fbpx
Now Reading
“Kau Ingat Ni Kereta Kau Ke?” – Wanita Bengang Penumpang Tutup Pintu Terlalu Kuat [Video]

“Kau Ingat Ni Kereta Kau Ke?” – Wanita Bengang Penumpang Tutup Pintu Terlalu Kuat [Video]

Difahamkan, itu bukanlah kali pertama kenalannya itu menutup pintu dengan kuat bahkan wanita terbabit juga telah lama memerhatikannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pemilik kereta pastinya mahu menjaga kenderaan yang dibeli hasil titik peluh sendiri dengan sebaik mungkin. Maklumlah, kereta bukan murah dan banyak kenangan serta usaha di sebaliknya.

Namun begitu, perasaan boleh bertukar jadi geram apabila ada penumpang yang melakukan perkara yang kita sendiri tidak gemari. Nak ditegur, serba salah. Nak dimarahi, takut pula dianggap berlebihan.

Antara situasi yang paling kerap dihadapi oleh pemilik kereta ialah apabila penumpang menutup pintu dengan terlalu kuat, seolah-olah kereta itu bukan milik sesiapa. Dalam hati memang menyirap, tapi luarannya tetap kena senyum dan bersabar.

Tular wanita tegur rakan tutup pintu terlalu kuat

Bagaimanapun, lain pula dengan seorang wanita ini apabila terus menegur penumpang yang menaiki keretanya kerana menutup pintu terlalu kuat seakan menghempasnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram @tyrahalim, kejadian berlaku ketika wanita itu secara kebetulan sedang merakam dirinya di dalam kereta sambil menunggu penumpang terbabit yang dipercayai rakannya untuk masuk ke dalam.

Rakannya itu bagaimanapun menutup pintu dengan terlalu kuat sehingga menghasilkan bunyi hempasan ketika sedang leka bercerita.

Bukan kali pertama rakan tutup pintu kereta kuat-kuat

Tindakan rakannya itu menyebabkan wanita terbabit terkejut dan terus menegur perbuatan yang tidak disukainya itu.

Difahamkan, itu bukanlah kali pertama rakannya menutup pintu dengan kuat bahkan dia juga telah lama memerhatikannya.

“Kau agak-agak lah bod*h, kuat gila kau (tutup pintu), aku dah perhati lama dah, ini dah kali ke berapa kau buat macam ini. Kau ingat ini kereta kau ke,” tegur wanita itu.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada kejadian berkenaan hanyalah konten semata-mata atau benar-benar berlaku.

Netizen beri pelbagai reaksi, siap ada yang berterima kasih kerana wakilkan mereka

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.

Kebanyakan pengguna Instagram mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana mewakilkan mereka menegur individu yang gemar menutup pintu kereta terlalu kuat.

Namun, ada juga segelintir netizen yang mempercayai bahawa video tersebut hanyalah konten semata-mata.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.