“Jangan Pertahan Kezaliman” – PU Rahmat Minta Rakan Pendakwah Henti Back Up Da’i Terlibat Jenayah Seksual
Menurut aktivis kemanusiaan itu, orang ramai sepatutnya menghormati keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman ke atas pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 23 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed bagi kes merogol seorang wanita pada tujuh tahun lalu.
Susulan itu, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful diperintah ke penjara serta-merta.
Kes ini kemudiannya kembali mendapat perhatian netizen. Ramai yang bersetuju tertuduh dikenakan hukuman sebegitu. Bagaimanapun ada juga, sesetengah pihak yang masih mempertahankan pendakwah selebriti itu.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Rogol: Mahkamah Tolak Rayuan Da’i Syed, Hukuman Penjara 10 Tahun & 3 Sebatan Kekal
PU Rahmat Gesa Pendakwah Henti Pertahankan Jenayah Rogol
Cakna dengan perkara itu, pendakwah bebas PU Rahmat atau nama penuhnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan menyeru para pendakwah untuk berhenti mempertahankan kezaliman jenayah seksual yang dilakukan rakan seperjuangan.
PU Rahmat yang juga aktivis kemanusiaan menegaskan bahawa orang ramai perlu menghormati keputusan mahkamah memandangkan Da’i Syed telah pun dijatuhkan hukuman sebanyak dua kali.
“Para pendakwah jangan mempertahankan kezaliman rogol yang dilakukan Syed Iqmal. Sudah dua kali dia dijatuhkan hukuman mahkamah berserti hakim sudah memberikan keputusan,” kata beliau.
Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Pendakwah” – Hakim Sifatkan Perbuatan Da’i Syed Merogol Mangsa Tidak Diterima Akal
Baca Artikel Berkaitan: Da’i Syed Bebas Kes Persetubuhan Luar Tabii dan Cabul Penuntut Kolej
Baca Artikel Berkaitan: Pendakwah Selebriti Direman 5 Hari, Bantu Siasatan Kes Rogol Kenalan Wanita
Tegas Tertuduh Masih Ada Peluang Untuk Buat Rayuan
Sementara itu, PU Rahmat juga memaklumkan bahawa Syed Iqmal masih mempunyai peluang untuk mengambil tindakan susulan iaitu melakukan proses rayuan mengenai kes terbabit.
“Syed Iqmal masih ada peluang untuk merayu kerana ia hak dijamin perlembagaan.”
Menerusi hantaran sama, PU Rahmat meminta sekiranya ada yang menjadi mangsa golongan pendakwah agar tampil bagi menuntut keadilan.
“Kepada mana-mana mangsa pendakwah boleh hubungi penceramah dan pendakwah, Akhi Fairuz dan Firdaus Wong untuk keadilan. Kebenaran pasti akan menang,” tambah beliau di akhir perkongsian.
View on Threads
Ramai Puji PU Rahmat Kerana Bersuara Tentang Kes Da’i Syed
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji PU Rahmat kerana berani menyuarakan pendirian dan tidak bertindak memilih kasih.
“Langkah yang bagus (PU Rahmat), walaupun dah beberapa hari isu ni panas, lepas netizen dah bising-bising kecam korang geng ustaz dan program realiti televisyen senyap je tak berbunyi, akhirnya bersahut (bersuara),” kata seorang pengguna Threads.
Malah segelintir berkata bahawa masih ramai di kalangan agamawan yang boleh dipercayai di luar sana. Bagaimanapun, kes jenayah seksual yang melibatkan golongan itu tidak boleh dipandang remeh.
“Akhirnya. Alhamdulillah kerana bersuara. Kami faham, tak semua da’i/PU perangai macam tu. Yang kami mahukan, suara yang sama rata ketika mencegah kemungkaran. Apatah lagi suara dari dalam kalangan da’i, PU dan ilmuwan sendiri.
“Sebab masyarakat dan orang awam menjadikan mereka ini contoh dalam kehidupan. Dan isu ini melibatkan golongan yang sepatutnya memberi tauladan yang baik, yang membawa imej Islam,” ujar seorang lagi netizen.
Jangan Gunakan Isteri & Anak Untuk Terlepas Hukuman – Netizen
Sementara itu, seorang individu berkata jangan semudah-mudahnya memberi belas kasihan kepada pelaku jenayah. Hal ini kerana mangsa yang sepatutnya diberi perhatian.
“Jangan juga sewenang-wenangnya guna (alasan) kesian isteri, kesian anak-anak. Itu bukan tiket melakukan jenayah. Itu juga bukan tiket untuk terlepas dari hukuman. Ya mungkin dia dah bertaubat, itu dia dan Allah. Tapi dia dengan mangsa? Salah harus dihukum,” kata seorang wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:








