fbpx
Now Reading
Lelaki Peluk Islam Akui Rasa Tenang Selepas Ucap Dua Kalimah Syahadah [Video]

Lelaki Peluk Islam Akui Rasa Tenang Selepas Ucap Dua Kalimah Syahadah [Video]

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadah dengan dibimbing oleh pendakwah, Maulana Helmi sambil disaksikan oleh jemaah-jemaah tabligh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai seseorang yang beragama Islam sudah tentu kita mengalu-alukan individu lain yang berminat untuk mendekati agama suci ini.

Malah Islam itu sendiri tidak pernah menghalang seseorang yang bukan beragama Islam untuk mempelajari atau jatuh cinta terhadap agama ini.

Tidak dinafikan, hidayah itu adalah milik Allah SWT dan Dia boleh memberinya kepada sesiapa sahaja dengan pelbagai cara.

Lelaki peluk Islam selepas terkesan lihat rakan berubah selepas sertai tabligh

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki memilih untuk memeluk agama Islam selepas dipercayai terkesan melihat rakannya yang beragama Islam berubah selepas menyertai tabligh.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @abukhaleef2, Yip atau nama Islamnya Yusuf Yip bin Abdullah yang berasal dari Pulau Pinang itu telah menyertai program Rehlah Islahiah sebelum memeluk agama ini.

“Setelah semalaman bersama dalam program, mendengar tausiah dari Alim Ulama, makan berjemaah dan berkasih sayang kerana Allah SWT. Pagi keesokannya beliau bersetuju untuk ucap kalimah syahadah,” tulis di dalam video.

Yusuf akui rasa tenang selepas mengucap dua kalimah syahadah

Dalam video tersebut, kelihatan Yusuf mengucapkan dua kalimah syahadah dengan dibimbing oleh pendakwah, Maulana Helmi sambil disaksikan oleh jemaah-jemaah tabligh.

Lebih mengharukan, mualaf itu turut mengakui dirinya berasa tenang selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Difahamkan, isteri kepada Yusuf mempersetujui untuk suaminya memeluk agama Islam.

“Jadi dengan bacaan syahadah ini, Yusof sekarang sudah bergelar seorang Islam, jadi kami anggap Yusof sekarang bukan orang lain, tapi kita punya saudara.

“Masuk Islam bukan buang nama, bukan buang keturunan, bukan buang keluar, selepas ini yusuf kena jadi contoh pada keluarga. Alhamdulilah isteri dia pun bersetuju dia mahu masuk Islam,” kata Maulana Helmi.

@abukhaleef2 Masuk Islam bukan sekadar tukar agama. Tapi ia adalah penghapusan dosa yang lalu. Lembaran baru yang penuh dengan dengan harapan. أَنَّ الإِسْلَامَ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ “Islam menghapuskan apa yang sebelumnya.” (Muslim) Wahai saudara baru dalam Islam, jangan pandang masa silam kamu. Pandang ke depan, rahmat Allah sedang menunggu kamu. Welcome to Islam Bro Yusuf Yip Bin Abdullah. #dakwah #hidayat #revert #convertmuslim @maulanahelmiofficial ♬ original sound – abukhaleef2

Netizen bersyukur, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial beragama Islam memanjatkan kesyukuran atas kehadiran ‘saudara’ baharu itu.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar segala urusan Yusuf terutamanya ketika mempelajari ilmu agama dimudahkan.

“Alhamdulilah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW.”

Baca Artikel Berkaitan: “Akhirnya Mak Titew..”- Influencer Muka Gangster Bersyukur Ibu Peluk Islam [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terselamat Dari Insiden Tanah Mendap Di Masjid India Peluk Islam

Baca Artikel Berkaitan: Aktivis GSF Warga Itali Peluk Islam Selepas Bantu Halang Polis Israel Kacau Tahanan Muslim Solat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.