Wanita Kongsi Detik Cemas ‘Dikejar’ Myvi Merah, Netizen Dedah Pernah Berdepan Situasi Sama [Video]
Beberapa pengguna media sosial lain turut mendakwa pernah berdepan insiden serupa melibatkan model kereta yang sama, namun tidak dapat dipastikan adakah ia orang yang sama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat individu yang memandu kenderaan secara tidak bertanggungjawab sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.
Malah, ada juga yang berani berbuat sedemikian ketika di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah dan menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa.
Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspa ketika di jalan raya bagi mengelakkan diri daripada perkara tidak diingini.
Baca Artikel Berkaitan: Padah Buat Aksi ‘Wheelie’, Mat Rempit Lari Lintang Pukang Selepas Langgar Kereta Orang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Siap Cucuk Kereta Depan! Toyota Supra Dipandu Melulu Sebelum Terbabas Masuk Longkang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Banyak Kereta Selamba Masuk Lorong Melawan Arus Undang Kecaman Ramai [Video]
Pemandu Myvi Hampir Langgar Pejalan Kaki
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang menyaksikan sebuah kereta Myvi merah yang dipandu secara berbahaya di kawasan sekitar Cheras, Kuala Lumpur.
Video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tersebut telah dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Cahaya di akaun TikTok (@findingcahaya), sebelum dikongsikan semula ke Threads.
Menerusi video yang dikongsi, pemandu Myvi tersebut pada mulanya dilihat menghimpit ke bahu jalan dan menghampiri seorang individu yang sedang berjalan di laluan pejalan kaki. Namun mujur kereta itu dihentikan sebelum melanggar individu berkenaan.
Myvi Dipandu Secara Berbahaya, Bunyikan Hon Tanpa Henti & Pintu Pemandu Dibuka
Tidak lama kemudian, pemandu itu dilihat melakukan pusingan U secara mengejut sebelum membawa kereta dengan laju dan membunyikan hon tanpa henti.
Apa yang mencuri tumpuan, kelihatan pintu bahagian pemandu dibuka sedikit sewaktu kenderaan tersebut sedang bergerak laju.
Pemandu Myvi itu juga telah ‘mencucuk’ sebuah kereta lain di hadapannya yang terpaksa bergerak ke tepi untuk memberi laluan, sebelum menghampiri kereta dipandu Cahaya.
Kereta Myvi itu dibawa secara berbahaya dan laju, membuatkan wanita itu berasa takut untuk memperlahankan kenderaannya walaupun menaiki bonggol.
Wanita Sedang Bawa Bayi Ketika Insiden Berlaku
Lebih mendebarkan lagi apabila wanita itu mendedahkan dia ketika insiden sedang membawa bayi berusia 1 tahun untuk dihantar ke taska.
Dia kemudiannya menghentikan kenderaannya di tepi jalan, sebelum diikuti pemandu Myvi tersebut yang menutup semula pintu keretanya dan memandu pergi.
“Korang tengok je Myvi merah tu. Mula-mula nak langgar pejalan kaki pakai kasut putih tu. Lepas tu melalut hon semua orang, sampai nak langgar kereta aku tiba-tiba.
“Dah la aku bawa baby umur 1 tahun nak hantar pergi taska awal pagi. Berjaga-jaga lah korang,” katanya.
@findingcahaya Korang tengok je Myvi Merah WC2678V tu. Mula-mula nak langgar pejalan kaki pakai kasut putih tu. Lepas tu melalut hon semua orang, sampai nak langgar kereta aku tiba-tiba. Dah la aku bawa baby umur 1 tahun nak hantar pergi taska awal pagi. Berjaga-jaga lah korang. Area Pandan Perdana / Cheras KL #viral @PenMerahDotCom #dashcammalaysia #cheras ♬ original sound – Cahaya~
Individu Lain Turut Dakwa Berdepan Myvi Sama
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai meminta wanita itu agar membuat laporan polis kerana tindakan pemandu Myvi tersebut yang membahayakan orang ramai, malah ada yang menyifatkannya sebagai cubaan membunuh.
Cahaya kemudiannya memaklumkan bahawa dia telah melaporkan kejadian itu yang berlaku di sekitar Taman Bukit Ria, Cheras kepada pihak polis.

Dalam masa sama, beberapa pengguna TikTok dan Threads turut mendakwa berdepan situasi serupa dengan Myvi berkenaan.
Ada juga yang menceritakan pernah berdepan situasi sama membabitkan Perodua Myvi, namun tidak dapat mengesahkan warna dan nombor plat.
Orang ramai turut beranggapan bahawa pemandu kereta itu mungkin mempunyai masalah mental sehingga bertindak sedemikian rupa.
View on Threads




Baca Artikel Berkaitan: Aksi Polis Trafik Tegur Kereta Berhenti Di Petak Kuning Buat Ramai Puas Hati [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Tiada Kereta Tetap Salah” – Ramai Bengang Lihat Lori U-Turn Di Tempat Tak Dibenarkan & Langgar Saga [Video]



