“Anak Belajar Apa Yang Dilihat” – Bapa Mop Lantai Kedai Lepas Si Kecil Tumpahkan Air Raih Pujian
Difahamkan, si bapa telah meminta mop daripada pekerja kedai yogurt llao llao bagi membersihkan air yang ditumpahkan anaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Secara umumnya, kita tahu bahawa anak kecil memang agak sukar dikawal tingkah lakunya. Mana tidaknya, apabila berada di fasa kanak-kanak, mereka masih belum dapat membezakan perkara yang buruk dan juga yang baik.
Bukan itu sahaja, mereka juga mungkin agak cuai dalam mengendalikan sesuatu barangan yang dipegang sehinggakan ia berterabur atau tertumpah di sesuatu tempat. Lebih membuatkan penjaga panik apabila ia berlaku di kawasan orang ramai.
Dalam situasi ini, ibu bapalah yang memainkan peranan untuk membersihkannya. Ada sesetengah individu yang peka dan tahu tanggungjawab mereka, namun ada sesetengah juga yang bertindak mengabaikannya.
Bapa Mop Premis F&B Selepas Anak Tumpahkan Air
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Izzatiey berkongsi foto sebuah keluarga di sebuah kedai yogurt terkenal llao llao.
Menerusi foto tersebut, kelihatan si bapa sedang mengemop lantai kedai tersebut sambil ditemani seorang staf, isterinya dan anak perempuannya di sisi.
Menurut Izzatiey yang difahamkan berada di tempat kejadian, si kecil berkenaan dengan tidak sengaja tertumpahkan air di premis F&B itu.
Namun perkara yang mencuri perhatian, adalah sikap prihatin dan tanggungjawab si bapa yang terus meminta pekerja batang mop bagi membersihkan lantai kotor itu secara sendiri.
Jelas wanita itu, situasi tersebut menunjukkan bahawa bapa berkenaan mempunyai common sense untuk bertindak cepat dalam menyelesaikan masalah yang timbul disebabkan anak kecilnya.
Tambahnya lagi, melalui tindakan tersebut, si anak akan menjadikannya sebagai contoh baik semasa meningkat usia.
“Tauladan yang perlu dicontohi. Bila air tertumpah, sebagai ibu bapa kita ada common sense untuk bersihkan. Anak belajar melalui apa yang dia lihat. Tengok staf serba salah bila pelanggan yang mopkan,” kata Izzatiey di ruangan kapsyen.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Si Bapa Bersihkan Sepah Dilakukan Anak
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji si bapa kerana bersikap bertanggungjawab terhadap perbuatan si kecilnya.
“Bagusnya! Dengan cara ni anak tu akan rasa bersalah dan empati jadi dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Diorang (ibu bapa) akan besarkan anak yang tanggungjawab,” kata seorang wanita.
“Bagus sangat ibu bapa dan buat terus depan anak pula tu. Saya harap anak tu membesar jadi insan yang baik sama macam ibu bapa dia,” tambah seorang pengguna Threads.
Malah warganet juga berharap agar orang ramai mencontohi dan menormalisasikan sikap si bapa sekiranya berdepan perkara sama di tempat awam.
“Sangat bagus. Sewajarnya kita semua buat macam ni bila di luar kalau anak-anak ada buat sepah. Begitu juga di kedai makan. Kalau ada sisa makanan waktu anak makan, jatuh-jatuh atas lantai, sebelum balik kita kemas baik-baik. Jom normalisasi tanggungjawab ni setiap kali berada di tempat awam,” nasihat seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga menitipkan doa yang baik-baik buat ibu bapa yang prihatin dan tidak menyusahkan staf F&B berkenaan.
“Staf tu mesti segan sebab tiba-tiba pelanggan yang mop. Semoga ibu bapa budak tu dimurahkan rezeki selalu!” ujar seorang netizen.
Berikut antara komen-komen netizen:








Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Nak Buang, Kemas Letak Setempat!” – Lelaki Kecewa Pelanggan Tak Kemas Sisa Makan Atas Meja
Baca Artikel Berkaitan: Minta Kemas Meja Selepas Makan, Teguran Wanita Undang Perdebatan Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Penting Jaga Emosi Anak” – Sikap Ibu Bapa Tak Marah Si Kecil Ketika Tumpahkan Air Dipuji Netizen