“Lepas Rindu” – Pilot Darat Jumpa Ibu Bapa Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja Buat Ramai Sebak [Video]
Lebih meruntun hati, kelihatan ibu dan bapa pemandu lori itu telah menunggu kehadiran anak mereka di sebuah perhetian bas dengan menaiki motosikal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemandu lori. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja ujian dan cabaran yang harus ditempuhi semasa berada di atas jalan raya.
Malah, berjauhan dengan keluarga yang tersayang juga merupakan salah satu cabaran yang harus dilalui pemandu lori yang juga digelar ‘pilot darat’ ini.
Semua ini harus ditempuhi demi mencari rezeki meskipun rasa rindu terhadap insan tersayang sentiasa membelenggu di hati.
Pilot darat ‘lepas rindu’ singgah jumpa mak ayah tepi jalan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pemandu lori berhenti di tepi jalan untuk menemui ibu bapanya sebelum menyambung semula perjalanan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @abgujang, difahamkan lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang semula ke Perak selepas menghantar barang yang dibawanya di Perlis.
“Siap turun barang di Perlis, nak menghala balik ke Perak singgah sekejap jumpa mak ayah, di tepi jalan pun jadilah, lepas rindu,” tulisnya dalam video.
Ibu bapa dah siap tunggu di perhentian bas, siap bawa bekal untuk anak
Lebih meruntun hati, kelihatan ibu dan bapanya telah menunggu kehadiran anak mereka di sebuah perhentian bas dengan menaiki motosikal.
Malah, ibu juga tidak ketinggalan membawa bekal makanan sambal goreng ikan bilis dan gulai ikan yang menjadi kegemaran anaknya itu.
Kelihatan lelaki terbabit memeluk dan mencium ibu bapanya sambil menahan diri daripada mengalirkan air mata.
“Sedih tengok mereka tunggu tepi jalan macam ini dengan naik motosikal. Tapi malas nak keluarkan air mata, aku dengan mak kalau keluaran air mata sama-sama macam dalam drama, baik tahan je,” tulisnya lagi.
@abgujang yg ada mak ayh lg ada peluang jmp lah depa.. #rakantembus ♬ original sound – Fasha_Ariana_Official
Netizen sebak, terharu lihat cara lelaki itu menyantuni ibu bapanya
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak melihat video terbabit.
Malah, tidak kurang juga ada yang terharu dan memuji cara lelaki berkenaan menyantuni serta memuliakan ibu bapanya.
Kebanyakan netizen juga turut mendoakan agar urusan pekerjaan lelaki terbabit dimudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.



Baca Artikel Berkaitan: “Bahayanya” – Rider Bawa Anak Berhenti Di Kawasan Blind Spot Pemandu Lori Buat Ramai ‘Seriau’ [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Pemandu Lori Bantu Uncle Kutip & Pasang Kembali Kaki Palsu Tercabut Di Jalan Dipuji Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Jarang Nampak Lady Trucker”- Ramai Kagum Lihat Wanita Bawa Lori Treler [Video]



