Ramai Rakyat Malaysia Mula Buka Akaun Di UpScrolled, Tapi Ada Yang Guna Handle Media
UpScrolled merupakan salah satu aplikasi alternatif yang dihasilkan oleh seorang berdarah Palestin-Australia, Isaam Hizaji.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Boleh dikatakan rata-rata individu pada masa kini mempunyai akaun aplikasi TikTok. Ada yang menggunakannya untuk berkongsi video, namun ada juga yang sekadar menjadi ‘penonton’.
Namun baru-baru ini, kecoh bahawa aplikasi tersebut telah diambil alih oleh jutawan Amerika Syarikat (AS), Larry Ellison, yang didakwa seorang pro-Israel.
Perkara ini membuatkan orang ramai, terutamanya di AS, mula mencari pengganti bagi platform media sosial itu, dengan aplikasi UpScrolled menjadi pilihan.
Menurut Forbes, server UpScrolled baru-baru ini bermasalah disebabkan oleh terlalu ramai pengguna yang memuat turun aplikasi itu.
UpScrolled Banyak Kandungan Pro-Palestin
Sebagai info, UpScrolled telah dihasilkan oleh seorang berdarah Palestin-Australia, Isaam Hizaji.
Ia dihasilkan sebagai platform alternatif bagi mengelakkan penapisan dan menjadi popular terutamanya bagi kandungan pro-Palestin.
Berdasarkan pengalaman kami, aplikasi ini mempunyai reka bentuk yang seakan-akan gabungan platform TikTok, Instagram dan X.
Dalam masa sama, UpScrolled juga menjanjikan privasi data, kawalan feed berdasarkan kronologi dan pengguna, serta tidak berasaskan algortima.
Ramai Pengguna Malaysia Daftar Di UpScrolled Guna Nama Media
Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna dari Malaysia telah mula mendaftarkan akaun di platform UpScrolled.
Namun apa yang menarik perhatian adalah apabila ramai daripada mereka yang menetapkan nama akaun menggunakan nama media-media arus perdana tempatan.
Sebagai contoh, seorang pengguna bernama Nur Fazura menggunakan nama @utusantvofficial dan seorang lagi, Dewi, dengan nama @Mstaronline.
Dalam masa sama, terdapat juga banyak media tempatan yang telah mendaftarkan akaun di platform tersebut.
Oleh itu diingatkan agar anda menyemak dahulu sama ada akaun media di UpScrolled adalah asli ataupun tidak sebelum mengikutinya (follow).
