Now Reading
Boleh Ke Orang Bukan Islam Sebut Alhamdulillah & Astaghfirullah? Ini Penjelasan UAI & Mufti Perlis [Video]

Boleh Ke Orang Bukan Islam Sebut Alhamdulillah & Astaghfirullah? Ini Penjelasan UAI & Mufti Perlis [Video]

Dalam pada itu, Dr Maza menjelaskan bahawa seorang non-Muslim tidak akan mendapat sebarang ganjaran pahala apabila mengucapkan kalimah Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dengan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia, normal untuk rakyatnya tanpa mengira agama dan bangsa berkongsi budaya serta perkataan.

Malah kita pasti pernah terdengar rakan kita yang bukan beragama Islam menyebut kalimah Islam seperti ‘Ya Allah’, ‘Astaghfirullah’ (istighfar) dan ‘Insya-Allah’ secara spontan ketika berbual.

Antara ahli politik non-Muslim yang kerap berbuat demikian adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Namun semalam (4 Februari), beliau telah ditegur oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah, yang menyifatkan tindakan itu seperti mempermainkan kesucian Islam.

Baca Artikel Berkaitan: Dipersoal Kerana Sering Guna Kalimah Orang Islam, Nga Kor Ming Beri Penjelasan [Video]

Perkara ini sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat di dalam negara sama ada seorang non-Muslim boleh menyebut kalimah-kalimah suci sedemikian.

Non-Muslim Boleh Sebut Kalimah Islam Jika Bukan Untuk Mempermain – Dr Maza

Menerusi carian kami, hukum berkait perkara ini telah diterangkan oleh beberapa ulama terkemuka dalam negara sebelum ini.

Dalam satu video yang dimuat naik ke YouTube, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tiada masalah bagi seorang bukan Muslim menyebut kalimah-kalimah tersebut.

Dengan syarat ia bukanlah dengan tujuan untuk mempermainkan kalimah terbabit dan bagi mempersendakan umat Islam.

“Kalau dia kata (sebut) tanpa bermain-main, dalam konteks yang betul, pada tempat yang betul, kita tak bantah,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kalimah seperti ‘Alhamdulillah’ dalam bahasa Arab bermaksud ‘bersyukur kepada Allah’ apabila ditukar kepada bahasa Melayu.

Malah menurut beliau, orang bukan Islam Musyrikin pada zaman dahulu apabila ditanya, telah menjawab ‘Allah’ yang mencipta langit dan bumi, yakni merujuk kepada istilah ‘Allah’ sebagai ‘Tuhan’.

Boleh Sebut Kalimah Islam, Tapi Non-Muslim Tak Dapat Pahala

Mengulas tentang mendapat pahala apabila mengucapkan kalimah-kalimah tersebut, Dr Maza berkata seorang non-Muslim tidak akan menerima ganjaran itu berdasarkan kepada sisi akidah Islam.

Hal ini kerana mereka masih belum mengucapkan dua kalimah syahadah dengan betul bagi kembali ke agama Islam.

“Adakah kemungkinan jika dia (non-Muslim) ikhlas bersyukur kepada Allah, mungkin Allah bagi rezeki tambah kat dia? Wallahualam, itu urusan Allah SWT.”

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Maza berkata sedemikian bagi menjawab soalan yang diterima daripada hadirin di sebuah sesi ceramah, sama ada seorang bukan beragama Islam boleh menyebut kalimah Allah seperti Astaghfirullah, Alhamdulillah, dan lain-lain.

Non-Muslim Tiada Masalah Sebut Kalimah Allah, Tapi Ambil Tindakan Jika Niatnya Persenda Islam – UAI

Isu sama turut diperjelaskan oleh penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, yang memetik pandangan ulama bahawa seorang bukan Muslim boleh menyebut kalimah-kalimah tersebut.

“Kata ulama, jika mereka berkata itu bukan nak memudaratkan, menghina perkataan Islam, tidak untuk menganjing-anjing, mempersenda, maka tak ada masalah,” ujarnya.

Sebaliknya, beliau berkata tindakan wajib diambil ke atas mereka yang menggunakan kalimah terbabit dengan tujuan mempersenda umat Islam.

Tambah UAI lagi, perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana setiap umat Islam diwajibkan untuk menjaga kesucian agama.

Non-Muslim Tidak Dilarang Berurusan Dengan Islam, Tapi Jangan Sentuh Soal Ibadah

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan mengenai tindakan seorang bukan Islam yang terlibat dalam pembinaan atau pengubahsuaian di surau atua masjid sebagai harus.

“Orang kafir pasang mozek, pasang aircond, harus. Walaupun afdal orang Islam. Maknanya ada benda yang boleh. Bukan semua tak boleh,” katanya.

Namun begitu, UAI menegaskan bahawa penglibatan seorang bukan Muslim dalam tujuan ibadah atau hal berkaitan keimanan adalah diharamkan, seperti menjadi imam bagi solat jemaah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.