Peniaga Jual Popia 3 Biji Berharga RM18.90 Raih Perhatian Ramai
Peniaga terbabit memaklumkan bahawa makanan tersebut ‘limited’ dan hanya dijual semasa dia melakukan jelajah di beberapa kawasan sahaja termasuk di Gombak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain rasa dan kualiti makanan, kebersihan sewaktu penyediaannya dan harga juga amatlah dititik beratkan oleh ramai orang.
Tidak dinafikan, setiap orang pastinya mempunyai pandangan berbeza soal harga, mungkin ada yang menganggap sesuatu makanan itu mahal dan ada pula yang sebaliknya.
Namun, jika harga makanan terbabit dianggap terlalu tidak masuk akal, sudah pasti ramai yang akan mengecamnya.
Pengguna media sosial persoal peniaga jual 3 biji popia dengan harga RM18.90
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang individu mengenai seorang peniaga wanita yang menjual 3 biji popia dengan harga RM18.90 termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Menerusi hantaran yang dimuat naik individu terbabit di laman Threads, dia mempersoal mengenai kos yang dikenakan oleh peniaga terbabit sehingga popia yang diberi nama Lumpia itu dijual dengan harga sedemikian.
“Kak apa ni RM18.90 untuk tiga biji popia? Kak kau kira kos bernafas sekali ke masuk dalam harga makanan kau,” tulisnya.
Popia didakwa produk limited, hanya jual ketika lakukan jelajah
Difahamkan, popia yang diberi nama lumpia itu mempunyai rasa tomyam berkeju dan berkrim dengan dua pilihan iaitu daging dan ayam.
Peniaga terbabit memaklumkan bahawa makanan tersebut ‘limited’ dan hanya dijual semasa dia melakukan jelajah di beberapa kawasan sahaja termasuk di Gombak.
“Lumpia ini limited tau kome, ada di tour je tau, jadi jangan lepaskan peluang dapatkan lumpia ayam dan daging,” tulisnya.
View on Threads
Pemilik Niase, Dania Sedek beri penjelasan soal harga makanan yang dijualnya
Cakna dengan komen yang diberikan oleh netizen mengenai harga yang dijualnya, peniaga berkenaan, Dania Sedek tampil memberi penjelasan mengapa makanan-makanan yang dijualnya berharga sedemikian.
Jelasnya, setiap makanan yang dibeli oleh pelanggan pastinya akan berbaloi dengan apa yang diberikan oleh kedainya, Niase.
“Dari pemilihan bahan mentah, proses penyediaan sehinggalah ke hidangan yang sampai ke tangan pelanggan, kami sentiasa menitikberatkan kualiti dan rasa.
“Kami juga akan memastikan setiap menu dimasak dengan penuh teliti, mengekalkan kesegaran serta standard yang terbaik agar setiap pelanggan mendapat pengalaman menikmati makanan yang memuaskan dan berkualiti setiap kali berkunjung,” tulisnya di kapsyen.
@daniasedek Replying to @jeffersssson7 ♬ JANJI KITA – ◖⚆ᴥ⚆◗ 💠
Netizen tak setuju harga 3 biji popia RM18.90, sifatkan ia terlalu mahal
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial seakan tidak bersetuju dengan harga yang dikenakan oleh peniaga terbabit untuk tiga biji popia sahaja.
Malah, ada yang mempersoal mengapa nama yang digunakan untuk makanan terbabit adalah lumpia dan bukannya popia.
Kebanyakan netizen juga berpendapat bahawa dengan harga sedemikian (RM18.90) banyak lagi pilihan makanan yang boleh dibeli dengan kuantiti yang lebih banyak.



Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Berang Pelanggan Tak Jadi Beli Char Kuetiau Lepas Dicaj RM59 Raih Kecaman [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sotong Kecil Caj RM2 Seekor” – Pelanggan Terkejut Kedai Makan Di Desa Pandan ‘Cekik Darah’



