fbpx
Now Reading
“Kain Ini Disentuh Oleh 10 Juta Muslim” – Fail DOJ Dedahkan Kain Kiswah Kaabah Dihantar Kepada Jeffrey Epstein

“Kain Ini Disentuh Oleh 10 Juta Muslim” – Fail DOJ Dedahkan Kain Kiswah Kaabah Dihantar Kepada Jeffrey Epstein

Menerusi e-mel yang terdapat di dalam fail tersebut, penghantaran kain kiswah Kaabah kepada Jeffrey Epstein telah diuruskan oleh seorang peniaga dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Aziza al-Ahmadi, sekitar Mac 2017.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak beberapa hari lalu, kecoh apabila fail berkenaan Jeffrey Epstein, seorang pedofil yang menjalankan pemerdagangan kanak-kanak bagi tujuan seks, didedahkan Department of Justice (DOJ), Amerika Syarikat kepada orang ramai.

Keseluruhan fail yang dikatakan mencecah lebih 6 juta muka surat itu menyenaraikan segala perbuatan yang terkait dengan jutawan berkenaan dan beberapa individu berpengaruh lain, terutama dari negara-negara barat.

Namun satu perkara ternyata menarik perhatian ramai khususnya mereka yang beragama Islam apabila kain kiswah turut disebut dalam fail itu.

Kain Kiswah Kaabah Dihantar Kepada Epstein

Di antara jutaan muka surat yang terdapat dalam fail tersebut, satu daripadanya menunjukkan tangkap layar e-mel yang menyatakan penghantaran kain kiswah Kaabah kepada Epstein.

Difahamkan terdapat tiga potongan kain Kaabah yang telah dihantar kepada mendiang iaitu:

  • Bahagian dalam Kaabah (berwarna hijau)
  • Bahagian luar yang belum dipakai
  • Bahagian luar yang dah dipakai

Fail berkenaan turut merangkumi bukti penghantaran serta pembayaran cukai lengkap yang diurus dan diaturkan oleh syarikat Epstein, LSJE LLC.

Namun tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar kain Kaabah tersebut diberi kepada Epstein.

View on Threads

Penghantaran Kain Kiswah Kaabah Diuruskan Oleh Peniaga Di UAE

Memetik laporan Middle East Eye, penghantaran itu telah diuruskan oleh seorang peniaga di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Aziza al-Ahmadi bersama seorang lelaki bernama Abdullah al-Maari.

Dalam e-mel bertarikh 22 Mac 2017, Aziza memaklumkan bahawa kain Kaabah telah disentuh oleh 10 juta umat Islam.

“Kain berwarna hitam telah disentuh oleh sekurang-kurangnya 10 juta Muslim berbeza mazhab, Sunni, Shia dan lain-lain.

“Mereka berjalan mengelilingi Kaabah tujuh kali dan semua orang cuba sebaik mungkin untuk memegangnya sambil berdoa, berhasrat dan menangis penuh pengharapan. Berharap agar selepas itu doa mereka akan diterima,” katanya.

Tambahnya lagi, kain Kaabah yang tidak digunakan turut dihantar bersama agar penghantaran dapat diklasifikasikan sebagai ‘karya seni’.

E-mel lain pula mendedahkan bahawa penghantaran telah dibuat menerusi penerbangan British Airways dari Saudi Arabia ke Florida, AS.

Aziza Menanyakan Keadaan Epstein Setelah Pulau Dilanda Taufan

Dalam set e-mel lain, Aziza telah menanyakan keadaan Epstein setelah Taufan Irma melanda pulau persendiriannya, Little Saint James, yang merupakan pangkalan operasi pemerdagangan seks.

Difahamkan dia beberapa kali menghubungi setiausaha Epstein untuk bertanya tentang keselamatannya.

Pun begitu, media melaporkan e-mel yang dihantar tidak menunjukkan sama ada Aziza pernah berkunjung ke pulau itu atau memahami apa yang sebenarnya berlaku di sana.

Orang ramai boleh memahami lebih lanjut berkenaan skandal Epstein dengan menonton siri dokumentari Jeffrey Epstein: Filthy Rich di Netflix.

Sebagai info, kes membabitkan Epstein turut menyebabkan Raja United Kingdom, King Charles III, telah melucutkan gelaran ‘Putera’ milik adindanya, Andrew.

Ini selepas Andrew didakwa terlibat dengan penderaan seksual yang membabitkan kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan: Raja Charles Lucut Gelaran Putera Dari Andrew Atas Dakwaan Terbabit Skandal Epstein

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.