fbpx
Now Reading
“Jadi Lebih Kuat Bila Dicabar” – Pakar Kongsi Kebaikan Naik Turun Tangga Untuk Kepadatan Tulang [Video]

“Jadi Lebih Kuat Bila Dicabar” – Pakar Kongsi Kebaikan Naik Turun Tangga Untuk Kepadatan Tulang [Video]

Bukan hanya ‘pounding stairs’, Pakar Bedah Saraf Betsy Grunch berkata, kekuatan tulang juga dapat dibantu menerusi aktiviti fizikal lain seperti melompat, berlari dan mengangkat berat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Wanita yang mencecah usia 50 tahun, khususnya yang telah putus haid (menopause), berdepan risiko mengalami osteoporosis iaitu keadaan di mana tulang menjadi lemah dan rapuh.

Menurut Cleveland Clinic, pakar menganggar 50% wanita akan mengalami masalah ini, yakni kadar yang jauh lebih tinggi berbanding lelaki (25%).

Ramai mesti tahu bahawa pengambilan kalsium seperti susu dapat meningkatkan lagi kekuatan tulang. Tapi tahu tak, sebenarnya lakukan senaman juga boleh membantu perkara sama?

Baca Artikel Berkaitan: Suka Minum Kopi? Doktor Dedah Boleh Tingkatkan Risiko Osteoporosis Pada Wanita

Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Tabiat Yang Boleh Rosakkan Tulang, Nombor 2 Paling Ramai Selalu Buat!

Doktor Saran Wanita Lebih 40 Tahun Panjat Tangga, Boleh Bantu Kuatkan Tulang

Perkara itu telah didedahkan oleh Pakar Bedah Saraf, Betsy Grunch menerusi perkongsian di Instagram (@ladyspinedoc).

Dia pada mulanya telah berkongsi semula video oleh Pakar Bedah Ortopedik Vonda Wright, yang menyatakan bahawa wanita berusia 40 tahun perlu ‘memanjat’ anak tangga atau dalam kata lain menggunakan tangga.

“Impak mekanikal memanjat anak tangga berubah menjadi maklum balas biokimia yang membantu tulang menjadi lebih kuat,” kata Wright.

Grunch menjelaskan bahawa tulang merupakan tisu hidup yang akan kekal kuat apabila tekanan dikenakan ke atasnya.

Sel Tulang Akan Kesan Tekanan Akibat Naik Tangga

Katanya, tindakan seseorang menaiki anak tangga dengan langkah pantas atau kuat, yang dikenali sebagai ‘pounding stairs’, menghasilkan daya tindak balas tanah (GRF) yang akan menaik dari kaki hingga ke pinggul dan tulang belakang.

Tekanan ini seterusnya akan dikesan oleh sel tulang yang bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak tulang menerusi proses ‘mechanotransduction’.

“Ia bagaimana tulang menukar tekanan yang dirasai untuk menjadi lebih kuat. Pada masa sama, otot meregang dengan kuat, seterusnya menarik tulang yang bersambung dengannya. Tarikan ini adalah salah satu signal paling kuat yang diterima tulang untuk kekal mampat,” ujarnya.

Tulang Dapat Dikuatkan Menerusi Aktiviti Lompatan

Tambahnya lagi, bukan hanya menaiki tangga, kekuatan tulang juga dapat dibantu menerusi aktiviti fizikal lain seperti melompat, berlari dan mengangkat berat.

Memetik kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Health Promotion (AJHP), latihan lompatan berimpak tinggi selama 16 minggu didapati boleh meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) dalam wanita yang telah putus haid.

Dalam kajian tersebut, wanita melompat sebanyak 10 atau 20 kali, dua kali sehari, dengan rehat 30 saat antara setiap lompatan.

Berjalan Biasa Tidak Cukup Untuk Halang Masalah Hilang Jisim Tulang

Selain tekanan, Grunch berkata kelajuan juga memainkan peranan dengan pergerakan yang lebih laju dan kuat akan merangsang tulang dengan lebih berkesan.

Dia menegaskan bahawa para wanita perlu cakna mengenai perkara ini kerana berdepan risiko osteoporosis.

“Seorang daripada dua wanita berusia 50 tahun ke atas akan mengalami patah tulang yang diakibatkan oleh osteoporosis.

“Kehilangan jisim tulang meningkat selepas putus haid dan kebanyakan wanita tidak sedar mereka mengalami masalah itu sehingga mengalami retak tulang,” katanya.

Mengulas mengenai aktiviti berjalan, Grunch berkata ia bagus untuk kesihatan jantung dan mental, tetapi tidak menghasilkan daya yang cukup bagi menghalang kehilangan jisim tulang.

“Tulang memerlukan impak, beban dan kuasa. Tindakan pound anak tangga akan memberitahu rangka anda bahawa anda memerlukannya untuk kekal kuat,” ujarnya.

Melompat juga dapat membantu menguatkan tulang.

Perlukan Perancangan & Teknik Sebelum Lakukan Latihan Pound Tangga

Memetik Huffington Post, doktor perubatan Suzanne Wylie berkata National Health Services (NHS) dan badan pakar seperti Royal Osteoporosis Society sememangnya mengesyorkan senaman bebanan dan latihan rintangan sebagai aktiviti yang dapat mengelakkan osteoporosis dan mengekalkan kesihatan tulang.

Namun katanya menaiki tangga dengan langkah yang kuat dan cepat perlu dilakukan dengan berhati-hati dan mengikut tahap kemampuan seseorang.

“Semata-mata naik dan turun tangga tanpa perancangan atau teknik yang betul bukan program menguatkan tulang yang disarankan.

“Ia boleh mendatangkan risiko kecederaan sendi, tendon atau tisu lembut, malah terjatuh, terutamanya individu yang tidak stabil dan menghadpi masalah sendi,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Apa Berlaku Kepada Badan Jika Suka Makan Masam Terlalu Banyak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi ‘Vitamin’ Sebenar Yang Perlu Dicari Sebelum Usia Cecah 40 Tahun [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.