Now Reading
“Takda Niat Nak Pulangkan Ke?” – Wanita Bangga ‘Terambil’ Napkin Hospital Raih Kecaman Ramai

“Takda Niat Nak Pulangkan Ke?” – Wanita Bangga ‘Terambil’ Napkin Hospital Raih Kecaman Ramai

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, kedua-dua individu itu bukan hanya memberitahu mereka terambil napkin berkenaan, sebaliknya turut kagum dengan kualiti kain terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap hospital pastinya memiliki kelengkapan untuk para pesakit termasuk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan.

Kelengkapan seperti lampin pakai buang, napkin dan sebagainya itu hanyalah digunakan ketika pesakit dan bayi berada di hospital sahaja.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada sesetengah individu yang secara tidak sengaja terambil barangan hak milik hospital itu dan membawanya pulang bersama ke rumah. Kalau dah terambil, mestilah pulangkan semula bukan?

Tular 2 individu bangga kongsi terambil kain napkin, simpan sampai sekarang

Namun, lain pula kisahnya dengan dua individu ini apabila dengan bangganya memberitahu di media sosial bahawa mereka terambil napkin di sebuah hospital dan menyimpannya sehingga hari ini.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Threads akaun @httpsyanzz, dia mempersoal sama ada dua individu berkenaan tidak terdetik atau terniat untuk memulangkan semula kain linen berkenaan yang tertera tulisan ‘hak milik Medivest Sdn Bhd’.

“Memang takda niat nak pulangkan ke? Kalau ‘ter’ mesti dah pulangkan. Kesian pekerja syarikat Medivest, silap-silap diorang yang kena ganti guna duit sendiri,” tulis di kapsyen.

4 tahun simpan takda niat nak pulangkan, siap bangga bagitau kualiti kain

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, kedua-dua individu itu bukan hanya memberitahu mereka terambil napkin berkenaan, sebaliknya turut kagum dengan kualiti kain terbabit.

“Terembat lampin ini masa lahirkan anak, now anak kedua dah sembilan bulan masih utuh lagi, dah comot-comot lah tapi,” kongsi seorang individu.

“Hehehe geng terembat (napkin hospital) juga, sumpah kain dia lembut sedap gila, baby kita empat bulan,” tulis seorang lagi individu.

Lebih mengecewakan, ada di antara mereka yang telah menyimpan kain berkenaan selama hampir empat tahun.

View on Threads

Netizen kecam, tindakan mereka boleh menyebabkan kain berkurang untuk kegunaan baby lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Threads mengecam tindakan dua individu terbabit yang sudah mengetahui terambil kain linen tersebut, namun terus menyimpannya apatah lagi berkongsinya di media sosial seolah-olah berbangga dengan berbuatan itu.

Tidak hanya itu, ramai yang berpendapat bahawa tindakan individu-individu itu boleh menyebabkan stok kain terbabit berkurangan untuk kegunaan bayi yang lain.

Malah ada juga yang meminta mereka agar memulangkan semula kain terbabit agar dapat digunakan oleh bayi-bayi lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Ya Saya Salah, Tapi Bukan Ini Caranya” – Lelaki Luah Kereta Dihimpit Ambulans Selepas Salah Parkir Di Hospital

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Sampai Sakit Di Dunia, Sampai Akhirat” – Ustazah Asma’ Tegur Wanita Dedah Aurat Di Hospital

Baca Artikel Berkaitan: Isu Tular Notis 300 Pesakit Di Hospital Sungai Buloh, Ini Penjelasan KKM

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.