Now Reading
“Jimat Banyak!”- Pasangan Hanya Belanja RM241 Lepas Rancang Menu Masakan Untuk Sebulan

“Jimat Banyak!”- Pasangan Hanya Belanja RM241 Lepas Rancang Menu Masakan Untuk Sebulan

Menerusi hantaran yang dikongsikan, kelihatan pasangan berkenaan mempunyai lebih daripada 10 menu hidangan yang berbeza-beza untuk tempoh sebulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan kos sara hidup ketika ini tidak murah dan ramai yang mahu berjimat untuk perkara yang lebih penting.

Oleh itu ada segelintir mengambil pelbagai insiatif untuk mengawal perbelanjaan seperti membawa bekal ke tempat kerja, menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja, dan banyak lagi.

Selain itu, bijak dalam berbelanja juga adalah perkara yang baik kerana wang lebih boleh digunakan untuk disimpan untuk masa hadapan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bil Api Tinggi? Lelaki Kongsi Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik Di Rumah [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Kongsi Tips Sejukkan Rumah Tanpa Pendingin Hawa, Cara Paling Jimat & Mudah [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Elak Terbeban Dengan Hutang Kad Kredit? Ini 5 Cara Pembayaran Yang Korang Patut Tahu

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Di Jepun Sanggup Berjimat 21 Tahun Untuk Bersara Awal & Kini Miliki Simpanan RM4 Juta

Pasangan bijak rancang menu masakan, hanya belanja RM241 sahaja untuk sebulan

Baru-baru ini, satu pasangan suami isteri telah menjadi perhatian ramai apabila mereka mula merancang menu masakan untuk keluarga bagi tempoh sebulan.

Apa yang menjadi perhatian kesemua barangan basah yang dibeli juga begitu murah.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Nurul Solehah Mohamad Shafiri di Threads, awalnya dia berkongsi satu gambar menunjukkan barangan basah seperti ayam, daging, ikan dan makanan laut lain yang telah siap dibasuh di atas meja.

Menurut Solehah kesemua barangan itu hanya berharga RM241 dan ia merupakan barangan masak untuk tempoh sebulan sepanjang Februari ini.

Pelbagai barangan basah atau protein dibeli

Antara barangan yang dapat dibeli dengan harga RM241 adalah:

  • 5 ekor ayam (RM87)
  • Tulang rusuk lembu 2 kg
  • Daging dan lemak 500g (RM71 termasuk tulang dan daging)
  • Ikan kembong 4 ekor (RM8)
  • Ikan siakap 3 ekor saiz sederhana (RM38)
  • Ikan bawal emas (RM19)
  • Udang 10 ekor (RM7)
  • Sotong 6 ekor (RM11)

Katanya kesemua barangan basah itu di basuh dan dilabel menu masakan agar memudahkannya untuk memasaknya nanti.

Buat menu sebulan kerana nak elak pembaziran

Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan oleh Solehah, dia memaklumkan pada hujung minggu yang lalu dia dan suami telah membuat keputusan untuk membeli lauk (barangan basah) untuk sebulan.

Perkara itu dilakukan kerana mahu mengelakkan pembaziran, dan kelihatan mereka duduk bersama-sama untuk berbincang menu yang ingin dimasak pada bulan itu.

“Bajet RM400, namun tak sangka kami boleh beli lapan jenis lauk untuk sebulan dengan hanya RM241! Jimat banyak!”

Setiap hari menu yang berbeza mula hari Isnin hingga Jumaat

Dalam gambar yang dikongsikan pada hantaran itu, kelihatan mereka merancang menu mengikut hari dan tarikh bermula dari hari Isnin hingga jumaat.

Antara senarai hidangan menu adalah:

  • Paprik ayam
  • Ayam kunyit
  • Sayur goreng
  • Tomyam ayam
  • ikan goreng kunyit
  • Sup ayam
  • Ayam butter
  • Ikan masak stim
  • Sup tulang
  • Telur dadar
  • Ikan siakap masak sweet sour
  • Nasi minyak
  • Ayam masak merah
  • Nasi ayam
  • Udang masak telur masin
  • Nasi lemak ayam berempah
  • Mi celup ayam dan banyak lagi

Solehah turut memaklumkan menu tersebut dirancang untuk keluarganya yang terdiri dari dia, suami dan seorang anak (2 dewasa, 1 kanak-kanak).

View on Threads

Ramai teruja dan jadikan idea ini sebagai inspirasi untuk masak

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan perkongsian tersebut dan turut bertanya di manakah lokasi Solehah membeli barangan tersebut kerana harganya disifatkan berpatutan.

Kata Solehah barangan basah itu dibeli di Pasar Borong Selangor dan dia hanya membeli barangan basah manakala sayur, buah serta bahan yang tidak boleh bertahan lama dibeli secara berkala mengikut minggu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan harga RM87 untuk lima ekor ayam adalah murah. Malah ada yang menjadikan rancangan menu masakan yang dilakukan Solehah sebagai inspirasi untuk berjimat.

Bukan hanya itu, Solehah turut memaklumkan Sabtu dan Ahad tidak ada di dalam jadual kerana meletakkan bajet lain untuk makan di luar.

Ada juga berterima kasih kepada Solehah kerana idea menu masakan selama sebulan itu boleh digunakan untuk bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Terima kasih kak bagi idea menu”

“Bestnya buat macam ni. Tapi tulah, kalau saya buat, dua ke tiga hari je sisiplin masak, yang lain dibeli. Hari lain, makan luar, lepas tu stok untuk minggu-minggu seterusnya bulan depan baru guna. Itu pun kalau bulan tu rajin lagi”

“Wah nice juga ni, tapi aku akan buat untuk 31 hari, lepas tu ulang.. Reviu balik lepas pertambahan ahli keluarga, efisien.”

“Jimat kan? Cuma yang tak dapat dibeli tu ialah kerajinan nak masak”

“Terima kasih! Selalu bahagian rancang makanan paling malas nak fikir. Saya nak simpan list lauk tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.