fbpx
Now Reading
“Tak Perlu Marah-Marah” – Wanita Kongsi Tips Tenangkan Tantrum Anak Guna Kaedah ‘Jeong Pause’

“Tak Perlu Marah-Marah” – Wanita Kongsi Tips Tenangkan Tantrum Anak Guna Kaedah ‘Jeong Pause’

Menurutnya, kaedah itu telah dipopularkan oleh seorang pakar psikiatri kanak-kanak, Dr Oh Eun-Young yang berasal dari Korea Selatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Boleh dikatakan rata-rata kanak-kanak yang masih kecil pasti akan meragam atau tantrum jika tidak selesa atau ketika mahukan perhatian, tekanan dan lapar.

Namun kadangkala tantrum yang berpanjangan boleh membuatkan ibu ayah tertekan dan mula memarahi anak yang tidak bersalah sekiranya pujukan tidak berjaya.

Sebenarnya ibu ayah tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia seolah-olah menghalang si kecil untuk meluahkan emosi mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Anda Asyik Tantrum? Ini Pantang Larang Ibu Ayah Semua Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Kurang Tantrum” – Ibu Lega Bayi 8 Bulan Pandai Guna Isyarat Tangan Minta Susu [Video]

Teknik Boleh Tenangkan Tantrum Anak Dalam Masa Seminit

Dalam satu hantaran di Threads (@sasa.leysa), seorang ibu telah berkongsi tips untuk menenangkan anak yang sedang tantrum dalam tempoh singkat yang tidak sampai seminit.

Dia yang mengamalkan teknik itu berkata ianya berkesan untuk anaknya yang sebelum ini selalu tantrum dengan sangat lama.

“Alhamdulillah, semalam 3 kali anak aku tantrum dalam sehari. Dan tantrum tu memang tak berlarutan macam sebelumnya. Harini baru sekali dia tantrum. Dan aku guna teknik yang sama,” katanya.

Katanya teknik ini juga sekali gus dapat mendidik anak untuk mengendalikan emosi dengan betul.

“Anak bawah 7 tahun ni, seeloknya jangan dimarah, tengking dan rotan. Sebab dalam fasa ni, anak-anak tengah struggle untuk belajar kawal emosi,” katanya.

5 Langkah Lakukan Jeong Pause

Menurutnya, teknik yang dikenali sebagai ‘The Wait Method’ atau ‘Jeong (정) Pause’ ini telah dipopularkan oleh seorang pakar psikiatri kanak-kanak, Dr Oh Eun-Young yang berasal dari Korea Selatan.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila anak sedang tantrum.

#1 Kekal Diam Sahaja

Apabila anak tantrum, ibu ayah hanya perlu mendiamkan diri tanpa bercakap apa-apa. Dalam masa sama, ibu ayah harus duduk pada aras yang sama dengan si kecil.

Perkara ini akan membuatkan mereka berasa bahawa ibu ayah cuba untuk memahami situasi mereka.

#2 Pandang Mata Anak

Selepas itu, kekal diam sambil memandang mata anak dengan penuh kasih-sayang. Biarkan sahaja anak terus tantrum.

“Kalau dia alihkan mata, ibu ayah kena teruskan pandang dia,” katanya.

Wanita itu berkata si kecil akan berasa pelik dengan tindakan ibu ayah yang tidak lagi memarahinya seperti selalu. Perkara ini akan membuatkan mereka mula memperlahankan tantrum.

“Kalau dia datang peluk kau, jangan cakap apa-apa. Biarkan je,” katanya lagi.

#3 Berikan Sentuhan Selamat

Apabila anak sudah kurang tantrum, berikan sentuhan yang selamat kepadanya seperti menggosok belakang badannya dengan lembut sebagai tanda memujuk.

Ingat! Ibu ayah perlu terus mendiamkan diri tanpa bercakap apa-apa sehinggalah tantrum si kecil benar-benar reda.

Diingatkan juga, jika anak tidak mahu disentuh jangan memaksa mereka. Sebaliknya ikut isyarat badan mereka.

#4 Tarik Nafas Bersama

Seterusnya, apabila tantrum telah berhenti, ibu ayah perlu mengajak si kecil agar tarik nafas bersama-sama.

“Ajak. Bukan suruh. Guna ayat yang betul. ‘Jom ikut (Mama/Papa) tarik nafas dalam-dalam.'” katanya.

Lakukan teknik pernafasan 4-4-4 seperti berikut:

  • Cara tempat yang senyap dan duduk dengan selesa.
  • Tarik nafas menerusi hidung selama 4 saat.
  • Tahan nafas selama 4 saat.
  • Hembus nafas menerusi mulut selama 4 saat.

#5 Percaya Dengan Emosi Mereka

Akhir sekali, akui dan percaya dengan emosi si kecil. Tanya semula kepada mereka sama ada mereka berasa sedih, marah atau perasaan lain disebabkan oleh sesuatu keadaan.

Sebagai contoh, “Mama/Papa nampak awak nangis tadi sebab tak dapat mainan tu”.

Kemudian jelaskan mengapa suatu perkara itu berlaku dengan ayat yang bersesuaian. Ibu ayah juga diingatkan agar tidak ‘menipu’ anak dengan tujuan untuk mengelakkan mereka daripada berasa sedih atau marah.

Tonton video di bawah untuk lihat cara-caranya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.