Bergurau Dalam Masjid, Tiang Pembahagi Jatuh Hempap Kanak-kanak Hingga Longlai
Seorang wanita di laman Threads yang mengakui dirinya sebagai ibu kepada kanak-kanak itu tampil menafikan anaknya meninggal dunia. Sebaliknya, keadaan anaknya sudah kembali sihat dan aktif seperti dahulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Membawa kanak-kanak ke masjid dapat mendidik mereka mencintai rumah Allah, mempelajari adab Islam dan mendekatkan diri dengan suasana ibadah sejak kecil.
Malah, ia juga mampu membina pelapis generasi beriman, memupuk semangat solat berjemaah serta membiasakan anak dengan aktiviti ilmu seperti ceramah dan mengaji.
Pun begitu, tidak dinafikan ada sesetengah ibu bapa yang sukar mengawal anak-anaknya daripada bermain di dalam surau atau masjid terutamanya ketika sedang solat. Jika terlalu bergurau atau bermain, mungkin padah yang boleh menanti.
2 gadis bergurau hingga tiang pembahagi jatuh hempap kanak-kanak
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah masjid di Indonesia yang memaparkan seorang kanak-kanak terbaring longlai selepas dihempap tiang pembahagi (partition) antara jemaah lelaki dan wanita.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook Mhd Sofyan Nasution, pada awalnya kelihatan beberapa kanak-kanak lelaki sedang bermain ketika para jemaah yang lain sedang solat.
Dalam pada masa sama, dua orang gadis lengkap bertelekung turut sedang bergurau di ruangan solat wanita sebelum secara tiba-tiba tertolak pembahagi saf dan menghimpap seorang kanak-kanak lelaki.
Kanak-kanak terus longlai selepas dihempap tiang
Seorang lelaki yang berada di dalam masjid tersebut dengan segera membantu mengangkat semula pembahagi berkenaan dan mendapati kanak-kanak itu terbaring dalam keadaan lemah.
Dua gadis yang tadinya bergurau senda itu dengan segera berpura-pura solat sebelum salah seorang melarikan diri.
Lebih mencemaskan, kanak-kanak itu dilihat longlai meskipun selepas diangkat oleh lelaki terbabit.
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial, malah ada yang menuduh kanak-kanak itu meninggal dunia.
Video terbabit bagaimanapun telah dipadam oleh pemilik akaun Facebook tersebut.
Ibu mangsa beri penjelasan anak ke masjid bersama atok dan sudah kembali sihat
Bagaimanapun, seorang wanita di laman Threads yang mengakui dirinya sebagai ibu kepada kanak-kanak itu tampil menyangkal dakwaan yang anaknya sudah meninggal dunia. Sebaliknya dia menjelaskan bahawa keadaan anaknya sudah kembali sihat dan aktif seperti dahulu.
Pengguna Threads @vatharany itu turut mempersoal bagaimana rakaman CCTV kejadian yang menimpa anaknya itu boleh tersebar luas di media sosial.
“Minta maaf, bukannya saya marah kerana banyak yang kongsi video anak saya, Cuma saya tak sanggup lihat anak saya terjatuh seperti itu, saya sakit melihatnya, ibu mana yang sanggup lihat anaknya jadi begitu, apa-apa pun terima kasih banyak yang mendoakan.
Dia turut menjelaskan bahawa ketika kejadian kanak-kanak itu ke masjid mengikut atoknya dan bukannya sendirian.
View on Threads
Menerusi satu lagi hantaran, dia turut berkongsikan satu video memperlihatkan kanak-kanak berkenaan sedang bermain bersama adik-beradiknya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Termuntah Dalam Surau, Tindakan Kanak-Kanak Hantar Surat Mohon Maaf Siap Sertakan Duit Ganti Rugi Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: “Comel!” – Idea Kreatif Surau Guna Lori Mainan Sebagai Tabung Infak Curi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Masjid Putra Nilai Mesra Kanak-kanak, Tawar Khidmat Asuhan Sempena Ramadan



