“Meremang Bulu Roma”- Wanita Penat Ada Rakan Serumah Pengotor, Biar Periuk Nasi Berulat
Kata wanita dikenali sebagai Farah itu, dia dan rakan serumah yang lain pernah menegur sikap pengotor wanita terbabit namun tiada sebarang tindakan yang dilakukan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebersihan merupakan perkara yang sangat dituntut dalam setiap agama. Ini kerana kebersihan bukan sahaja untuk keselesaan diri bahkan berkait dengan kesihatan.
Untuk hidup dalam keadaan yang sihat kita perlu memastikan kawasan rumah, persekitaran termasuk kebersihan diri sentiasa dijaga.
Bahkan mereka yang tidak menjaga kebersihan lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Namun sikap individu yang disifatkan pengotor ini sering kali menyusahkan orang sekeliling.
Mana tidaknya, sudahlah tidak menjaga kebersihan kemudian orang lain pula yang terpaksa membersihkannya.
Wanita penat hadap rakan serumah pengotor
Baru-baru ini seorang wanita dikenali sebagai Farah Zfira telah meluahkan rasa geramnya apabila terpaksa berdepan dengan rakan serumah yang disifatkan pengotor.
Menerusi hantaran dikongsikan di Threads, Farah menjelaskan dia sudah penat untuk duduk serumah dengan golongan sebegini.
“Dulu aku boleh layan lagi pengotor sikit-sikit sampai macam ni aku dengan Sarah ni macam kuli batak. Sikit lagi kita orang dah boleh jadi tukar bersih berjaya.
“Tak reti masak, kita orang tolong masakkan, tak cuci baju, kita orang tolong cuci baju,” ujarnya.
Malah dia juga tidak dapat menjelaskan bagaimana bau bilik rakan serumahnya.
Tunjuk foto periuk nasi dipenuhi ulat dan tak dibasuh
Dalam hantaran itu, Farah turut berkongsi foto periuk nasi yang dipenuhi dengan ulat sampah.

“Biasa dia masak nasi, goreng telur, masak mi segera memang dia biar sampai macam ni. Penat wei.”
Farah turut meminta mana-mana individu yang berkenalan dengan rakan serumahnya itu untuk berhati-hati.
Ini kerana, wanita itu kelihatan cantik namun mempunyai sikap pengotor selain mengatakan rakan serumahnya yang berasal dari utara tanah air berkenaan turut mencampakan tuala wanita merata tempat.
Sewaktu disoal sudah berapa lama dia duduk serumah dengan wanita itu, Farah mengatakan Mei tahun lalu.
Dah penah tegur tapi tiada tindakan
Menurutnya pada awal, rakan serumahnya itu tidak seteruk seperti gambar yang ditunjukkan dan memaklumkan telah menegurnya namun tiada sebarang tindakan yang dibuat.
“Awal-awal tu dia tak lah sepengotor itu dan kita orang cuba lah bersabar juga. Kali ini je (periuk nasi) sampai berulat. (Kami dah) pernah tegur, pernah juga cuba bincang dengan dia baik-baik. Tapi sama je tak berubah.
“Saya dengan rakan serumah yang seorang lagi pun jarang berada di rumah. Kita orang pagi ada kelas dan malam kerja sambilan di kedai makan. Jadi kami jarang jumpa dia dan jarang juga berbual dengan dia,” jelas Farah lagi kepada BuzzKini.
Tuan rumah minta wanita terbabit keluar kerana rakan serumah lain sudah tak tahan
Kata Farah, wanita itu merupakan seorang pelajar dalam bidang kejururawatan. Mereka turut membuat laporan kepada tuan rumah kerana tidak tahan dengan sikap wanita berkenaan.
“Kita orang buat aduan dekat tuan rumah sebab dan tak tahan dan tuan rumah minta dia keluar. Tuan rumah beri tempoh seminggu untuk dia cari rumah baru.”
View on Threads
Ramai geli dan jijik lihat gambar periuk nasi berulat
Melihat di ruang komen, ramai yang turut berasa geli dan jijik dengan gambar yang dikongsikan oleh Farah mengenai rakan serumahnya itu.
Malah ada juga yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan rakan serumah yang pengotor.
“Eeeee siap berulat”

“Ya Allah, tengok gambar pun dah dapat bayang bau busuk periuk tu macam mana”

“Kenapa pengotor sangat housemate tu. Senang cerita halau je, tak boleh kawan dengan manusia pengotor pemalas macam ni”

“Ambil periuk tu pergi baling bilik dia. Gaduh habis-habisan sampai dia keluar dari rumah. Pengotor tahap gaban dah tu”




