fbpx
Now Reading
“Dah Tegur Buat Pekak” – Lelaki Selamba Letak Kaki Sama Paras Meja ETS Undang Perhatian

“Dah Tegur Buat Pekak” – Lelaki Selamba Letak Kaki Sama Paras Meja ETS Undang Perhatian

Dakwa seorang wanita, dia telah pun menegur penumpang lelaki itu untuk menurunkan kakinya, namun permintaan itu tidak diendahkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah banyak kali ditegur dan dinasihat tapi masih ada segelintir individu yang tidak menjaga adab semasa berada di tempat awam. Kena fikir juga, apabila di kawasan terbuka banyak hati yang yang kita kena jaga.

Seperti pada Januari tahun lalu, tular di laman sosial apabila seorang pakcik dengan selamba meletakkan kakinya di atas meja di sebuah kedai makan mamak. Lelaki itu dilihat melakukan perbuatan sedemikian sambil bermain telefon pintarnya.

Walaupun terdapat juadah di hadapan mata, pelanggan itu seolah-olah tidak mempedulikan perkara tersebut. Lebih teruk lagi apabila seorang wanita dipercayai isterinya dilihat sedang menjamu selera di meja yang sama.

Baca Artikel Berkaitan:“Attitude Out” – Aksi Tak Senonoh Lelaki Letak Kaki Atas Meja Makan Undang Kecaman [Video]

Wanita Kecewa Penumpang Letak Kaki Pada Meja ETS

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang individu dikenali sebagai Lucy berkongsi situasi lebih kurang sama yang dilaluinya semasa menaiki kereta api ekspres elektrik (ETS) dari Ipoh ke stesen KL Sentral.

Apa yang membuatkannya kecewa apabila seorang penumpang yang duduk berhadapan dengannya telah mengangkat dan meletakkan kakinya sama paras dengan meja ETS tersebut. Menerusi foto itu, kelihatan pakcik berkenaan sedang duduk dalam posisi bersandar seolah-olah sedang tidur.

Dakwa Lucy, dia telah pun menegur penumpang terbabit untuk menurunkan kaki, namun tegurannya itu tidak diendahkan.

“Dah tegur tapi dia buat macam pekak pula,” dakwanya.

Ia bukan sahaja membuat Lucy rasa tidak selesa, malah membatalkan niatnya daripada meletakkan minuman di atas meja berkenaan.

“Apa kata korang (netizen)? 5 pagi komuter KTM dari Ipoh ke KL Sentral. Nak letak minuman atas meja tu pun tak jadi dah terpaksa pegang,” katanya.

Tak Nak Buat Kecoh Hingga Kacau Penumpang Lain

Ada juga warga Threads yang berkata Lucy terlalu sabar dalam situasi itu. Namun menurut penumpang berkenaan, dia tidak mahu menimbulkan kekecohan yang sekaligus akan mengganggu penumpang lain yang berada dalam koc sama.

“Cumanya kita (Lucy) tak mahu buat scene kecoh-kecoh sebab semua orang pun terlelap juga dalam tren tu. Geram tu geram la juga,” luah wanita itu.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Normal Ke Ni?” – Pelakon Persoal Sikap Individu Selamba Letak Kaki Atas Tempat Duduk Di Pawagam

Ramai Jijik Lihat Perangai Pengotor Penumpang Letak Kaki Pada Meja ETS

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengkritik perbuatan pakcik yang dikatakan tidak beradab.

“Tak ada adab, tak sopan, pengotor dan pentingkan diri sendiri 🤢,” kata seorang individu.

“Orang asyik kata Gen Z sekarang tak ada common sense. Nah tengok ni boomer/Gen X langsung tak ada common sense. Selesai mengecam dari seorang millenial,” tambah seorang netizen.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Tak Rasa Bersalah” – Gadis Selamba Letak Beg Di Zon Keutamaan LRT, Tak Dahulukan Ibu Hamil

Malah ada individu yang mencadangkan Lucy memanggil staf KTM untuk menegur penumpang berkenaan.

“Kerusi (ETS) tu bayar mahal bukan nak hadap kaki kau. Panggil la staf KTM dalam tu. Dalam bilik dia dekat-dekat kawasan tandas atau surau. Suruh staf tegur dia,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada warganet yang berkata itu merupakan faktor mengapa segelintir penumpang elak membeli tempat duduk ETS yang disertakan sekali bersama meja.

“Kes ni la aku elak beli seat ni. Melainkan kalau naik dengan member atau ahli keluarga,” kata seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Tular Individu Dalam Saga Didakwa Buang Kulit Durian Tengah Jalan Di Kota Bharu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “B*d*h Takda Sivik” – Wanita Kesal, Cermin Kereta Pecah Angkara Individu Buang Sampah Dari Atas Rumah Flat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Kantoi Rakam Gambar Bawah Skirt Wanita Di Stesen MRT

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.