Now Reading
“Pengorbanan Seorang Ayah” – Ramai Hiba Lihat Pakcik Bawa Anak OKU Dewasa Naik Motosikal [Video]

“Pengorbanan Seorang Ayah” – Ramai Hiba Lihat Pakcik Bawa Anak OKU Dewasa Naik Motosikal [Video]

Menurut seorang individu, anak tersebut didakwa merupakan seorang penghidap cerebral palsy.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

“Kasih ayah sampai ke syurga”. Itulah kata-kata yang sering diucapkan oleh orang ramai bagi semua pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki bernama ayah.

Malah segala penat lelah mereka berusaha untuk membesarkan anak-anak tersayang mungkin tidak akan terbalas sehingga bila-bila.

Baca Artikel Berkaitan: Jumpa Lelaki Mirip Wajah Arwah Ayah, Wanita Syukur Dapat Lepas Rindu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Mak Bapak Millenials The Best” – Gelagat Ibu Ayah Rakam Momen Anak Buat Persembahan Curi Perhatian [Video]

Tular Pakcik Bawa Anak OKU Naik Motosikal, Duduk Di Depan

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform Threads (@eymahms) yang menyaksikan seorang lelaki warga emas menaiki motosikal dengan anaknya.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah walaupun anaknya sudah dewasa, dia duduk di bahagian hadapan motosikal dan tidak membonceng di belakang.

Wanita yang memuat naik video itu berkata dia merasakan si anak tersebut merupakan seorang kurang upaya.

“Terjumpa seorang pakcik sedang isi minyak. Perasan keadaan si anak seorang kurang upaya.

“Sedih melihat keadaan uzur motor, ayah dan si anak. moga ada dapat membantu, atau sama sama kita bantu,” katanya.

View on Threads

Ramai Hiba Lihat Pakcik Jaga Anak OKU Dewasa

Pengorbanan lelaki itu yang masih setia menjaga anak OKU walaupun sudah menginjak usia dewasa sememangnya membuatkan ramai berasa terharu.

Menjenguk ke ruangan balas, ramai turut menangisi keadaan yang diharungi oleh kedua-dua beranak itu.

“Allahuakbar. Besarnya kasih sayang seorang ayah. Rabak aku,” kata seorang individu.

Beberapa individu mendedahkan bahawa video itu dirakam di sekitar stesen minyak Shell di Kepala Batas, Kedah dan ramai juga mendakwa pernah berjumpa mereka di sana.

Dalam masa sama, ada juga yang berkata pernah berjumpa pakcik dan anaknya itu di sekitar Sungai Buloh dan Kajang.

Melihat keadaan yang menghibakan itu, seorang lelaki turut meminta maklumat pakcik tersebut kerana mahu menghadiakan motosikal roda tiga bagi kegunaan kedua beranak terbabit.

Pakcik Bekas Guru Sekolah, Anak Penghidap Cerebral Palsy

Menurut maklumat daripada seorang individu, difahamkan mereka dahulu tinggal di Selangor tetapi sudah pulang semula ke kampung di Kedah.

Dia juga mendakwa bahawa anak lelaki itu merupakan penghidap cerebral palsy dan sering dibawa keluar berjalan oleh si bapa kerana tidak suka berada di rumah.

“Pakcik ni dulu cikgu sekolah dan terima pencen. Sebelum ni tinggal di Selangor. Mungkin balik kampung di Kedah.

“Jangan risau, dia pilih hidup macam tu. Dia suka bawa anak dia jalan. Anak dia ada sakit cerebral palsy, memang tak suka duduk rumah,” dakwanya lagi.

Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan oleh netizen:

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anak Kelam-kabut Ketika Buat Kejutan Untuk Birthday Ayah Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anak Raikan Hari Jadi Ayah Buat Netizen Sebak, Ramai Terkenang Bapa Sendiri [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.