“Nostalgic Vibes” – Ramai Sokong Hidupkan Trend Pemakaian Fesyen ‘Old Malaya’ Di Bangunan Sultan Abdul Samad [Video]
Menerusi foto tular, kelihatan lelaki itu memperagakan sut lengkap kemeja dan tali leher bersama beg kerja, yang difahamkan fesyen-fesyen terdahulu sekitar tahun 60-an.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang ramai tahu, bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka kini dibuka semula kepada pengunjung pada 2 Februari lalu setelah setahun ditutup buat sementara waktu.
Menerusi perkongsian di platform media sosial, ramai netizen mula berkongsi momen mereka singgah ke lokasi ikonik di Kuala Lumpur itu. Sambil dapat belajar tentang sejarah, para pengunjung juga dilihat seronok mengambil gambar OOTD di sana.
Berlatar belakangkan bangunan dengan ukiran mewah, memang vibe kalau dapat meluangkan masa dan bersiar-siar di bangunan terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Café & Port OOTD” – Bangunan Sultan Abdul Samad Kini Dibuka Kepada Pengunjung [Video]
Lelaki Berpakaian Ala-ala 60-an Di Bangunan Sultan Abdul Samad
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang Peneroka Warisan dan Penggaya Gaya Klasik dikenali sebagai Rayn Amrillah berkongsi beberapa foto dirinya bergambar di bangunan Sultan Abdul Samad.
Menerusi foto itu, kelihatan Rayn sedang berdiri di hadapan kubah emas yang megah di bangunan tersebut. Namun perkara yang mencuri perhatian adalah pemakaian Rayn semasa berjalan di bangunan berkenaan.
Kelihatan Rayn memperagakan sut lengkap kemeja dan tali leher bersama beg kerja, yang difahamkan fesyen-fesyen terdahulu dan kegilaan anak muda sekitar tahun 60-an.
Dalam satu gambar lain, kelihatan rakan-rakan kepada Rayn pula menyarungkan Baju Melayu Cekak Musang bersama kain samping jenis ikatan kembung ala-ala P. Ramlee.
Lebih membuatkan momen itu nostalgia adalah Rayn menyunting video mereka meneroka bangunan itu menggunakan filter vintage seakan-akan menyerupai kualiti kamera zaman dahulu.
Sekali pandang, mesti anda akan terus terfikir filem-filem lama.
Baca Artikel Berkaitan: Aidilfitri 2025: Tak Tahu Nak Pakai Baju Melayu Style Apa? Ini 8 Gaya Anda Boleh Cuba
Baca Artikel Berkaitan: [Video] TikToker Berlakon Tak Tahu Pakai Sampin, Terharu Ada Lelaki Tolong Ajarkan
Baca Artikel Berkaitan: “Style!” – Keluarga Pengantin Mat Saleh Lengkap Pakai Baju Melayu & Kurung Curi Perhatian [Video]
View on Threads
Ramai Harap Pemakaian ‘Old Malaya’ Jadi Ikutan Ramai
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai terpukau melihat pemakaian tradisional dan vintage tersebut.
“Saya sangat suka! Filem kita yang lama-lama makin menghilang tapi kau bawa balik (vibe)! Nostalgia,” kata seorang lelaki
Malah ramai juga yang mencadangkan agar trend pemakaian fesyen ‘old Malaya’ dihidupkan di kalangan masyarakat.
“Ni legit boleh jadi trend dan orang akan jadi FOMO (fear of missing out) untuk nak dapatkan estetik tu dekat Instagram. FOMO yang baik,” ujar seorang wanita.
“Kita patut jadikan ni trend! Old Malaya berbanding old money,” tambah seorang netizen.
Sementara itu, segelintir individu turut memberi cadangan agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menghidupkan Dataran Merdeka dengan trend pemakaian berkenaan.
“Pelancongan Malaysia patut cuba idea ni. Setiap ahad, individu yang berpakaian vintage, old school boleh dapat diskaun dekat kafe dalam bangunan tu. Atau buat peraduan untuk bergambar atau video yang paling menarik, siapa menang dapat la hadiah,” kata seorang pengguna Threads.
Mana tahu trend pemakaian ‘Old Malaya’ ini boleh dijadikan satu trend seperti mana pemakaian Kebaya Nyoya di bandar Melaka.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Pemilihan Pelakon China, Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka
Berikut antara komen-komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Lihat Perkahwinan Campur, Siap Pakai Baju Tradisional Kaum Masing-Masing [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Unik!”- Pasangan Pengantin Bersanding Pakai Baju Diperbuat Dari Kulit Kayu [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹



