fbpx
Now Reading
Tun Laila Tegur Peniaga Selamba Guna Gambar Kahwinnya Untuk Promosi Door Gift Keropok [Video]

Tun Laila Tegur Peniaga Selamba Guna Gambar Kahwinnya Untuk Promosi Door Gift Keropok [Video]

Dalam video terbabit, Tun Laila turut mengakui bahawa dia tidak suka sekiranya ada peniaga yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Di zaman ini, pelbagai teknik pemasaran (marketing) yang digunakan oleh para peniaga dalam mempromosikan jualan mereka di media sosial.

Ada yang membuat video yang menghiburkan, ada yang mengikuti trend semasa dan ada juga yang membayar pempengaruh untuk mempromosikan produk jualan mereka.

Pun begitu, tidak dinafikan ada juga segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan sesuka hati mengambil video atau gambar milik individu lain demi kepentingan perniagaannya.

Tun Laila tegur peniaga goodies guna gambar kahwinnya untuk promosikan jualan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial luahan peguam dan influencer, Tun Laila selepas melihat gambar kahwinnya disalahguna oleh seorang peniaga goodies.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Tun Laila berkata sudah terdapat empat hantaran yang dimuat naik oleh peniaga berkenaan di TikTok yang menggunakan gambar kahwin dia dan suami untuk mempromosikan door gift murah berbentuk keropok.

Susulan itu, dia memberi teguran kepada para peniaga yang terlibat dengan majlis perkahwinan agar tidak membuat perkara sedemikian.

Guna gambar kahwin tanpa kebenaran, siap tulis kapsyen yang mengelirukan

Dalam video terbabit, Tun Laila turut mengakui bahawa dia tidak suka sekiranya ada perniagaan yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya gambar kahwin digunakan jika peniaga terbabit ada di majlis persandingan tersebut bersama goodies berkenaan meskipun tidak ditaja.

Luah Tun Laila lagi, kapsyen yang diberikan oleh peniaga terbabit juga sangat mengelirukan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

“Kapsyen sangat ‘misleading’ contohnya, ‘patutlah tetamu tak henti-henti puji majlis kahwin Tun Laila, dapat pula door gift macam ini’. Ini bukan door gift yang kitorang pilih untuk bagi dekat tetamu,” katanya.

Menurutnya lagi, tidak salah sekiranya pengantin ingin memberi door gift seperti keropok atau air mineral kepada tetamu, namun cara yang digunakan oleh peniaga terbabit adalah tidak betul.

“Ini bukan cara yang betul dan saya tak rasa berkat untuk awak buat macam ini. Jangan lah macam itu, nak berniaga tak salah tapi cara kena betul,” katanya lagi.

@yarafaee please dont do this 🙏🏼 p/s: makeup by @whisk by latte ♬ original sound – Tun Laila

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Dedah Peniaga Di Semporna Tukar Lobster Lebih Kecil Senyap-senyap [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kritik Peniaga Jual Air Berperisa Campur Cheese & Coklat, Sifatkannya Tak Sihat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Habis Debu Lekat!” – Wanita Kecewa, Dakwa Peniaga Letak Makanan Terdedah Belakang Trak Pikap

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.