fbpx
Now Reading
“Siap Panggil Sayang” – Wanita Singapura Beri Makan Kucing Jalanan Buat Ramai Terharu [Video]

“Siap Panggil Sayang” – Wanita Singapura Beri Makan Kucing Jalanan Buat Ramai Terharu [Video]

Cat feeder itu yang dikenali sebagai ‘Project Help Meow’ di Instagram turut mengejut beberapa ekor kucing yang sedang tidur di medan selera berhampiran dan mengajak mereka makan bersama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat seorang pencinta kucing, melihat si bulus yang berada di jalanan pasti menimbulkan rasa sedih, lebih-lebih lagi jika haiwan itu berada dalam keadaan yang tidak terurus dan sakit.

Kebiasaannya, mereka pasti akan memberi makan kepada kucing jalanan yang ditemui sebagai satu bentuk sedekah kepada mahkluk ciptaan Allah SWT.

Malah ada juga yang menjadi ‘cat feeder’ sepenuh masa dan menjalankan tanggungjawab sosial untuk melindungi dan merawat mereka sekiranya mengalami kecederaan atau kesakitan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Minta Lelaki Ini Untuk Ekorinya, Rupanya Nak ‘Mengadu’ Sesuatu

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Berlari Tahan Kereta Dalam Cubaan Selamatkan Anak Kucing Atas Jalan Raih Pujian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Satu Kerja Kena Berhenti Setiap Aras” – Aksi Kucing Naik Lif Nak Balik Rumah Raih Perhatian Ramai

Wanita Singapura Beri Makan ‘Wetfood’ Kepada Banyak Kucing

Baru-baru ini, tular satu video di Instagram (@projecthelpmeow) yang menyaksikan seorang wanita memberi makan kepada banyak kucing di kawasan berhampiran satu medan selera di Singapura.

Kelihatan dia memberi kesemua kucing tersebut makanan basah (wet food) yang diletakkan di atas kertas lapik. Kesemuanya dibawa di dalam satu beg plastik.

Apa yang lebih menyentuh hati lagi adalah apabila dia mengejut beberapa ekor si bulus yang sedang tidur di medan selera berkenaan dan mengajak mereka untuk makan.

Ketika memberi kucing-kucing tersebut makan, dia juga telah memanggil mereka dengan gelaran ‘sayang’ dan turut menasihati mereka agar tidak bergaduh.

“Kesiannya baby. Mesti lapar sangat ni,” katanya kepada seekor kucing Oyen.

Kucing Yang Masih Lapar Diberi Makanan Tambahan

Setiap kucing berkenaan telah diberi satu pek wetfood masing-masing. Malah dia turut memberi makanan lebih kepada beberapa ekor kucing yang kelihatan masih kelaparan.

“Berkongsi sesi saya memberi (kucing) makan, berharap lebih ramai orang akan tergerak untuk memberi makan kepada kucing jalanan juga,” katanya pada ruangan kapsyen.

Dalam masa sama, dia turut memaklumkan bahawa orang ramai yang berminat boleh menaja pembelian makanan kucing menerusi laman web SupermarCat.

Video itu telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 5.5 juta tontonan dan lebih 678,000 tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Ramai Terharu Wanita Beri Makan Pada Kucing Jalanan

Sifat ikhlas wanita itu yang memberi makan kepada si bulus kesayangan telah meraih perhatian ramai yang membanjiri ruangan komen.

Warganet termasuk dari luar Singapura memuji tindakannya serta mendoakan agar wanita itu dirahmati dan dimurahkan rezeki selalu.

Ada juga yang meluahkan rasa terharu melihat dia memanggil kucing di medan selera agar sama-sama makan di luar serta melapikkan makanan mereka dengan kertas.

“Tak tau la sebab muzik ke apa, tapi saya menangis bila awak pergi ke medan selera untuk ajar kucing-kucing makan. Semoga Allah SWT memberkati awak dan mereka,” luah seorang individu.

“Awak letak di atas kertas supaya mereka tak payah makan di atas tanah. Awak memang terbaik,” kata seorang lagi.

Sekadar info, kerajaan Singapura tidak melarang sesiapa untuk memberi makan kepada kucing jalanan. Namun segala sampah-sarap harus dibersihkan kemudian agar tidak berdepan denda kerana membuang sampah di merata tempat.

Baca Artikel Berkaitan: Sedap Tapi Bahaya, Ini Jenis Makanan Untuk Manusia Yang Tak Sesuai Diberi Kepada Kucing

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Wetfood Kucing Ada Bahan Babi, Apakah Hukumnya Dalam Islam?

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Bawa Balik ‘Hadiah’? Mungkin Sebagai Ucapan Tanda Terima Kasih

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.