Ramai Sedih Pokok Tualang 120 Tahun Terpaksa Ditebang Demi Beri Laluan Untuk Projek LTU 2A [Video]
Penebangan pokok tualang gergasi di Kampung Sungai Bayu, Gua Musang itu dijalankan demi memberi laluan kepada projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 2A.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 2A kini sedang giat berlangsung membabitkan kawasan berhampiran Kampung Sungai Bayu, Gua Musang.
Semalam (5 Februari), sebatang pokok tualang yang dianggarkan berusia kira-kira 120 tahun terpaksa ditebang bagi memberi laluan kepada projek tersebut.
Pokok itu merupakan mercu tanda laluan Gua Musang-Kuala Krai dan telah menjadi sebahagian identiti Kampung Sungai Bayu sejak sekian lama.
Menurut Penyelaras Projek LTU Pakej 2A Fizal Irwan Abdul Wahid, penebangan pokok dengan tinggi sekitar 60 meter dan lilitan batang sebesar tiga pemeluk telah mendapat kebenaran Jabatan Perhutanan disebabkan berada tepat pada jajaran projek LTU 2A.
Baca Artikel Berkaitan: Pembalakan Tak Jejaskan Populasi Harimau, Kata Jabatan Perhutanan Kelantan
Walaupun Sedih, Penduduk Setempat Terima Penebangan Pokok Demi Kelancaran Projek
Bercakap kepada Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mukim Relai Utara, Mohd Sopian Che Seman, berkata penduduk setempat terpaksa menerima langkah itu demi kelancaran projek tersebut walaupun berdepan kesan emosi.
“Pokok ini menjadi penanda kepada pengguna jalan raya bahawa mereka telah tiba di Sungai Bayu. Namun demi pembangunan, kami merelakannya dan berharap projek LTU Pakej 2A dapat disiapkan mengikut jadual bagi memberi manfaat kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Dalam masa sama, tular di media sosial beberapa rakaman video yang menyaksikan kerja-kerja menebang pokok yang dijalankan bermula 9.15 pagi semalam (5 Februari).
Dapat dilihat pokok gergasi itu ditolak menggunakan jentera pengorek (excavator) selepas bahagian bawahnya dipotong menggunakan mesin gergaji elektrik.
@lukmanakim518 Alhamdulillah pokok tualang viral telah tumbangg jalan gua musang ke kuala krai🤲🏻
♬ original sound – 𝑴𝒂𝒂
View on Threads
Ramai Sedih Pokok Tualang Terpaksa Ditebang
Video berkenaan penebangan pokok gergasi berusia lebih 100 tahun itu meraih perhatian ramai dengan warganet memberi pendapat berbeza.
Rata-rata meluahkan rasa sedih melihat khazanah alam itu ditebang, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak jati Kelantan yang sememangnya berasa dekat dengan mercu tanda tersebut.
“Nak bagi tinggi tu perlukan 120 tahun, 3 generasi manusia. Nak tebang tak sampai sehari,” kata seorang individu.
Ada juga yang berpendapat bahawa pokok dewasa yang sihat tidak sepatutnya ditebang. Malah ada yang mempersoalkan jika projek tersebut tidak mempunyai team Environmental, Social, and Governance (ESG).
Ada Juga Yang Bersetuju Pokok Tualang Ditebang
Dalam pada itu, sesetengah warganet bersetuju dengan penebangan pokok gergasi itu yang sudah terlalu tua.
“Memang pokok dah reput di bahagian dalam dah 40%, sampai lebah kelulut buat sarang. Tindakan tebang lebih tepat untuk keselamatan masa depan. Ni kampung saya dan pagi tadi masa tebang pun saya ada kat situ,” luah seorang individu.
Malah ada juga yang berpendapat walaupun ramai yang berasa sedih sekarang, namun mereka pasti gembira apabila dapat menggunakan lebuh raya berkenaan pada masa hadapan.







Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu



