“Lagi Bersih & Sedap” – Wanita Non-Muslim Lebih Gemar Pilih Tulang Halal Untuk Hasilkan Sup [Video]
Katanya, tulang daging yang dibeli dari sumber halal tidak menghasilkan kotoran (scum) yang begitu banyak apabila direbus.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi seorang Muslim, menjadi kewajipan untuk memilih bahan masakan yang halal dan menjauhkan diri daripada yang haram atau syubhah.
Pada masa kini, tidaklah begitu sukar untuk mencari daging yang halal lebih-lebih lagi di kawasan dengan ramai penduduk beragama Islam.
Tapi sebenarnya, daging halal bukan hanya dimasak oleh masyarakat Muslim, malah turut menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat bukan Islam.
Baca Artikel Berkaitan: ‘No Pork No Alchohol’ Tidak Bermakna Ianya Halal – Menteri Agama
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal
Baca Artikel Berkaitan: Dituduh Makan Daging Babi, Adam Corrie Dedah Tak Pernah Rindu Makanan Tidak Halal
Wanita Non-Muslim Sarankan Beli Tulang Halal Untuk Masak Sup
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi hantaran di TikTok (@plzimfragile), dia juga mendapatkan tulang daging lembu daripada sumber yang halal.
Wanita bukan Muslim itu yang menetap di Singapura memberi saranan kepada orang ramai agar membeli tulang daging halal bagi tujuan menghasilkan stok atau memasak sup tulang.
Dia menjelaskan bahawa daging dan tulang yang halal diproses dengan cara yang berbeza adalah lebih bersih berbanding yang tidak halal.
“Tulang-tulang itu lebih bersih, tidak mempunyai darah yang banyak seperti jika anda beli dari tempat lain (tidak halal),” katanya.
Tulang Halal Tak Hasilkan Banyak Scum
Wanita itu berkata dia kebiasaannya akan merebus tulang dan membuang dahulu air rebusan pertama untuk menyingkirkan kesemua kotoran (scum) yang terapung
Namun menurutnya, tulang yang dibeli dari sumber halal tidak menghasilkan kotoran yang begitu banyak apabila direbus.
Malah dia juga merasakan bahawa daging yang halal tidak mempunyai rasa hamis yang terlalu kuat.
“Sup selalunya jadi sangat bersih dan sedap. Ia tidak mempunyai rasa daging (hamis) yang melampau. Saya rasa mungkin sebab tulang (tidak halal) tidak dibersihkan dengan secukupnya,” ujarnya.
@plzimfragile reccomend me ur fav halal butcher!!! i currently get mine from grabmart @Grab Singapore ♬ original sound – Kelly | tech sales
Dalam satu hantaran lain, dia berkata tulang daging dari sumber halal dianggap lebih bersih adalah disebabkan oleh kewajipan umat Islam untuk mengeluarkan darah daripada haiwan yang disembelih.
“Darah yang dikeluarkan (ketika proses penyembelihan) mengurangkan kekotoran dan rasa hamis serta menghasilkan sup yang lebih padat dengan nutrien.
“Cuba dapatkan daging dari sumber yang halal dan anda akan faham apa yang saya maksudkan,” katanya.
Daging Halal Dikatakan Lebih Sedap
Merujuk kepada Halal Food Council USA, darah diketahui sebagai pembawa bakteria dan toksin.
Di samping itu, darah itu juga mengandungi asid laktik yang boleh memberi kesan terhadap rasa daging.
Malah darah di dalam daging juga boleh membuatkan perasa tidak dapat diserap sepenuhnya.
“Kebanyakan orang yang memilih makanan halal setuju bahawa daging halal adalah lebih lembut dan berasa,” katanya.






