanan, Abbe Hae berkongsi foto menyayat hati memperlihatkan seorang lelaki berusia 50 tahun yang meninggal dunia seorang diri di dalam rumahnya.

Lebih memilukan selepas melihat keadaan jenazah semasa ditemui. Menerusi hantaran itu, kelihatan arwah terlantar atas lantai sambil dikelilingi sampah sarap. Arwah yang kurus kering juga dilihat memeluk sebungkus plastik dipercayai makanan di dalam dakapannya.

Menurut Abbe Hae, dia tidak sempat menyelamatkan lelaki yang uzur itu. Dakwa aktivis berkenaan lagi, arwah telah ditinggalkan sendirian dalam keadaan sebegitu oleh adik beradiknya. Oleh disebabkan sakit, arwah difahamkan tidak boleh makan secara sendiri meskipun dibekalkan makanan.

“Insan ini tak sempat Abbe selamatkan. Dia peluk bekas makanan sebab dia lapar. Kalau setakat letak makanan begitu manalah dia mampu untuk makan sendiri (kerana sakit). Manusia semakin zalim.

“Abbe sepatutnya terbang ke Miri setelah selesai kes Pak Mail dan Pak Din untuk bantu sorang lagi insan yang diperlakukan seperti ini oleh adik beradik kandung sendiri tapi apakan daya Allah lebih sayangkan hambaNya ini.

“Kes ini telah pun dilawati oleh satu NGO besar dunia yang berpangkalan di Taiwan iaitu Tzu Chi Foundation yang juga ada pangkalan di Miri tapi gagal atas sebab sebab tertentu,” dedahnya.

Abbe Nasihat Elak Simpan Dendam Sesama Manusia

Tambah Abbe, arwah telah dijemput Ilahi pada 9 Februari dan kejadian berlaku di di Kampung Pangkalan Lutong Miri Sarawak.

Menjadikan insiden itu sebagai tauladan, Abbe turut mengambil kesempatan menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga hubungan keluarga agar perkara sebegitu tidak lagi berlaku selepas ini.

“Pengajaran dari sini, walau kita sering bergaduh adik beradik janganlah sampai lakukan adik beradik seperti ini setelah mereka sakit. Berdendam tidak akan jadikan kita manusia yang lebih baik. Menyimpan dendam umpama menyeret beban sepanjang hayat,” kata Abbe lagi.

Sumber: Facebook

Orang Ramai Sebak Lihat Pakcik Pergi Dalam Keadaan Lapar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa pilu melihat arwah yang pergi dalam keadaan sebegitu rupa.

“Allahurabbi. Di mana rasa belas ihsan di hati sampai sanggup diperlakukan begitu ke atas dirinya. Astaghfirullahalazim. Perginya dalam keadaan kelaparan sedangkan makanan ada di tangan tapi tak mampu nak suapkan. Kesiannya Ya Allah dekat dia. Berakhir sudah penderitaannya pergi dalam keadaan yang tragis. Tenanglah wahai hamba Allah, deritamu dah tiada,” kata seorang wanita.

Segelintir individu pula berpendapat bahawa kes sebegitu harus dilaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya tiada waris yang mahu tampil menjaganya.

“Allahuakbar. Muda lagi 50 tahun. Kalau tak ada orang nak jaga tolonglah lapor dekat ketua kampung boleh mereka fikir nak buat macam mana. Selalunya rumah penginapan orang-orang tua atau yang tak ada waris boleh ambil,” ujar seorang pengguna Faceboook.

Sementara itu, ramai juga berasa risau dengan sikap segelintir manusia yang dikatakan kurang empati terhadap manusia yang lain.

“Dilayan mengalahkan haiwan. Haiwan pun orang tak buat macam tu. Hati manusia semakin kasar dan tiada ihsan. Tanggunglah dosa dan jawablah di akhirat,” kata seorang warganet.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Facebook
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.