fbpx
Now Reading
Indeks Persepsi Rasuah Negara Melonjak Ke Kedudukan 54 Pada 2025 – PMX

Indeks Persepsi Rasuah Negara Melonjak Ke Kedudukan 54 Pada 2025 – PMX

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Madani tidak akan berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia melonjak ke kedudukan 54 daripada 182 negara bagi tahun 2025, sekali gus menunjukkan peningkatan tiga anak tangga daripada kedudukan 57 pada tahun sebelumnya.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook semalam (10 Februari).

Dalam infografik yang dikongsi, kedudukan ini adalah yang tertinggi sepanjang tempoh enam tahun lalu, dengan kedudukan terbaik dicatatkan pada tahun 2019 di tangga ke-51.

Merujuk kepada Transparency International, Malaysia mencatatkan skor CPI 52 pada tahun lepas berbanding skor 50 pada tahun 2024.

Sebagai info, skor yang lebih tinggi menunjukkan rasuah di sesebuah negara berada di tahap yang lebih tinggi.

Peningkatan CPI Didorong Tindakan SPRM, PDRM, LHDN, JKDM

Anwar berkata kenaikan ini mencerminkan usaha kerajaan Madani memerangi rasuah yang sistemik serta membetulkan kelemahan struktur tadbir urus negara.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kedudukan CPI meningkat antaranya didorong oleh tindakan penguatkuasaan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysa (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

“Ini termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam,” kata beliau.

“Tiada Siapa Kebal Dari Undang-Undang” – Anwar Ibrahim

Dalam masa sama, Anwar menegaskan bahawa kerajaan Madani tidak akan berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan.

“Tindakan tegas terhadap salah laku dan penyelewengan dalam sektor pertahanan, di samping pembongkaran kartel serta rasuah berprofil tinggi, menegaskan prinsip bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata kejayaan ini menjadi satu peringatan agar usaha memerangi rasuah secara konsisten dan berani digandakan supaya keyakinan rakyat dapat dipulihkan dan amanah negara terus dipertahankan.

Baca Artikel Berkaitan: Ketua Pengarah & Timbalan KP JAS Ditahan SPRM Berkaitan Kes Rasuah e-Waste

Baca Artikel Berkaitan: Bekas KP Perisikan Pertahanan ATM Didakwa Atas 3 Tuduhan Rasuah, Mengaku Tidak Bersalah

Baca Artikel Berkaitan: Kes Rasuah Dalam ATM: “Agaknya Lepas Ini Saya Terpaksa Lantik Sarjan Saja Jadi PAT” – Agong

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.